U pollo, I pollo... Kompem!!

Friday, February 28, 2014

Birthday Aniq

03.03.2014 Birthday Aniq yang ke 3 tahun. Semalam dah g beli segala bagai Gift utk kawan2 sekolah Aniq. Dah mmg budaya zaman sekarang sesiapa yg sambut Birthday  ibu/bapaknya akan berikan Door Gift utk kawan2 kelasnya. sejak 2 bulan Aniq sekolah ni mmg tiap2 minggu ada jer plastik Gift yg Cikgu isi dalam beg dia.

Sejujurnya masalah utama Daddy ialah nak beli apa Hadiah utk Birthday Aniq kali ni??? Aniq budak lasak a.k.a cepat bosan dgn sesuatu benda.  Kalu beli mainan umur mainannya tak pernah sampai 12 Jam!!! yang melepasi 6 Jam dah kira Bonus!!! tiada batasan harga utk Aniq rosakkan barang!!!

note: Nampak tak M16 kat tangan aniq tu... Sebelum bateri habis nyawa, M16 tu habis nyawa dulu. Dlm masa 2 jam M16 bertukar jadi Pump Gun semua pemegang dah lebur...

Nak beli mainan yang kukuh/kuat sikit dia bantai buat ketuk lantai, ketuk orang... Daddy takut dia ketuk TV or Sliding Door jer... mau jadi Hulk Daddy. Kalau mainan yang guna Bateri tu jangan berangan nak beli Beteri spare... mesti tak sempat habis bateri punya.

Dulu beli Andriod tuk abang Irfan boleh lg tahan 1 bulan yg aniq pegang sejam jer... kalah main Angibekk jer dia hempuk Android tu... tak tau dah Daddy nak ajar mcm mana... mmg dia jenis yg cepat bosan & tak boleh duduk diam...

Kat sekolah mcm manalah cikgu2 Comel2 handle dia tah... Yg nametag nya org lain elok jer pakai dah sebulan, Aniq punya sempat pakai 1 hari jer, lepas tu Daddy x pernah jumpa dah... dah la org lain dah 2 minggu pakai yg dia punya namteg Cikgu tak tau mana dia letak...
note: Sebab daddy tau umur nametag ni x panjang so daddy snap dulu awal2...

Daddy tgh pening dok fikir nak bg hadiah apa utk Aniq ni...



Friday, November 8, 2013

Hogoh Pahang Hogoh!!!

       Setelah sekian lama menyepi, aku terpanggil untuk membersihkan segala sesawang, taik cicak, habuk2 yang melekat kat blog aku ni. Punyalah kekok nak bukak blog ni semua susun atur dia aku dah lupa... yg paling parah... PASSWORD pun dah lupa... nasib  en Goggle sudi sms kod rahsia...

         Korang yang bukan anak Pahang macam Ct Nurhaliza aku ni mesti macam pelik jer kan ayat tu... haaa kalu korang tgk ayat tu mcm HUDUH pun ada.. actualy ianya bermaksud 'gongcang, gegar' sebab tu tema tu didatangkan sekali gambar Gajah dok tengah tolak kenderaan yg di cat merah & berlambangkan Bendera kelantan...


        kat sini aku cuma nak raikan Pasukan aku menjulang Piala Malaysia baru2 ni...

Hogoh Tok Gajoh Hogoh,
Hogoh Sampei Reboh,
Jangan Takut Kaloh,
Kita Ada Maruah...

Bersukan bersukan jugak jgn lupa Saudara2 kita yg ditindas & di zalimi di Syria, Mersir, Palestin & Burma nun... Semego mereka dilindungi Allah..
ok Bye....


Friday, September 9, 2011

Menyingkap Misteri....

 kat bawah nie aku copy paste dari FB siti nurhaliza... 

 
Shooting vklip DSN lagu Falling In Love. 300 org dikehendaki. SUKARELA (makan/minum disediakan). Pakaian kemas. Tarikh: 12 Sept, Isnin Call time: 9am. Tmpt tunggu: Blkg Pavillion, gerai PAK CIK (mmg nama gerai ni Pak Cik). Dijangka shoot: 10am-3pm. Hrp maklum, kesian Miela kena jwb di opis mcm2. Tlg baca status ni dan faham. Bg nama n call 03-91019555.
 
 pada bloger1 yg suka dengki kat aku tu, kat sini aku nak selongkarkan misteri ini... ASTINA naluri berbisik tu jgn jeles ek...!
tengok nombor telnya... 03-91019555.... eh apa yg mesterinya???
korang memang tak tahu... tapi sapa2 yg ada no telepon aku tu korang check balik 
nombor belakang hp aku 019-xxxx555
 
rupa2nya Siti nie masih lagi setia pada janji2 manis kami yer...
Larikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

Til Next Entry
-Tuan Din-
 
 
 

Thursday, April 28, 2011

Bizi sampai bila?

Dulu aku aku cukup tangkas Hapdet Blog...
Hari2 aku hapdet blog...
Sambil Hapdet blog, aku buat blog walking...
Aku bukak blog nie sebab aku nak standby time aku terlantar,
Maklumlah kalu ikut pengalaman org, aku perlu terlantar 3 bulan,
Tapi aku budak degil... mmg aku juga terlantar, tapi 3 hari jer...
lepas tu aku dah ligat ke sana kemari... kuar minum
dengan tongkat & Braces kaki...aku haruk jer...
tapi aku tak buat xtvt yg byk bergerak...

Sblm Operation aku survey dengan kawan2 & Dr... 
katanya aku akan terlantar 3 bulan kat rumah so aku takut mati kutu,
Jadi aku bukak ler blog nie...
habistu, takkan aku nak harab FB jer.. jodek sejam dua dah katam,
Huh!! baru tau... 24/7 menghadap pun tak boleh habis  blogwalking...
Hasilnya dlm 2 bulan aku dpt ramai kawan,
pembaca aku adalah dlm 50-80 orang sehari...
aku berasa sangat seronaok.. (cheh! ayat karangan UPSR, hahaha)

So start bulan 3 hari tu, aku dah start boleh 'jalan laju' kata fisio,
jadi aku pun kira cam dah boleh gerak cam biasa...
Aku dah mulakan xtvt kerja yg 'hampir sebenar' macam biasa...

Jadi, masa aku byk kat luar...
Blog nie dah jadi betul2 laman SESAWANG...
jadi dalam keaqdaan normal, aku tak mungkin boleh berblogging...

So, Sorry semua pembaca2 blog aku...
walau camanapun aku tetap ambil kesempatan baca bloh2 korang...
maklumlah macam org baru putus cinta...
walaupun dah putus tapi sesekali nak jugak belek2 gambar EX kan??
camtulah aku....

maknanya aku akan Bizi sampai Bila2.....

Til Next Entry
-Tuan Din-

p/s : nie gambar pondok aku kat kebun. Bila tak ada urusan rasmi aku lari pergi kebun. Ramai kawan2  yg mintak gambar terkini, so nie kira terkini yg aku ada. Sapa2 yg nak mandi Tekala baik korang cari sungai Batangsi nie.. tak ramai sgt org...

Wednesday, April 13, 2011

Otak dah beku...

Lama sungguh aku tak hapdet Blog nie...
Maklumlah aku bukannya Bloger tegar...
tapi terasa jugak kesunyian / kerinduan pada dunia blog nie...

bila mana kita dah lama tak berkarya... (cheh!! macam dah bertahun)
Otak jadi beku...
tak tahu Mood terkini Pembaca2 setia blog ini...
terasa m,acam ketinggalan pulak...

Anyway, walaupun aku tak menulis,
aku tetap setia membuka Blog ini...
setiap kali ada kesempatan di depan komputer,
pasti akan ku jengah jua...

Pada pengunjung2 setia blog ini dahulunya...
teruskan membaca, korang bacalah entry2 yg lepas2 tu dulu...
nnt bila Saya dah ada kelapangan, akan saya mula kan balik penulisan ini...

Till Next Entry
-Tuan Din-

P/s : kenapa Astina block saya dari membuka Blognya...? Sedangkan dia bebas komen kat blog aku!!! dimana Keadilan??? hehehe

Wednesday, March 30, 2011

Tiba2 aku menghilang...

Salam semua,
demi tidak mengecewakan rakan2 yg baca blog nie,
akan aku gagahi juga untuk hapdet blog nie,
eh rasa kekok pulak nak berceloteh.

Sebenarnya
Bermula cuti sekolah itu hari, aku dah kidnap anak angkat aku tu,
aku bawak dia pergi Cuti2 Malaysia ker Endau Rompin,
Joint Family aku bercuti selama 3-4 hari kot...
pastu balik Shah Alam kerja kejap 2 hari,
aku sambung pergi bercuti ker Tiara Bitch Beach Resort 2 hari,
juga bawa anak2 angkat aku...

Balik S.Alam, hari isnin aku kena seminar di Impian Hotel Morib 3 hari,
ini Short notis nya kursus, Jumaat petang after opis hour dapat call...
di seminar tu aku dapat Invitation utk hadiri Kursus sehari keesokannya,
Memang mampus aku macam nie,
dalam 2 minggu nie hanya 3 hari jer dapat peluk bantal busuk kat umah.

Sebab itulah kehilangan aku mengejut & misteri...
Yg bercuti tu mmg aku rahsiakan atas faktor2 keselamatan,
Ini saranan penasihat IT yg aku dengar, nnt rumah kita kena ceroboh,
lagi satu, sepanjang ketiadaan aku, si budak Astina pun tak der...
jangan ada sebarang spekulasi ek...
sekembalinya aku dari cuti, aku dah tak boleh bukak Blog dia...
mungkin En Adli dah bannd aku kot...
whuteverlah... kami bukan ada apa2 pun...
tapi aku ralat jugaklah.. kan dia 'musuh' utama aku dalam blog nie...

Till Next Entry
-Tuan Din-

Moral of story : sapa kata Bercuti itu untuk berehat??? Lagi Penat adalah!!!

Wednesday, March 16, 2011

Selepas Habis Pantang 3 bulan, aku mulakan dengan aksi ringan2 dulu.

Akhirnya... 'pantang' itu berakhir juga...
aku agak ragu2, macam mana nak mula nie,
Kat sebelah aku  tubuh putih gebu yang dibaluti bikini sahaja...
aku cuba berlagak membuat aksi bersahaja,
aku bukak zip, aku raba2...
akhirnya aku jumpa yang kucari,
Argh!!! lega, nasib aku bawak 'Fin Board'!!!
kalu tak susah jugak aku nak mulakan sesi renangan pertama post operation,
maklumlah dah 3 bulan aku tinggalkan Kolam Renang nie...

Gambar : kat sinilah tempat aku buat terjun tiruk tiap2 petang!!!

Lane agak penuh sebab kolam luar budak2 ramai,
Aku mulakan dengan sesi 'Bubble' teknik kawal pernafasan...
Aku cuba2 'kicking'... no problem....
lepas 10 sesi pemanasan Bubble & kicking aku try swim...
tapi aku try perlahan2... kang kalu tetiba aku terus speed....
kang sampai tengak terkucil kepala lutut kang!!!
Tak pasal2 orang buat kuak Lentang, kuak kupu2 kuak dada...
aku buat Kuak Lemas tengah2 kolam...
Alhamdulillah, tiada sengal2 kat lutut...

Gambar : Iklan dari penaja. Kadang2 time weekend aku bawak anak2 angkat aku joint sama...



Untuk permulaan nie aku cuma buat 2 lap then stop,

 berhenti sekejap untuk prektis kicking & bubble...
mula2 nie kena beraksi ringan2 dulu...
akhirnya dalam slow2 dapat gak aku 600m hari nie...

Til Next Entry
-Tuan Din-


p/s : Tubuh berbikini itu adalah amoi yg swimm sebelah lane aku...cuma intro aku nak kasi korang horny sikit...
larikkkkk

Friday, March 4, 2011

Tektik Bangla...

Korang pernah berdepan dengan pekerja2 Bangla??
Aku rasa Sebahagian dari korang mesti pernah kan?

Korang tau tak Bangla ni banyak tektit tuk menguntungkan diri mereka,
Tektik 'mengular' (read : ada jer tektik bodoh mereka yg kita leh nampak)
Tektik berlakon time sakit,
Tektik merayu...
Nie aku nak cerita tekti lain...

tektik nak masak untuk makan sorang,

tak mau kongsi ngan pekerja lain (Indon).
Tapi Dia nak kongsi (Tumpang)masakan orang lain.
Mmg diorg nie sekali masak nasik & lauk utk 2 hari..
aku kalu lauk tu aku leh accept lagi nie nasik,
dahlah dia tak panaskan...
mmg sampai lembik (read : nak basi )

Kalu bab makan yg berkongsi, nampak macam tamak gila ambik lauk.
Makan pulak demand, mentang2 Boss sponser lauk pauk...
Makan pulak mak datuk, kalahkan anak Jin.. byk gila...
Last2 dia mengaku kat aku yg dia Malas masak.

Korang tau apa diorg buat?? kalu dia kena masak sendiri??
korang mesti menyumpah kat dia kalu aku cerita...
Ada ker dia kalu nak taruk kayu manis, bunga cengkih ker,
atau benda2 kering even Halia dalam periuk...
Dia akan gigit ngan Gigi jer, pastu keluarkan dari dalam mulut then terus campak dalam periuk!!! SIAL tak??
Mula 2 budak indon cakap aku tak kish jer..
last2 dia buat depan aku..aku tengking dia senyumm jer..
nasib baik aku belum pernah rasa masakan dia!!!

Till Next Entry
-Tuan Din-

P/s : ibu2 diluar sana sila cuba cara masakan bangla, manalah tau anak2 korang nnt dengar kata...

Wednesday, March 2, 2011

Apa?? Biar betul!!!

 Gambar : Teringat aku time2 tengkatan 5 dulu... Makmal camnie sebelah jer kelas aku. mentang2 kelas Sains, ada ker patut kelas kami boleh tersisih dari blok tengkatan 5 lain. Gambar Ihsan En Google.

Korang tau tak?!Apabila 254ml air yang ditadah di sinki,
Dicampur ke dalam cerek yang mengandungi 154ml air suling,
Kemudian didedahkan dengan nyalaan api pada suhu 100 darjah calcius,
Akan Menghasilkan satu cecair yang dinamakan AIR MASAK!!

Till Next Entry
-Tuan Din-

p/s : Larrriiiiiikkkkkkkkkkkkkkkk

Tuesday, March 1, 2011

Tetamu tak diundang...

Tengok pada tajuk mesti korang ingat Tetamu itu tak baguskan??
Tak diundang maksud aku adalah, seseorang yang tak diundang tetiba muncul. Tapi bukan bermaksud aku tak suka dia datang... aku sangat suka kerana dia membawa rezeki bersamanya untuk aku...

Kisahnya Hari ahad ituhari, aku Tidor kebun, then tengah harinya ada kawan aku yg aku pun berkenalan ngan dia kat kebun tu jugak... dia selalu bawak anak2 dia mandi kat kebun aku....

Sekali dah tetamu datang aku pelawe le dia minum... sambil aku nak pergi ambil air batu dalam Ais Box (read : tong polisterin). Sepontan kami berborak...


Tetamu : Eh Tak payahlah susah2...

Haku : Eh, kenapa? aku buat air nie bukan nya rezeki ngko, ini rezeki aku..

Tetamu : (terpinga2.. ) Eh, kenapa?

Haku : Bukan ker menjamu tetamu tu dibalas 7 kali (tak pasti bil. 7 or 10)
           dari rezeki yang kita bagi tu.. jadi engko dapat segelas,
           aku dapat 7 gelas... so sapa yg untung....

Tetamu  : aahh ek... betul jugak...

Moral of story : Jangan lakukan sesuatu yang tak bermoral...

Till Next Entry
-Tuan Din-

p/s : tak semua Tetamu Tak Diundang itu tidak bagus...