U pollo, I pollo... Kompem!!

Wednesday, March 30, 2011

Tiba2 aku menghilang...

Salam semua,
demi tidak mengecewakan rakan2 yg baca blog nie,
akan aku gagahi juga untuk hapdet blog nie,
eh rasa kekok pulak nak berceloteh.

Sebenarnya
Bermula cuti sekolah itu hari, aku dah kidnap anak angkat aku tu,
aku bawak dia pergi Cuti2 Malaysia ker Endau Rompin,
Joint Family aku bercuti selama 3-4 hari kot...
pastu balik Shah Alam kerja kejap 2 hari,
aku sambung pergi bercuti ker Tiara Bitch Beach Resort 2 hari,
juga bawa anak2 angkat aku...

Balik S.Alam, hari isnin aku kena seminar di Impian Hotel Morib 3 hari,
ini Short notis nya kursus, Jumaat petang after opis hour dapat call...
di seminar tu aku dapat Invitation utk hadiri Kursus sehari keesokannya,
Memang mampus aku macam nie,
dalam 2 minggu nie hanya 3 hari jer dapat peluk bantal busuk kat umah.

Sebab itulah kehilangan aku mengejut & misteri...
Yg bercuti tu mmg aku rahsiakan atas faktor2 keselamatan,
Ini saranan penasihat IT yg aku dengar, nnt rumah kita kena ceroboh,
lagi satu, sepanjang ketiadaan aku, si budak Astina pun tak der...
jangan ada sebarang spekulasi ek...
sekembalinya aku dari cuti, aku dah tak boleh bukak Blog dia...
mungkin En Adli dah bannd aku kot...
whuteverlah... kami bukan ada apa2 pun...
tapi aku ralat jugaklah.. kan dia 'musuh' utama aku dalam blog nie...

Till Next Entry
-Tuan Din-

Moral of story : sapa kata Bercuti itu untuk berehat??? Lagi Penat adalah!!!

Wednesday, March 16, 2011

Selepas Habis Pantang 3 bulan, aku mulakan dengan aksi ringan2 dulu.

Akhirnya... 'pantang' itu berakhir juga...
aku agak ragu2, macam mana nak mula nie,
Kat sebelah aku  tubuh putih gebu yang dibaluti bikini sahaja...
aku cuba berlagak membuat aksi bersahaja,
aku bukak zip, aku raba2...
akhirnya aku jumpa yang kucari,
Argh!!! lega, nasib aku bawak 'Fin Board'!!!
kalu tak susah jugak aku nak mulakan sesi renangan pertama post operation,
maklumlah dah 3 bulan aku tinggalkan Kolam Renang nie...

Gambar : kat sinilah tempat aku buat terjun tiruk tiap2 petang!!!

Lane agak penuh sebab kolam luar budak2 ramai,
Aku mulakan dengan sesi 'Bubble' teknik kawal pernafasan...
Aku cuba2 'kicking'... no problem....
lepas 10 sesi pemanasan Bubble & kicking aku try swim...
tapi aku try perlahan2... kang kalu tetiba aku terus speed....
kang sampai tengak terkucil kepala lutut kang!!!
Tak pasal2 orang buat kuak Lentang, kuak kupu2 kuak dada...
aku buat Kuak Lemas tengah2 kolam...
Alhamdulillah, tiada sengal2 kat lutut...

Gambar : Iklan dari penaja. Kadang2 time weekend aku bawak anak2 angkat aku joint sama...



Untuk permulaan nie aku cuma buat 2 lap then stop,

 berhenti sekejap untuk prektis kicking & bubble...
mula2 nie kena beraksi ringan2 dulu...
akhirnya dalam slow2 dapat gak aku 600m hari nie...

Til Next Entry
-Tuan Din-


p/s : Tubuh berbikini itu adalah amoi yg swimm sebelah lane aku...cuma intro aku nak kasi korang horny sikit...
larikkkkk

Friday, March 4, 2011

Tektik Bangla...

Korang pernah berdepan dengan pekerja2 Bangla??
Aku rasa Sebahagian dari korang mesti pernah kan?

Korang tau tak Bangla ni banyak tektit tuk menguntungkan diri mereka,
Tektik 'mengular' (read : ada jer tektik bodoh mereka yg kita leh nampak)
Tektik berlakon time sakit,
Tektik merayu...
Nie aku nak cerita tekti lain...

tektik nak masak untuk makan sorang,

tak mau kongsi ngan pekerja lain (Indon).
Tapi Dia nak kongsi (Tumpang)masakan orang lain.
Mmg diorg nie sekali masak nasik & lauk utk 2 hari..
aku kalu lauk tu aku leh accept lagi nie nasik,
dahlah dia tak panaskan...
mmg sampai lembik (read : nak basi )

Kalu bab makan yg berkongsi, nampak macam tamak gila ambik lauk.
Makan pulak demand, mentang2 Boss sponser lauk pauk...
Makan pulak mak datuk, kalahkan anak Jin.. byk gila...
Last2 dia mengaku kat aku yg dia Malas masak.

Korang tau apa diorg buat?? kalu dia kena masak sendiri??
korang mesti menyumpah kat dia kalu aku cerita...
Ada ker dia kalu nak taruk kayu manis, bunga cengkih ker,
atau benda2 kering even Halia dalam periuk...
Dia akan gigit ngan Gigi jer, pastu keluarkan dari dalam mulut then terus campak dalam periuk!!! SIAL tak??
Mula 2 budak indon cakap aku tak kish jer..
last2 dia buat depan aku..aku tengking dia senyumm jer..
nasib baik aku belum pernah rasa masakan dia!!!

Till Next Entry
-Tuan Din-

P/s : ibu2 diluar sana sila cuba cara masakan bangla, manalah tau anak2 korang nnt dengar kata...

Wednesday, March 2, 2011

Apa?? Biar betul!!!

 Gambar : Teringat aku time2 tengkatan 5 dulu... Makmal camnie sebelah jer kelas aku. mentang2 kelas Sains, ada ker patut kelas kami boleh tersisih dari blok tengkatan 5 lain. Gambar Ihsan En Google.

Korang tau tak?!Apabila 254ml air yang ditadah di sinki,
Dicampur ke dalam cerek yang mengandungi 154ml air suling,
Kemudian didedahkan dengan nyalaan api pada suhu 100 darjah calcius,
Akan Menghasilkan satu cecair yang dinamakan AIR MASAK!!

Till Next Entry
-Tuan Din-

p/s : Larrriiiiiikkkkkkkkkkkkkkkk

Tuesday, March 1, 2011

Tetamu tak diundang...

Tengok pada tajuk mesti korang ingat Tetamu itu tak baguskan??
Tak diundang maksud aku adalah, seseorang yang tak diundang tetiba muncul. Tapi bukan bermaksud aku tak suka dia datang... aku sangat suka kerana dia membawa rezeki bersamanya untuk aku...

Kisahnya Hari ahad ituhari, aku Tidor kebun, then tengah harinya ada kawan aku yg aku pun berkenalan ngan dia kat kebun tu jugak... dia selalu bawak anak2 dia mandi kat kebun aku....

Sekali dah tetamu datang aku pelawe le dia minum... sambil aku nak pergi ambil air batu dalam Ais Box (read : tong polisterin). Sepontan kami berborak...


Tetamu : Eh Tak payahlah susah2...

Haku : Eh, kenapa? aku buat air nie bukan nya rezeki ngko, ini rezeki aku..

Tetamu : (terpinga2.. ) Eh, kenapa?

Haku : Bukan ker menjamu tetamu tu dibalas 7 kali (tak pasti bil. 7 or 10)
           dari rezeki yang kita bagi tu.. jadi engko dapat segelas,
           aku dapat 7 gelas... so sapa yg untung....

Tetamu  : aahh ek... betul jugak...

Moral of story : Jangan lakukan sesuatu yang tak bermoral...

Till Next Entry
-Tuan Din-

p/s : tak semua Tetamu Tak Diundang itu tidak bagus...