U pollo, I pollo... Kompem!!

Monday, November 29, 2010

Marilah mari, mari mengundi...

   Apa kabor semua...? ceh baru 2 hari tak tgk blog dah macam tak jumpa setaun...

   Sejak Top2 Bloger sibuk2 berkempen nie, aku tak lepaskan peluang memblogwalking tengok blog2 yang aku tak jengah lagi... maklumlah ikut nasihat penganjur... banyak jugak blog2 yang aku follow selama nie (ceh badahal baru sebulan buat blog) rupa2nya top2 blog... buktinya ramai antara mereka yg dah tercalon kat pertandingan itew...

    Ha! tengok!! RAMAI disitu bermaksud membuatkan aku pening kepala nak pilih korang2 semua... tapi korang2 jangan bimbang, aku akan membuat penilaian scara sihat... setakat ...cik epal... nak gesel2, nak gedik2 mintak undi simpati, tak dapat lah... hakhakhak aku Profasional beb!! (erk!! tapi dia kata nak peluk cam nabil kalu menang!! ishh nie yg  aku feninn nie...) tapi... hanya yang layak yang akan aku undi!!

    Kalau bab kategori lelaki nie pulak taklah susah sangat aku nak pilih... alah pegi balik, pegi balik diaorang nie sama jer.. bukan Boleh Buat Bini pun.. kan? tapi Hamzah Lan  tu GAY kan?? erk!! Memang tak boleh buat bini, tapi boleh buat 'pasangan' ranjang tu... tak pun paling koman kitaorang boleh g Ostolia, kat sana Laki boleh kawin ngan laki...  Aduish!! nie yg buat aku pening nie...

    Kalu bab blog yang Lawak pulak, mmg banyak yg lawak!! Patutnya Hamzah lan nie masuk kategori lawak!! Tapi camana dia nak lawan blog2 yg sah2 dibuat untuk melawak... Tapi aku selalu jugak baca blog Al Kisah Si Belalang, serita2 dia pun best jugak.. cuma aku mmg tengah keliru sebab terlalu banyak baca kisah2 lawak!!

   Ha, kategori Makcik2 nie senang sikit,  sebab Blog  Nanirostam nie mmg jadi kegemaran aku, maklumlah kan dia ibu Hanis Zalika... Jadi secara tak langsung dia pun Mama aku jugak.. kan mama... Ah Mimpilah kau Tuan din siang2 nie... Diaorang berdua nie antara Bloger terawal aku baca, malah sebelum aku bukak blog lagi aku dah follow blog diaorang. Cuma lately nie blog hanis agak kurang menarik sebab dia lebih tertumpu kepada komersial kot, anyway aku tetap baca...


    Tapi korang jangan risau, aku pilih Bloger ikut kepentingan macam nie... pertama, Memang Menulis Entry2 yang bagus.. Kedua, Memang Blog yang aktik berinteraksi dengan pengomen2, jadi bila semua itu dah tersenarai aku tengok terlalu banyak Bloger yang terpaksa aku undi...jadi lagi, setelah di kecil2kan kategori tu, aku akan ker kategori yang ke tiga pula...

    Aku pilih mereka2 yang aktif komen kat Blog aku yang hina dina ini....

  Sekian...

til Next Entry
-Tuan Din-

Friday, November 26, 2010

MAHA Pertanian Adalah Perniagaan : Kisah Aku dan Kebun juga Tempat Perkelahan.

     Semalam, aku sempat masuk opis sekejap dalam pukul 10.30pagi. Tetiba kawan aku call kata nak pergi kebun aku, dan kami juga ada Jointventure sewa satu lot kebun Belimbing di sana. Masa yg di setkan pukul 1.00pm, jadi aku kena gerak dari opis dalam kul 12.30pm. Kelmarin pulak aku dah kena pergi Pahang seawal 7.30 pg, Jadi nampaknya opis nie selalu merindui akulah....

    Oklah aku tak tau nak cerita apa. memandangkan agak 'sibuk' dan kebetulan pameran pertanian MAHA akan di adakan sepanjang Minggu hadapan, aku nak cerita sikit pasal Kebun aku dekat Sungai Batangsi, Semenyih.

    Kalu korang nak tau aku  nie mmg minat sangat dengan Pertanian nie.. Orang Kampungg..... tak kiralah berkaitan Tanaman ker atau penternakan ker.. Maka pada tahun 2006 aku telah dianuigerahkan oleh Kerajaan Negeri Selangor tanah seluas 10 ekar di Semenyih Selangor masa tu kerajaan tengah giat kempen Kontraktor tukar bidang kepada Pertanian. Tanah tu dekat dengan Sungai Tekala, kebetulan kat kebun aku tu pun ada air terjun yg suci lagi murni.

    Tempat tu jugak sesuai untuk perkelahan keluarga, sebab ramai orang pergi berkelah kat sana, cuma kat kebun aku tu org kurang sampai sebab berpagar, jadi org ragu2 nak masuk. Anak2 buah aku mmg selaklah kalu aku bawak kat sini time cuti sekolah. Korang faham2 sajalah budak2 ngan air.. macam duda & janda, sangat sesuai berpasangan... eleh... padahal bujang ngan janda pun sesuaii jugak kan..? tak caya try tanya aku "kalu Rozita Che Wan ker, Nora Danish ker, norish Karman ker... kau nak??" percayalah belum pun habis ayat 'nak' yg ada hanya satu sukukata tu habis pun aku dah turun kepala tanda nak, nak, nakkkkkkkkkkkkk! (uish kau neh,  jgnlah nampak gelojoh sangat).

oklah aku cerita pakai gambarlah.. sementara aku up load boleh aku pergi makan...

Inilah kebun aku...














Korang tak teringin ker nalk terjun tiruk!!!







Ini pokok betik yg kecil, berusia 2 bulan...











 Sementara Betik besar apa kata kita taruk Cili di tengah2...




Yer ini Betik berusia 1 tahun lebih... dan hasilnya... yumyum...




disitulah tapak saya akan membina teratak Usang...


 Yer semestinya bersebelahan Air Terjun...







  Tempat yg sesuai utk kanak2 juga ada...






 Penandangan Hutan Sekeliling..

Aktivitinya pula...

Berkemping Waktu Cuti Sekolah...

Aku angkut anak2 uah aku tidur sana, mmg syok.


 Ha, Kalu dah sejuk2 nie makan apa pun sedap, ini menu sesuai waktu perkemahan...
saja layan budak2 buat tepung putar...

BBQ adalah menu Wajib utk setiap kali perkelahan...
"HOI!! kaki sapa tu dekat dengan BBQ tu, kang tersepak Dapur kang, kakii itu aku panggang!!"


Xtvt Memungut Buah2 an.. Anak2 buah aku tak tau aku nak bagi Task Mencabar kat diaorang..
Tapi aku yg hampa... diaorang nie korang dera jalan dari KL ker Viatnam pun tak kisah... apa ada hal takat jalan dalam kebun 2-3 round!!

"Hoi, Yoy!!! Itu muda lagi! nnt Orang kata Pakcik dera anak buah pulak... tak kasi makan..."


"Itu Muda jugak!!! "

" Pakcik!!!  Yang nie dah bileh petik!!" 
"Belumm..."


Lawatan Sambil Belajar...

Ini kes tangkap muat atau nak terapkan nilai2 murni kepada anak2 kecil. Kawan Aku Sweets Secreat Cottage Bawak bawak budak2 Tadikanya.

Penyeludupan kanak-kanak...
Yg aksi Oultramen tu mungkin anak sedara bloger  Hamzah Lan...


pssttt!! Cantek weh cikgi yang tudung hijau tu... nasib aku dah kawen!! kalu tak mau aku suruh Bangla aku jadi Tok Kodi!!
Melayan kerenah kanak2 adalah salah satu Xtvt yg paling aku suka...

Kasihan mereka, makan melata.. Nnt Uncleseekers sediakan meja yer...
Hahaha.. tadi Uncle saja bawak nai lori, kini masanya Uncle nak pedajal korang!!!
Kalu masa pergi Uncle suruh Raduk air, nnt korang tak mau pergi...
Jangan bimbang, Slab itu mmg dibina untuk lintasan kenderaan berat.. jadi iaa sangat KUAT!!


Ok hati2 yer anak2 ku... ini pemerhatian kena betul2 jaga..


Ok, say peace...

Perkelahan Hujung Minggu..

Selalu jugak aku buat perkelahan keluarga disini,
Kadang2 kawan2 aku call cakap nak bawak anak2 diaorang mandi sungai, 
Memandangkan kawasan ini tidak tercemar & tidak berebut2 dengan pengunjung luar maka ia menjadi destiinasi impian.

Ada jugak pengunjung2 tetap dari luar yg dah ambik no tel aku utk nak menumpang teratak  lain2 kali.. bila mereka pergi bersama keluarga..
Teratak Daku masih tak siap.. alah, kat kebun nie asal ada bumbung oklah...
Aku tak boleh Invest banyak sangat kat sini sekarang..
nnt aku short modal pulak.. pelan2 aa..

Adagak luncur air kat sini... mak bapak boleh pantau dari atas.. yer..

Ok tak perlu tiket untuk meluncur.. cuma perlu beratur...


Aku nak buat kolam tambahan..
Yer ini salah satu kes dera...

Aktiviti Memburu...

Ok tempat ini juga sesuai untuk xtvt memburu.. Cuma pemburu berlesen & bertauliah sahaja dibenarkan..
Selalunya Bulan 6-8 ada keluar licen memburu Pelanduk.. so aku baru pergi 4 kali bulan 7 & 8 ituhari.

Ini gambar rusa yang diburu pada tahun 2008. Setiap bulan November, perhilitan akan mengeluarkan licen memburu rusa.. tapi tahun nie dibekukan. tapi ini gambar dekat Pahang..














Gambar tiada kena mengena... cuma ini gambar Masa MAHA 2008, aku bersama Kowboy, lepas tengok koboi, habis Lembu aku gusti masa balik kampung.Bahaya budak nie mudah terpengaruh...



 Oklah kawan2 kalu korang nak tumpang BerBBQ or picnik kat kebun aku just let me know.. tiada charge dikenakan.. sekadar beramal untuk kesejahteraan keluarga korang semua...

Aku dah nak balik Muar, Apa? MUAR?? bukan kah bloger molmolla ada di muar sekarang? ehem2 boleh ajak dia deting..
Kring!!Kring!!
" Hellow, molmolla ada?"
" Dia tak ada, baru keluar dengan Ahjusi.."
"Erk!!" :))

Dua hari di Kampung jadi aku tak boleh Update blog, kerana BERUKBAND tak berapa ada line.

Til Next Entry
-Tuan Din-

Thursday, November 25, 2010

Windowshooping : Salah tafsiran dan istilah oleh WANITA-WANITA diluar sana. (Wanita Wajib Baca)

   Wah!Wah!Wah!... mentang2 tajuk entry aku pasal shooping, cargasss jer korang, korang, korang pompuan baca yer umpama mak Jah nampak Troley...  dah macam tak sempat2.

   Kat sini bak mai aku nak perbetulkan Istilah yg selalu membuatkan laki bini, boipren geprenn, dan Anak semut dan Daddy gulanya malah tak kurang Adik semut dengan SugarBro nya...

WINDOWSHOOPING : Satu istilah yang berasal dari satu daerah di
                                        Hulu Tembeling Pahang. Istilah ini telah di
                                        perkenalkan oleh seorang pengembara Britain
                                       yang berkahwindengan seorang Warga Amerika.

Menurut beberapa kamus yang telah dirujuk, beberapa istilah berbeza ditemui, berikut perbezaannya.

Kamus;

Britan & US : Aktiviti survey untuk membeli belah di pasarraya2 terkemuka
                     (pahal ngko taruk terkemuka). Dilakukan untuk membuat
                      persediaan kewangan atau membuat perbandingan harga atau
                     korang mmg gila shoopim tapi tengah sengkek! Jadi disini, tiada
                     jual beli dilakukan.

Tuan Din  : Sejenis jual beli yang dilakukan melalui tingkap!! tak kiralah,
                 tingkap utama ke, tingkap bilik (kau nak jual apa dari bilik oii?)
                  ker atau tingkap dapur (yg nie paling pemes..)
                 Selalunya jualan berbentuk bartter trade atau kencingg trade...
                "Salamekkummm... Mok Nah, Mok Nah... ada beras tak barang
                  seput dua?" 
                            
                "Ade.. nak banyak mana?" 


                "Alah tak payah banyaklah Mok Nah..., cukup untuk sebulan 
                 sudahlah, nanti laki aku dah dapat jadi  pilot   kerja aku gantilah 
                 balik..." (erk kalu laki dia tak jadi pilot maknanya tak payah 
                 ganti ler kan? habis  laki dia lesen keta pun dah expired!!)

Kamus Wanita : Aktiviti meninjau model2 terkini dan design2 terbaru di 
                         pasaran. Disampin itu membuat tinjauan perbandingan
                         harga dan harga pasaran. Disamping itu juga anda cuba 
                         mengorek maklumat tentang Sale yang akan berlangsung
                         nanti. Cuma jika kebetulan semasa WINDOWSHOPIM 
                        tersebut anda terlihat stiker besar tertulis Less 80% ( padahal
                        harga masa tak less lagi murah, Anda PEDULI APA!!) andar
                        hanya cuba2 lekap2kan ker badan melihat kesesuaian atau
                       "cantik tak?" atau "Eh.. Murahlah"!. Memandangkan ini adalah
                       sesi WINDOWSHOPIM maka andar hanya sekadar membeli  
                      satu TROLLEY PENUH sahaje... ulang!! sahaje.... ulang lagi....
                       Dengan rasa tidak bersalah & semangat berkobar2 umpama 
                      Janda Melintas Depan Duda!! anda memaklumkan kepada 
                      pasangan2 seperti yg tertuliis diatas tadi " U, minggu depan baru
                      kita datang shopim yer, sebab dia ada SALE!!!"   


Till Next Entry
-Tuan Din- 



                       
      

Wednesday, November 24, 2010

2 Alam, Jus Mata Lima (Jus Mate 5) & Dr Rozmey

     Siang tadi aku tak sempat nak  bukak blog     coz pagi2 lagi aku dah bedezupp cargas ker Pahang... jumpa orang pasal deal projek kat sana... so malam baru berkesempatan nak jengok2 blog korang pulak!!

    Sebenarnya aku tak mau nak sentuh pun pasal ddr nie.. tapi aku tengok macam tak sah jer kalu bloger2 tak tulis pasal dia.

      Dalam banyak2 blog yang cerita pasal dia, aku tengok semua tak puas hati ngan dia nie... Ada jugak yg tulis berbentuk sindiran.. tapi dari corak penulisan tu kita pahamlah itu sindiran. terlalu banyak kutukan & cacian yg orang tulis pasal dia, contohnya ,  klik sini dan sini dan sini juga.  Aku paling suka pasal video clip yg Jerman tu kat blog Belalang ...

      Entahlah, aku tak rasa orang benci dia sebab dia kaya... tapi orang benmci dia sebab dia POYOs kan..? Ya mungkin dia Jutawan.. tapi apa maknanya engo kaya raya tapi GILA? Korang nak?
  
      Duit banyak nie.. tapi org cop ngko gila? &  memaang ngko tu gila... aku tak mau... kerana Akal itu anugerah tuhan yg tak ternilai dengan Wang ringgit!!!

     Mungkin sebelum nie, sebelum dia kaya dia seorang yg cerdik... sebab tu dapat Dr.. lepas tu di pulak buat busines pasal pelangsingan badan, yg mmg kena dengan Obses orang Malaysia... maka bila dah kaya tulah dia jadi riak, & lama2 dia jadi bongkak!! dan akhirnya dia rasa dia HEBAT sangat..

     Sampaikan aku pernah baca 'interview' dia dalam Kosmo... mak ai.. hampir setiap dialog dia, dia sebut "Dr seorang yg hebat" korang tak geli ker??

  Akhir sekali aku mintak sangat ddr tu cool sikit, kesian kat dia, orang meluat tengok... bukan sebab orang dengki or iri hati.. tapi MELUAT...

Til Next Entry
-Tuan Din-

 

Tuesday, November 23, 2010

Memey oh Memey : Cinta Itu Buta, Sebab Itu Orang Bercinta Selalu Raba-Raba..

 Pada suatu pagi di hari minggu... Tengah lepak2 baca suratkhabar kat tepi kolam umah aku, tetiba terdengar suara jeritan bak halilintar betul2 kat telinga aku...

BANGG!!!!

Aku neh pun terkujatlah, maklumlah aku bukannya kuat semangat!!!

Aku  : Ehh!! Apapasal ngan awak neh!! Tetiba jer macam Halilintar!!

Isteri  : Nih!! Abg tengok neh!! Nota neh!! " Date with Memey"  (2/7/20..)
(sambil menunjukkan nota yg Seksiteri aku tulis)

Ini confirm jeeles punya kes... dia syak aku ada pompuan kat luar...


Sebagai lelaki yg berpegang kuat pada pepatah " Hero Mesti Tenang!!" otak aku ligat berfikir dalam 'tenang'..

Aku  : Ohh.. itu nama kuda yg abang tunggang semalam! Nama dia Memey...

Isteri : Ermm.. (sambil tersenyum tersipu2 malu..)
Tentulah dia berpuas hati dengan jawapan aku..


                               Inilah Memey aku... ha!!! Manja kan dia nie...?

U see, perempuan nie.. bukan susah sangat nak kelentong!! Asal kita COOL.. sikit, cepat jer dia mintak ditipu!!

 Tapi, ketenangan aku tak lama... Sekejap lepas tu...

BANGG!!!

Aku : Apa lagi!!!

Isteri : Kuda abang telepon!!!

Aku  : Erk!!!

p/s : Lain kali kalu korang nak tipu bini guna alasan lain!! Alasan nie aku dah kantoi!!  :-))

p/s  : korang jangan percaya cerita aku bulat2!! sebabnya aku suka menipu!!!
       Huhahuhahuha

Til Next Entry
-Tuan Din-
 

Monday, November 22, 2010

Teka-teki Menguji IQ

         Sejak  ...cik epal...dah komen kat blog aku nie, semangat aku nak update entry nie lain macam sikit... dah macam semangat orang tua nampak Tongkat Ali... kalu boleh setiap 5 minit aku nak chek comment kat entry aku...


       Nie teka teki nie ...cik epal... kena jawab nie, kita tengok setakat mana kebijaksanaan IQ dia... 
Ok ...cik epal... dah sedia...?

Soalan pertama.... berbunyi

1). Apakah dia 'rumah di bawah, Tiang di atas'...

jawapannye: KUBUR! nam kaki dalam, ada lebar lagi.


2). Cuba teka, mouse komputer , jantan ke betina?

jawapannye: betina.... sebab dia pakai pad.


3). Antara ekor lembu dengan ekor tikus... ekor saper lagi panjang.....?

     jawapannye:..... ekor tikus ..... kerana ekor tikus mencecah tanah,
     ekor lembu  langsung tak cecah tanah, tergantung kan....?


    soklan setersnya.............


4). Kenapa pokok kayu balak ditebang???????

  Jawapannya : abis dah tak boleh di cabut, di tebanglah!! 

              Adakah anda memerlukan talian hayat??)


5). Kalau kereta berhenti apa yg turun dulu hah....?
       
     jawapan: Jarum meter... ahaks.. ahaks...

       Soalan keenam pula berbunyi,... Ha, yang nie menguji minda sikit...
        Mau nyawa...?

  6). Ianya besar di negeri Arab, kecil di negeri China, di maggi ada,
      di lobak pun ada...di sana ada, di sini tiada, yang ada pun ada,
       yang tiada pun ada...

               pening betul lah... jawaplah??????

       Dan jawapannye ialah........... >HURUF A!!!! 

        Talian hayat anda sudah abis. Ada berani lagi...


7). Ia sejenis benda, nampak macam jalan tetapi ia tidak pulaberjalan,
     kalau ditenguk betul-betul... memang sah ia jalan!!! Apa kah dia??

 Jawapannya ialah.....  Memang la jalan raya!....... harharhar


        Lagi mau kaa??



8). Apa benda jatuh kebawah tapi orang tercari-cari >diatas?


  Jawapannya... Ha.. ha.. ha.. ha.. bumbung rumah yg bocor dek air hujan...! 
     (Jemuran dah turun... angkat hujan...)

Oklah last kasi kaw2 punya...

9) Orang utan mana yg jari dia dok tekan arrow ke bawah ......
    jawap jgn tak jawappppp....






.... jawapannya: orang yg dok baca blog saya! ... gi buat keje..... !!!!!  biasa nih!





Till Next Entry
-Tuan Din-

Tips Untuk Menghadapi Peperiksaan SPM




   Esok SPM kan? Jadi sebagai bekas calon pilihanraya SPM yang dah berjaya ker  menara gading ( erk!! dak 8 tahun aku kat U, tak jumpa pun barang sebatang GADING?) kat sini aku nak bagi sedikit Tips atau dengan kata lain Naseehattttttttttt!!!
  
    1. Dapatkan Tidur yang Cukup. (1 jam cukup?)

    2. Habiskan semua Silibus yang cikgu ajar. ( Ulang 16 kali pun takpa)

    3. Datang awal ker dewan peperiksaan. ( Bawak bantal tunggu depan dewan pun OK!)

    4. Berusaha untuk jawab semua soaklan, Jangan biarkan kosong.
         ( Contoh.. CONTOH Jer tau)

 Cubalah jadi kreatif... Pada korang salin bali soklan, baik korang cuba sesuatu... camnie..








Till Next Entry
-Tuan Din-

Sunday, November 21, 2010

Badminton Oh Badminton : Datuk Lee Chong Wei vs Lin Dan

    Sekarang aku tengah tengok perlawanan badminton akhir sukan asia antara DLCW vs Lin Dan.  Debarannya tak ubah umpama Pengantin perempuan di malam pertama!! setakat ini dah masuk set ke 3, dan mata terkini DLCW-9 : LD-18. Keputusannya macam dah boleh dijangka!!

   Pointnya, DLCW memang bukan tandingan LD. Itu kenyataan!! tak taulah aku kalau korang berpendapat sebaliknya. Aku bukan nak kutuk DLCW kerana pada aku dia dah buat yang terbaik,cuma mmg hakikatnya yg dia tak mampu nak kalahkan LD yg juga musuh tradisinya.

      (yer sekarang permainan dah tamat!! keputusan bagai yg dijangka)

   Cuma kalu ingat pasal badminton nie aku tak boleh nak lari dari emosi tentang pemain kita yg bernama HAFIS HASHIM tu!!  aku masih tak boleh nak padamkan ingatan aku pada dia masa perlawanan antara dia dan pemain Jepun dalam Sukan apa aku dah lupa... tapi Rangking dia dan Jepun tu sangat jauh.. dalam 200++ tak silap aku... Korang tengok?!!

    Aku tengok!! Masa tu aku punya hangin!!!  kalaulah TV tu harga RM2, dah lama aku hempok TV yg tak bersalah tu!! apa ada hal esok aku g beli lagi kat kedai 2Hengget yg jual barang harga 3, 4 malah 10 hengget pun ada tu.. (sekali lagi aku keliru dengan konsep kedai macam kes Windowshoopinm!) tapi apakan daya TV tu harga RM2000.

   Korang tgk si budak Hampes Hashim tu main?? COOL.. macam Gampang!! macam tak ada semangat langsung!! macam dia saja nak kasi aku sakit hati!! macam dia nak balas dendam kat aku seseorang. Aku tak taulah kenapa jurulatih masih nak latih dia... Kalu aku jadi Menteri sukan, aku dah tak kira menang / kalah!! yg penting semangat perjuangan... aku sanggup hantar budak sekolah rendah yg semangat berkobar2 umpama  Pengantin Lelaki pada malam pertama!!! tak kisahlah, walaupun kalah sekurang2nya kalah bermaruah!!

   Cukup, cukup, cukup!! Kang habis ayat2 carut yg ada dalam kamus dewan & bahasa aku guna kang tuk luah emo aku kat Hampes Hashim tu!!!

Till Next Entry
-Tuan Din-

Dah Tengok Filem Harry Potter ?

   Pagi tadi aku keluar rumah agak pagi sekitar kul 7.30 pagi. Liat betul  aku nak keluar pagi2 hari cuti nie, macamlah liatnya pengantin baru nak keluar bilik! tapi aku gagahkan jugak sebab hari nie aku dah janji nak pergi majlis KONVO'EKSYEN' anak buah aku Erisha. Aku singgah Subang Bistari dulu untuk ambik anak angkat aku Nisa & Ikhwan sebab ini permintaan Erisha...

   Oklah aku tak mau cerita pasal Majlis Konvoeksyen nie dulu sebab aku nak buat entry khas pasal majlis Konvoeksyen nie...

  Selepas habis majlis tu dalam kul 11.00 kami dah tak ada agenda dah, jadi kami secara sepontan bak sepontan si Bohjan Cemolot dengan Bohsia bila berjumpa tepi jalan, plan nak pergi One Utama. Dah sampai sana tanpa tujuan khusus, selain window shopping (Walaupun ramai orang tak paham konsep windowshoppim  itu.., ) apa lagikami  pusing2 & naik tangga tinggi ker GSC...

     Memandangkan kami ada 3 orang  kanak2 & 3 orang Remaja  Purba ( Aku & biras2 jantan). Kak Sue & adik2 dia  merangkap Perempuan semua nak 'Windowshopping' selepas kertas yang ada harga berpindah dari dompet suami ker dompet isteri masing2... dah macam Maybank 2U pulak!!

   Aku nie sebenarnya mmg tak berminat dengan cerita2 Fiksyen  atau Robot2 terutamanya yg bersiri macam Harry Potter & Transfomers tu... ( Aku tak tau kenapa aku tak berminat dengan kisah2 macam tu). Memandangkan 3 orang kanak2 & 3 orang Remaja Purba yg nak tengok wayang jadi terpaksalah yg Remaja Purba nie mengalah kan?? Takkan nak aku hentak2 kaki kat OU tu ???  habis takkan aku nak bawak 3 kanak3 nie tengok cerita LUCAH kot?? mmg ada cerita 18SX kat panggung tu tadi...  kang ada yg anak buah aku tu akhil baligh umur 6 tahun kang!!  Maklumlah budak2 sekarang nie... 'BIJAK" diaorg lain macam sikit...

   Kesimpulan cerita Harry Portter tu bagi aku macamlah APEK TUA BACA SURAT KHABAR JAWI!! atau AYA KELING BACA SURAT KHABAR NYANYANG SIANGPAU atau tak ubah macam korang bagi AKU BACA SURAT KHABAR TAMIL!!! (yg aku faham cuma tgk gambar) Sumpah!! aku tak paham & aku tak tahu jujung pangkal cerita tu. terlalu banyak kejadian2 yg  aku tak tahu dari mana kaitan & kisah yg diaoran dapat.. atau mmg aku tak minat cerita2 macam nie? atau maksud lebih tepat, sekali lagi aku memang  LOOSER!!!

Til Next Entry
-Tuan Din-
 

Friday, November 19, 2010

Tips Untuk Paksa Pasangan Anda Belanja Beli Barang.

    Ini aku adaptasi dari kisah benar anak saudara aku. Korang yang nak guna tips nie kena berterima kasih pada anak saudara aku, Milah, 8 tahun. Kejadian nie berlaku 1 minggu selepas Hari Raya Puasa yang lalu.

                                                  Milah Di Putrajaya...

                                          Milah di Pusat Sains negara...
Mmg berpewatakan Tomboy anak sedara aku nie.. maklumlah semua sepupu2 sebaya dia lelaki, pernah masa kecik dulu bila balik dari rumah nenek, dia bantai Kencing Berdiri!!! sah pengaruh Sepupu2 lelaki dia nie...

    Kakak sulung aku dijemput tuk menghadiri satu event di Sebuah hotel di Kuantan, seminggu selepas raya itu hari. Jadi dia & family pun berbincanglah paakaian yg nak di pakai padsa majlis tu.. maklumlah majlis kat hotel... mesti nak Toppp!! bak kata remaja masakini... j
  
     Sekali si Milah nie mencelah, budak Milah nie mmg mulut petah sikit nie..

Milah        :  Aboh, adik nak kena beli kasut nie... nnt adik tak ade kasut.

Abohnya   : Huish!! bukan ker kasut adik dah ada, baru lagi beli kasut raya.

Maknya   : Tah, adik pakailah kasut raya tu ngan baju yg pakcik beli raya 
                  hari tu..

Milah       : kasut nie dah nak cabut... 

Memandangkan si Milah nie mmg pandai wat trik maka Mak & Abahnya buat tak tahu jer...

    Pada hari majlis tersebut diaorang pun pergilah ker Kuantan, dalam perjalanan tu mereka singgah di hentian Maran utk minum2, singgah toilet bagai... Semasa mereka turun dari kereta...

Tiba-tiba...

     Keletak! Keletuk!Keletak!Keletuk!! Bunyi kasut si Milah!!

Maknya   : aik?? kenapa lain macam jer bunyi kasut Adik nie??

Abohnya : Kenapanya?

Maknya : Adik!! mari sini... (milah turun dari pintu yg bertentangan...) 

Milah     : Kenapa ?? sambil buat muka peliknya... (mmg dia suka buat2
                tak tahu)

Maknya : Hoi!! kenapa Adik pakai KASUT TUMIT TINGGI Mak!!! 

Milah     : (dengan muka tak bersalah jawab...) Kan Adik dah cakap adik 
               tak ada kasut!!

   Selepas di geledah bonet kereta, rupanya Milah dah keluarkan segala kasut2nya yang ada dalam kereta... Nak tak nak kena jugaklah Bapaknya singgah Parkson Kuantan beli kasut Milah... habis, takkan nak milah yg umur  8 tahun tu pakai kasut mak dia, tak payah cakap pun org tau tu kasut Mak dia...

So, korang dah tau TIPS nya???
Cubalah buat, apa kata korang try pakai barangan pasangan korang tanda protes...

Untuk Kasut try ;

1. Kasut Bola pasangan, (pada pasangan yg suka main bola)
2. Saftey Boot ( bagi pasangan yg kerja kilang or site construction.)
3. Kasut kulit Opis (korang bayangkan kalu di padankan dengan Baju kebaya.. kena kan??)
4. Kasut Joging ( padankan dengan baju kurung)

Untuk Baju try;

1. Baju Kemeja Pejabat ( dipadankan dengan Kain baju kurung)
2:  Jersey Bola ( dipadankan dengan Kain Kebaya)
3. Baju Melayu ( Dipadankan dengan Jeans)

Ok, selamat mencuba... kalu tak berjaya, hubungi Milah untuk Tips2 berikutnya... harharhar...

Till Next Entry
-Tuan Din-

Thursday, November 18, 2010

Uncle Seekers yang Hebat!!!

     Korang dah baca blog Uncle seekers nie kan...? Aku dah baca dah dari link Joe & rakan2 bloger yg lain, tapi kat sini aku malas nak linkkan Blog dia.. sebabnya, Pergh!!! Poyo gila mamat nie...


Ada value ker org mcm nie??
Kalu bercinta ngan adik aku... belum sampai muka pintu aku dah kasi Flying kick!!

   Tajuk entry tu korang pepahamlahkan kenapa aku tulis dia hebat??? ikut koranglah nak baca, dalam nada Memuji ker, mengeji ker, perli ker or menyindir... (eh apa beza perli & sindir kan??).

    Pada aku yang baca tanpa buat apa2 'search' lain2 di internet, aku anggap Percintaan mereka yang di gelar "cinta syyhh" mungkin benar.. maksud aku, mungkin benar mereka nie ada 'hubungan' tapi kalu nak anggap hubungan yang berat sebelah macam yg diceritakan dalam blog dia, mmg aku tak percaya!! yalah beb, mana aci cerita sebelah pihak!! mungkin mamat nie ada agenda tersendiri? or mungkin "cinta syyhh" dia dah tak kesampaian?? Hanya tuhan yg tahu...

    Setakat sekali imbas aku baca, ada 2, 3 story dia yang aku menyampah tahap gaban bila aku baca.. aku tak taulah kot2 korang suka...

1) Masa Permaisuri Agong (PA) datang ketuk rumah dia  merengek2 nak jumpa tu... Phuii!! aku cukup menyampah bila dia kata dia ada prinsip Tak boleh Orang Kacau Tidor dia, walau sesiapa pun.. siap guna Emak dia lagi sbg evidance!! lagi siap cakap emak dia sembahyang tak tinggal.. habis lu...? Kerek semacam jer dia pertahan kan Prinsip tahi kucing dia tu... (opss teremo pulak).

2) Dia asyik dok cerita yg PA bila jumpa akan salam cium tangan & cium pipi.. Phuii lagi sekali.. kalu betul... sekali cerita cukuplah Bro...

3) Cerita dia g beli coli tu.. pun aku menyampah!! dia cakap dia tak pernah nak masuk department tu masa kawin pun.. comeon bro.. lu tak Spacial langsung!!! tak romantik kata orang... tapi lu yg kena angkat barang2 tu dari kedai kan??? ker lu nie balaci jer bro...

4) Cerita pasal PA merenget2 berlari2 anak masa dia dia suruh PA mintak maaf kat bapak dia. Pergh!!! hebatlah lu bro... Bangang!! itu tak hebat langsung!!!

5)  Cerita lu tangkap 'benda' kat dalam botol tu... lu cakap kat Datuk Seri tu  setiap orang ada kelebihan.. Perghhh macam lu hebat nak sekolahkan org tua tu... Lu main benda2 tahyul tu lu layan lah...org lain tak heran pun.. bukankah kita boleh belajar kisah2 kehidupan Jin dalam Alquran.. mmg Jin itu wujud...

6)  dan banyak lagi cerita2 Angkuh dia...

  Ehh!! kenapa aku pulak emo nie? padahal aku tak ada kena mengena pun ngan kisah nie...? Sebenarnya aku cukup benci pada orang yg macam nie.. Belagak Bagus!!! Dalam Blog dia sendiri bolehlah dia nak tulis macam2.. maklumlah Itukan belog dia...

Til Next Entry
-Tuan Din-

Monday, November 15, 2010

Wahh!! JJ Bukit Raja dah ada Department baru!

     Semalam aku dah Post satu entry pasal aku tak berhujung minggu di Lembah Kelang kan... Sambungan dari xtvt petang aku tu, malamnya aku pun pergilah ker Jaya Jusco (JJ) Bukit Raja. Kalu korang nak tahu aku nie dah kira Master dah JJ nie. Maklumlah dah 15 tahun aku jadi pengunjung tetap JJ, sejak aku kat ITM tahun 1996 lagi. Sekali lagi maklum, dulu mana lagi tempat budak2 itm nak jalan2 selain JJ & Sunway Piramid? Mid Valley pun tak ader lagi tau!! Ok cukup!! jgn nak dedahkan kelemahan kau pada kawan2 yg selalu nak cop yg kau dah TUA!!

    Oklah sekali sampai aku pun  terus tuju ker TGV & surveylah panggung cerita apa,  mmg sekarang tak banyak cerita yg best2.. then beli tiket Life With... Not bad lah, kira ada kelakar & ada tourching sikit2.. (Weh ngko jangan tipulah tuan din... bukan ker ngko hampir2 nangis semalam!!! Orang lain ngko boleh tipu...takkan diri sendiri pun nak pipu kot!! Came on la braderr...) ok2.. aku mmg ader touching key... Puas hati kau??!! Dahlah aku dah melalut pulak...

       Selepas membeli tiket, aku & kak sue pusing2 nak pergi makan. Biasalah sejak Jhoney's dah bukak nie aku selalu singgah situ jerlah cari Nasik goreng & Stimboat... sebelum nie kalu ker JJ aku akan hadap KFC jer... thank en jhoney's... bagi aku pilihan. On the way nak ker Jhoney tu aku ambiklah laluan ker Escaletor yg hujung dekat Reject Shop ttu.. (pada yg tak pernah pergi, hangguk jerlah.. sebab mmg betul!)

       Sebelum aku nak turun ker escalator tu tetiba Pranggg aku terpandang signboard FOOD COURT!! betul2 sebelah Reject Shoop!! Punyalah besar signboard dia menyerlah macam gigi aku tengah tersenyum & tengah tak senyum...

Aku  : Ha.... Yang, sini dah ada Food Courtlah... Jom try... (aku mmg suka 
          mencuba sesuatu yg baru)

k.Sue : Aah lah, dah ada Food Court!! elok gak makan sini boleh 
           makan Nasik goreng..

      Dengan muka ala2 TERUJA, aku masuk ker Food Court tu & pusing tengok kedai2 yg menyediakan menu2 menarik... dalam hati aku tertanya2 bila masa pulak JJ bukak Food Court kat sini, Minggu lepas aku datang gak tengok wayang!! Aku sangat teruja untuk mengatahui hal Food Court nie. Aku pun apa lagi, berbekalkan sifat2 bohjan masa remaja dulu aku pun bertanya pada adik yg ambik order kat sebuah kedai tu..

Aku   : Dik, dah lama ker Food Court nie bukak? ( dengan lagak2 
            ala2 Polis pencen aku tanya )

Adik kedai : Ohh dah lama Bang!! Sejak Jaya Jusco nie 
                   bukak dulu lagi.
PANG!!! Erk!!

p/s : Awas jangan berlagak Otai.
p/s : Aku mmg looser. ( terus sms rakan2 sebaya utk dapat kepastian..)
p/s : Moral of stori.. Aku tak mainlah masuk Reject Shoop... sebab tu
        tak perasan... (Hikmat Bela Diri)
p;/s : k.sue korang pun Looser sama... hahaah nnt kalau korang kata
        BODOH!! boleh aku kongsi sorang sikit Bodoh tu.. taklah aku tanggung
        sorang2..

Till Next Entry
-Tuan Din

  

Sunday, November 14, 2010

Hujung Minggu di Shah Alam... Lama betul aku tak berhujung minggu di rumah sendiri...

     Secara kebetulan atau memang dirancang, hujung minggu kali nie aku berada di rumah di shah alam. Sejak awal tahun nie asal hujung minggu jer aku keluar dari Lembah Kelang nie... ker Pahang lah yg selalunya.. kadang2 ker Johor... dan mungkin juga ada Xtvt luar...

    Minggu nie aku ada di Shah Alam, baru rasa dapat rehat secukupnya. Malam Sabtu itu hari ada majlis BBQ bersama2 rakan2 Universiti aku. Semalam aku pergi lunch ker rumah adik ipar di Suria Alam sambil hantar anak dia yg aku pinjam malam tadi, utk berkawan dengan 2 orang anak angkat aku yg juga aku pinjam utk week end nie dari mak bapak diaorang...



Erisya,5 tahun. budak bijak mulut kalah org tua, suka ikut aku kalu Weekend. Bab artis2 malaysia nie aku byk dapat info dari dia.

Nie anak angkat aku, Ikhwan & Nisa, 8 tahun. Aku membantu MengIslamkan mak bapak dia bulan April 2010. Pertamakali mengislamkan orang, aku hampir menitiskan air mata bila dengar Ikhwan & nisa mengucap.

       Malam semalam aku dah hantar diaorg balik lepas satu malam tidor umah aku. So pagi tadi aku pergi Pasar Stadium yg dah lama aku tak pergi... Makk ai ramai lah pulak orang, luar biasa pulak ramainya minggu nie. Mungkin diorang nak shoping untuk Raya Haji kot, & mungkin jugak minggu lepas ramai yg balik Kampung.

        Selalunya xtvt wajib aku utk petang hari ahad bila berada di Shah Alam adalah pergi Swimming kat Kolam Cik Ali Pusat Akuatik Shah Alam (PADE). Sebab esok hari Isnin PADE tutup so aku buat xtvt lain pulak petang esok, sama ada minum2 dengan Geng2 Seram aku, pergi Gym or aku joging jer kat Tasik Shah Alam...





                                     Kolam Renang PADE tempat aku jaga kesihatan...
           Kalu korang nak hantar anak2 atau korang sendiri nak belajar berenang, kat sini mmg byk Club yg bagus2. Club Org Melayu kita pun ada... Murah jer yuran dia. Kelas ada sepanjang minggu. Utk Musim cuti mmg ada  setiap hari ada Class... Oklah dah Asar, jap lagi kulk 5.30pm aku nak g swiming...


Til Next Entry
-Tuan Din-

Friday, November 12, 2010

Shooping barang untuk BBQ bersama rakan2...

      Malam semalam lepas p swiming dekat kolam Cik Ali Puast Akuatik Shah Alam. Aku ngan rakan2 seram aku, Yani gedik & Lin becok berjumpa kat TESCO (wah hurup  besar ngko ek.. ape? diaorang bayar ngko ker?). Kami bincang2 barang yang nak beli kat Tok Hailam Kopitiam (Weh! kenapa ngko tulis semua nama khas nie..?!).

Hasil mesyuratnya:
Tetamu yg kompem dlm 20 org, yg tak kompem dlm 5 keluarga (eleh yg tak kompem tu sebenarnya kedekut nak keluar duit beli makanan.. sebab ini adalah Potlap BBQ parti cuba jemput cakap makan free.. maunya diaorang suruh taruk nama atas sekali...) kan Cik Reena kan? (hehehe nie kan Belog aku... nasib ler korang)

1) Daging kambing          - 5 peket (35 ketul)
    
Daging Kambing & daging lembu utk yang tak makan kambing macam Kak Sue korang & Bakal madunya Evy & mungkin juga bakal madu2nya Junn... (heheeh kan aku dah cakap, ini belog aku...)

                         
2) Kepak & paha ayam   - 3 peket (36 ketul)
3) Meehoon                    - 2 peket ( kami rancang nak curi meehoon mak lin
                                                   sepeket!! Makan ramai2 jadi dosa tanggung
                                                   sorang sikit... itu idea Lin..)
4) Sosej                          - 2 peket
5)  Buah2an                    - Tak payah beli... cari mangsa2 yg nak datang
                                         makan free kita suruh diorang bawak!!! (yg nie nk
                                         kena buat panggilan hangit kat JABAR)
6) Junk Food                   - Tak payah beli... cari mangsa2 yg nak datang
                                          makan  free kita suruh diorang bawak!!! (yg nie nk
                                         kena buat panggilan hangit kat Mak a.k.a JUNN)
7) Barang2  rempah         - kalu aku tulis semua kang ngko orang kena
                                          tunggu awal  tahun depan baru siap entry nie..
                                          koran mau??

                                           
Korang tengoklah kalu dah Jantan tu, kalu nak tunjuk resepi tu, tak adernya nak taruk dalam mangkuk macam mengada2 makcik2 nak jaga imej. 
      Dah set barang2 nak beli kami naik tesco cari barang... DAMn!! daging kambing sikit jer ada.. jadi aku yg mmg tangkas bab otormen diminta ker GIANT (ha kau, besar jugak?!) aku g sorang2 lakssana otromen.. set semua ada.

      Sekali lagi DAMPn!! ada satu famili nie orang MELAYU kita nie dengan selamba badak pakat2 petik anggur atas rak macamlah diaorang tu tolong atuk diaoran menebas dusun Anggur tu masa musim berbunga dulu!! Aku hangin DOWHH!! (Dowhh = perkataan paling aku menyirap kalu dengar budak2 sebut time bercakap!!! bukan ker dowhh tu bunyi macam tahan sakit?? tapi maksud asal dia adalah BODOH!! korang tau?!!!) Ngkorang tak tau ker anggur yg korang makan tu tak halal?? or korang rasa korang boleh kaya dengan pakat makan anggur peree?? padahal kalu korang beli baru RM5.30 jer duit korang habis!! aku boleh terima kalau korang rasa sebijik utk beli sekilo!!! Ini tak mmg korang saja2 nak MAKAN PEREE!!!
Aku balik ker rumah dengan hangin satu badan yg tak mau keluar2 walaupun melalui KENTUT!!

Till Next Entry
-Tuan Din-

Thursday, November 11, 2010

Zaman Dulu, Raja dia pemalas maka jadilah negeri Pahang negeri paling besar..

   Kalu korang baca tajuk entry nie mesti heran kan... kenapa sebab Raja pemalas dapat tanah paling luas pulak kan? Ha korang tak payah pening2 fikir, lagipun hotak korang bukan geliga sangat pun kan... Kat sini aku bagi 6 fakta sejarah...

   Macam nie ceritanya, dulu semasa pembentukan Tanah Melayu semua Raja2 dipanggil dalam satu mesyurat untuk pembahagian kawasan jajahan takluk... makakan Raja Pahang pada masa tu sangat suka memancing & juga seorang yg pemalas dalam bab2 nak kena ke buat kerja nie. Ha! korang tengok!! sebab tu orang pahang terkenal dengan Ikan Patin nya... sebab dari dulu lagi Raja kami mmg suka memancing.

   Dalam mesyurat Raja2 yg pertama tu diorag setuju utk buat 'Survey' sendiri kawasan2 yg mereka mahu dalam masa 1 purnama... Tu masih guna purnama tu punyalah lama cerita nie.  Korang taulah kan masatu mana ada Theodolite, GPS bagai, semua kena tarik pakai rantai kena rintis / menebas hutan buat laluan bagailah... Maka dengan selamba Gajah nya Raja Pahang cakap aku malas nak pegi ukur, korang pergilah. Nanti balen2 korang ukur tu bak sini bagi kat aku...

     Maka semua Raja2 pergi ukur kawasan masing2 kecuali Pahang sibuk bersiap nak pergi memancing.
Maka berbagai2lah kisah Raja2 nie berjalan meredah hutan, paya untuk menebas dan menanda kawasan... Sambil bertitah lah Raja2 tersebut kepada Bendahara mereka...

Fakta 1- Sempadan Mersing-Rompin
Raja Johor : Beta rasa dah jauh sangat kita menebas nie, dari JB sampai ke
                   Mersing nie pun beta rasa dah tak habis keturunan beta makan..
                   yg BELEN tu kita bagilah kt Pahang...
Bendahara  : Betul Tuanku, begitulah eloknya..
                 (ayat org pemalas nie...  kalu tak dia yg kena menebas)
                   

Fakta 2 - Sempadan Jelebu - Bera -Bentong
Raja N9  : UUmak ai, dah nak mampuih dah den menobeh nie,
                 Eden menobeh banyak2 pun esok bukan
                 dapek kat anak2 den tanah nie. Alih2 dapek kat Undang
                 lain pulak!! Biarlah BELEN tu bagi kat
                  kesian pulak dia nnt tak bertanah...
Bendahara: Betul Tuanku, Begitulah eloknya..

Fakta 3 - Sempadan Genting -Gombak
Raja Selangor : Beta rasa cukuplah sampai kat sini kita ambik (kaki bukit
                        Genting),Yang kat sini pun beta tak tau nak buat apa
                        atas puncak bukit nie, nak jalan kaki pun susah, esok
                         macam mana nak naik kereta. Hahaha! BALEN tu kita
                         bagi ajelah  bukit2 yg tak boleh pakai tu kat Pahang!!
                        kesian dia nnt  tak ada tanah!!
Bendahara : Betul Tuanku, Begitulah eloknya..

Fakta 4 - Sempadan Tapah - Cameron Highland.
Raja Perak  : Ok semua Hamba2 ku cukuplah sampai kaki bukit nie kita
                    ambik, BALEN tu kita bagi kat  Pahang.itu puncak gunung
                    tu nak buat apa? Harimau pun tak larat nak naik bukit tu...
                    lagipun nanti kesian Pahang tak da tanah pulak..
Bendahara : Betul Tuanku, Begitulah eloknya..

Fakta 5 - Sempadan Gua Musang - Lipis
Raja Kelantan : Ambo raso cukup doh negeri ambo nih, besa doh negeri
                        ambo nih.. tu Bukit batu kapur tu nok wak gapo?! Kiro
                        kito bagi duolah bukik tu denge Pahe... Hok BALEN tu
                       buhi ko dio Nyanyo ko pahe lamo kee takdok tanoh!!
Bendahara : Betul Tuanku, Begitulah eloknya..

Fakta 6 : Sempadan Kemaman - Cherating 
Raja Pahang sedang mandi manda di laut Cherating bersama gundek2nya ( nak satu), tiba2 perutnya terasa sakit hendah berak.. ( Hah engkau!! Berak tu, aku tak tau istana cakap apa) diapun masuk ker dalam hutan melpaskan hajatnya. Tengah duk syok2 meneran, tetiba buntut dia nyaris dilibas oleh parang hamba2 Raja Terengganu yg sedang menebas..

Raja Pahang : Hoi!! Korang buat apa kat sini?
Hamba T'ganu : Menebas untuk tanda kawasan ngeri Tuanku.
Raja Pahang : Kepala Hotak engkau, ini Bilik air aku lah nie, inilah tempat
                     mandi & berak aku!! Pergi panggil Raja engkau!!
                    (tengok punyalah pemalas,  sampai bilik air belakang umah
                    ngkau pun orang kebas!!)


Raja t'ganu : Assalamualaikum, Bro... ini kawasang mung ker?
                   Sorryahhh (sila pendekkan lidah utk sebut 'r')
                   aku dop perasang, rolik sangap menebah, kabo2
                   jauh doh masuk kawasang mung... pah gak
                   takpee ahh kirre (sekali lagi pendekkan lidah)
                   Kawang ambik sapa sini jah ahh... Hok BALEN tu ambik
                   ko mung..

   Maka pada Mesyurat Raja2 yg ke2, dibentangkan segala Peta2 yang telah di ukur oleh Raja2 Tanah Melayu.. Dengan muka selenganya Raja Pahang berlenggang tannpa membawa sebarang Dokumen atau Pelan... TETAPI, alangkah terkejutnya bila dicantum2kan Peta negeri2, yang BALANCE nya adalah negeri PAHANG tercinta ku, merupakan negeri paling besar... Maka dengan muka Riak & bangganya Raja Pahang belanja Teh Tarik Mamak pada Mesyurat Raja2 tersebut...

       Hah, tengok, korang percaya tak?? nnt aku cerita lagi pasal bendera pahang yg kaler hitam / putih tu pulak... lagi sardis kisah nie... peristiwa nie berjalan pada masa Raja yang sama... Kalu Sultan Pahang baca nie mau kena  Double Sided Pelempang  ngan Sultan aku nie...

       Akhir kata, AMPUN TUANKU!!! Mohon patik harap diampun.. patik mohon ampun diatas cerita dongeng lawak jenaka ini. Ini adalah rekaan patik semata2.. AMPUN TUANKU!!!

     Hahaha cerita dongenglah... Yang korang pecaya tu apa pasal..

Till Next Entry
-Tuan Din-