U pollo, I pollo... Kompem!!

Friday, February 28, 2014

Birthday Aniq

03.03.2014 Birthday Aniq yang ke 3 tahun. Semalam dah g beli segala bagai Gift utk kawan2 sekolah Aniq. Dah mmg budaya zaman sekarang sesiapa yg sambut Birthday  ibu/bapaknya akan berikan Door Gift utk kawan2 kelasnya. sejak 2 bulan Aniq sekolah ni mmg tiap2 minggu ada jer plastik Gift yg Cikgu isi dalam beg dia.

Sejujurnya masalah utama Daddy ialah nak beli apa Hadiah utk Birthday Aniq kali ni??? Aniq budak lasak a.k.a cepat bosan dgn sesuatu benda.  Kalu beli mainan umur mainannya tak pernah sampai 12 Jam!!! yang melepasi 6 Jam dah kira Bonus!!! tiada batasan harga utk Aniq rosakkan barang!!!

note: Nampak tak M16 kat tangan aniq tu... Sebelum bateri habis nyawa, M16 tu habis nyawa dulu. Dlm masa 2 jam M16 bertukar jadi Pump Gun semua pemegang dah lebur...

Nak beli mainan yang kukuh/kuat sikit dia bantai buat ketuk lantai, ketuk orang... Daddy takut dia ketuk TV or Sliding Door jer... mau jadi Hulk Daddy. Kalau mainan yang guna Bateri tu jangan berangan nak beli Beteri spare... mesti tak sempat habis bateri punya.

Dulu beli Andriod tuk abang Irfan boleh lg tahan 1 bulan yg aniq pegang sejam jer... kalah main Angibekk jer dia hempuk Android tu... tak tau dah Daddy nak ajar mcm mana... mmg dia jenis yg cepat bosan & tak boleh duduk diam...

Kat sekolah mcm manalah cikgu2 Comel2 handle dia tah... Yg nametag nya org lain elok jer pakai dah sebulan, Aniq punya sempat pakai 1 hari jer, lepas tu Daddy x pernah jumpa dah... dah la org lain dah 2 minggu pakai yg dia punya namteg Cikgu tak tau mana dia letak...
note: Sebab daddy tau umur nametag ni x panjang so daddy snap dulu awal2...

Daddy tgh pening dok fikir nak bg hadiah apa utk Aniq ni...



Friday, November 8, 2013

Hogoh Pahang Hogoh!!!

       Setelah sekian lama menyepi, aku terpanggil untuk membersihkan segala sesawang, taik cicak, habuk2 yang melekat kat blog aku ni. Punyalah kekok nak bukak blog ni semua susun atur dia aku dah lupa... yg paling parah... PASSWORD pun dah lupa... nasib  en Goggle sudi sms kod rahsia...

         Korang yang bukan anak Pahang macam Ct Nurhaliza aku ni mesti macam pelik jer kan ayat tu... haaa kalu korang tgk ayat tu mcm HUDUH pun ada.. actualy ianya bermaksud 'gongcang, gegar' sebab tu tema tu didatangkan sekali gambar Gajah dok tengah tolak kenderaan yg di cat merah & berlambangkan Bendera kelantan...


        kat sini aku cuma nak raikan Pasukan aku menjulang Piala Malaysia baru2 ni...

Hogoh Tok Gajoh Hogoh,
Hogoh Sampei Reboh,
Jangan Takut Kaloh,
Kita Ada Maruah...

Bersukan bersukan jugak jgn lupa Saudara2 kita yg ditindas & di zalimi di Syria, Mersir, Palestin & Burma nun... Semego mereka dilindungi Allah..
ok Bye....


Friday, September 9, 2011

Menyingkap Misteri....

 kat bawah nie aku copy paste dari FB siti nurhaliza... 

 
Shooting vklip DSN lagu Falling In Love. 300 org dikehendaki. SUKARELA (makan/minum disediakan). Pakaian kemas. Tarikh: 12 Sept, Isnin Call time: 9am. Tmpt tunggu: Blkg Pavillion, gerai PAK CIK (mmg nama gerai ni Pak Cik). Dijangka shoot: 10am-3pm. Hrp maklum, kesian Miela kena jwb di opis mcm2. Tlg baca status ni dan faham. Bg nama n call 03-91019555.
 
 pada bloger1 yg suka dengki kat aku tu, kat sini aku nak selongkarkan misteri ini... ASTINA naluri berbisik tu jgn jeles ek...!
tengok nombor telnya... 03-91019555.... eh apa yg mesterinya???
korang memang tak tahu... tapi sapa2 yg ada no telepon aku tu korang check balik 
nombor belakang hp aku 019-xxxx555
 
rupa2nya Siti nie masih lagi setia pada janji2 manis kami yer...
Larikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

Til Next Entry
-Tuan Din-
 
 
 

Thursday, April 28, 2011

Bizi sampai bila?

Dulu aku aku cukup tangkas Hapdet Blog...
Hari2 aku hapdet blog...
Sambil Hapdet blog, aku buat blog walking...
Aku bukak blog nie sebab aku nak standby time aku terlantar,
Maklumlah kalu ikut pengalaman org, aku perlu terlantar 3 bulan,
Tapi aku budak degil... mmg aku juga terlantar, tapi 3 hari jer...
lepas tu aku dah ligat ke sana kemari... kuar minum
dengan tongkat & Braces kaki...aku haruk jer...
tapi aku tak buat xtvt yg byk bergerak...

Sblm Operation aku survey dengan kawan2 & Dr... 
katanya aku akan terlantar 3 bulan kat rumah so aku takut mati kutu,
Jadi aku bukak ler blog nie...
habistu, takkan aku nak harab FB jer.. jodek sejam dua dah katam,
Huh!! baru tau... 24/7 menghadap pun tak boleh habis  blogwalking...
Hasilnya dlm 2 bulan aku dpt ramai kawan,
pembaca aku adalah dlm 50-80 orang sehari...
aku berasa sangat seronaok.. (cheh! ayat karangan UPSR, hahaha)

So start bulan 3 hari tu, aku dah start boleh 'jalan laju' kata fisio,
jadi aku pun kira cam dah boleh gerak cam biasa...
Aku dah mulakan xtvt kerja yg 'hampir sebenar' macam biasa...

Jadi, masa aku byk kat luar...
Blog nie dah jadi betul2 laman SESAWANG...
jadi dalam keaqdaan normal, aku tak mungkin boleh berblogging...

So, Sorry semua pembaca2 blog aku...
walau camanapun aku tetap ambil kesempatan baca bloh2 korang...
maklumlah macam org baru putus cinta...
walaupun dah putus tapi sesekali nak jugak belek2 gambar EX kan??
camtulah aku....

maknanya aku akan Bizi sampai Bila2.....

Til Next Entry
-Tuan Din-

p/s : nie gambar pondok aku kat kebun. Bila tak ada urusan rasmi aku lari pergi kebun. Ramai kawan2  yg mintak gambar terkini, so nie kira terkini yg aku ada. Sapa2 yg nak mandi Tekala baik korang cari sungai Batangsi nie.. tak ramai sgt org...

Wednesday, April 13, 2011

Otak dah beku...

Lama sungguh aku tak hapdet Blog nie...
Maklumlah aku bukannya Bloger tegar...
tapi terasa jugak kesunyian / kerinduan pada dunia blog nie...

bila mana kita dah lama tak berkarya... (cheh!! macam dah bertahun)
Otak jadi beku...
tak tahu Mood terkini Pembaca2 setia blog ini...
terasa m,acam ketinggalan pulak...

Anyway, walaupun aku tak menulis,
aku tetap setia membuka Blog ini...
setiap kali ada kesempatan di depan komputer,
pasti akan ku jengah jua...

Pada pengunjung2 setia blog ini dahulunya...
teruskan membaca, korang bacalah entry2 yg lepas2 tu dulu...
nnt bila Saya dah ada kelapangan, akan saya mula kan balik penulisan ini...

Till Next Entry
-Tuan Din-

P/s : kenapa Astina block saya dari membuka Blognya...? Sedangkan dia bebas komen kat blog aku!!! dimana Keadilan??? hehehe

Wednesday, March 30, 2011

Tiba2 aku menghilang...

Salam semua,
demi tidak mengecewakan rakan2 yg baca blog nie,
akan aku gagahi juga untuk hapdet blog nie,
eh rasa kekok pulak nak berceloteh.

Sebenarnya
Bermula cuti sekolah itu hari, aku dah kidnap anak angkat aku tu,
aku bawak dia pergi Cuti2 Malaysia ker Endau Rompin,
Joint Family aku bercuti selama 3-4 hari kot...
pastu balik Shah Alam kerja kejap 2 hari,
aku sambung pergi bercuti ker Tiara Bitch Beach Resort 2 hari,
juga bawa anak2 angkat aku...

Balik S.Alam, hari isnin aku kena seminar di Impian Hotel Morib 3 hari,
ini Short notis nya kursus, Jumaat petang after opis hour dapat call...
di seminar tu aku dapat Invitation utk hadiri Kursus sehari keesokannya,
Memang mampus aku macam nie,
dalam 2 minggu nie hanya 3 hari jer dapat peluk bantal busuk kat umah.

Sebab itulah kehilangan aku mengejut & misteri...
Yg bercuti tu mmg aku rahsiakan atas faktor2 keselamatan,
Ini saranan penasihat IT yg aku dengar, nnt rumah kita kena ceroboh,
lagi satu, sepanjang ketiadaan aku, si budak Astina pun tak der...
jangan ada sebarang spekulasi ek...
sekembalinya aku dari cuti, aku dah tak boleh bukak Blog dia...
mungkin En Adli dah bannd aku kot...
whuteverlah... kami bukan ada apa2 pun...
tapi aku ralat jugaklah.. kan dia 'musuh' utama aku dalam blog nie...

Till Next Entry
-Tuan Din-

Moral of story : sapa kata Bercuti itu untuk berehat??? Lagi Penat adalah!!!

Wednesday, March 16, 2011

Selepas Habis Pantang 3 bulan, aku mulakan dengan aksi ringan2 dulu.

Akhirnya... 'pantang' itu berakhir juga...
aku agak ragu2, macam mana nak mula nie,
Kat sebelah aku  tubuh putih gebu yang dibaluti bikini sahaja...
aku cuba berlagak membuat aksi bersahaja,
aku bukak zip, aku raba2...
akhirnya aku jumpa yang kucari,
Argh!!! lega, nasib aku bawak 'Fin Board'!!!
kalu tak susah jugak aku nak mulakan sesi renangan pertama post operation,
maklumlah dah 3 bulan aku tinggalkan Kolam Renang nie...

Gambar : kat sinilah tempat aku buat terjun tiruk tiap2 petang!!!

Lane agak penuh sebab kolam luar budak2 ramai,
Aku mulakan dengan sesi 'Bubble' teknik kawal pernafasan...
Aku cuba2 'kicking'... no problem....
lepas 10 sesi pemanasan Bubble & kicking aku try swim...
tapi aku try perlahan2... kang kalu tetiba aku terus speed....
kang sampai tengak terkucil kepala lutut kang!!!
Tak pasal2 orang buat kuak Lentang, kuak kupu2 kuak dada...
aku buat Kuak Lemas tengah2 kolam...
Alhamdulillah, tiada sengal2 kat lutut...

Gambar : Iklan dari penaja. Kadang2 time weekend aku bawak anak2 angkat aku joint sama...



Untuk permulaan nie aku cuma buat 2 lap then stop,

 berhenti sekejap untuk prektis kicking & bubble...
mula2 nie kena beraksi ringan2 dulu...
akhirnya dalam slow2 dapat gak aku 600m hari nie...

Til Next Entry
-Tuan Din-


p/s : Tubuh berbikini itu adalah amoi yg swimm sebelah lane aku...cuma intro aku nak kasi korang horny sikit...
larikkkkk

Friday, March 4, 2011

Tektik Bangla...

Korang pernah berdepan dengan pekerja2 Bangla??
Aku rasa Sebahagian dari korang mesti pernah kan?

Korang tau tak Bangla ni banyak tektit tuk menguntungkan diri mereka,
Tektik 'mengular' (read : ada jer tektik bodoh mereka yg kita leh nampak)
Tektik berlakon time sakit,
Tektik merayu...
Nie aku nak cerita tekti lain...

tektik nak masak untuk makan sorang,

tak mau kongsi ngan pekerja lain (Indon).
Tapi Dia nak kongsi (Tumpang)masakan orang lain.
Mmg diorg nie sekali masak nasik & lauk utk 2 hari..
aku kalu lauk tu aku leh accept lagi nie nasik,
dahlah dia tak panaskan...
mmg sampai lembik (read : nak basi )

Kalu bab makan yg berkongsi, nampak macam tamak gila ambik lauk.
Makan pulak demand, mentang2 Boss sponser lauk pauk...
Makan pulak mak datuk, kalahkan anak Jin.. byk gila...
Last2 dia mengaku kat aku yg dia Malas masak.

Korang tau apa diorg buat?? kalu dia kena masak sendiri??
korang mesti menyumpah kat dia kalu aku cerita...
Ada ker dia kalu nak taruk kayu manis, bunga cengkih ker,
atau benda2 kering even Halia dalam periuk...
Dia akan gigit ngan Gigi jer, pastu keluarkan dari dalam mulut then terus campak dalam periuk!!! SIAL tak??
Mula 2 budak indon cakap aku tak kish jer..
last2 dia buat depan aku..aku tengking dia senyumm jer..
nasib baik aku belum pernah rasa masakan dia!!!

Till Next Entry
-Tuan Din-

P/s : ibu2 diluar sana sila cuba cara masakan bangla, manalah tau anak2 korang nnt dengar kata...

Wednesday, March 2, 2011

Apa?? Biar betul!!!

 Gambar : Teringat aku time2 tengkatan 5 dulu... Makmal camnie sebelah jer kelas aku. mentang2 kelas Sains, ada ker patut kelas kami boleh tersisih dari blok tengkatan 5 lain. Gambar Ihsan En Google.

Korang tau tak?!Apabila 254ml air yang ditadah di sinki,
Dicampur ke dalam cerek yang mengandungi 154ml air suling,
Kemudian didedahkan dengan nyalaan api pada suhu 100 darjah calcius,
Akan Menghasilkan satu cecair yang dinamakan AIR MASAK!!

Till Next Entry
-Tuan Din-

p/s : Larrriiiiiikkkkkkkkkkkkkkkk

Tuesday, March 1, 2011

Tetamu tak diundang...

Tengok pada tajuk mesti korang ingat Tetamu itu tak baguskan??
Tak diundang maksud aku adalah, seseorang yang tak diundang tetiba muncul. Tapi bukan bermaksud aku tak suka dia datang... aku sangat suka kerana dia membawa rezeki bersamanya untuk aku...

Kisahnya Hari ahad ituhari, aku Tidor kebun, then tengah harinya ada kawan aku yg aku pun berkenalan ngan dia kat kebun tu jugak... dia selalu bawak anak2 dia mandi kat kebun aku....

Sekali dah tetamu datang aku pelawe le dia minum... sambil aku nak pergi ambil air batu dalam Ais Box (read : tong polisterin). Sepontan kami berborak...


Tetamu : Eh Tak payahlah susah2...

Haku : Eh, kenapa? aku buat air nie bukan nya rezeki ngko, ini rezeki aku..

Tetamu : (terpinga2.. ) Eh, kenapa?

Haku : Bukan ker menjamu tetamu tu dibalas 7 kali (tak pasti bil. 7 or 10)
           dari rezeki yang kita bagi tu.. jadi engko dapat segelas,
           aku dapat 7 gelas... so sapa yg untung....

Tetamu  : aahh ek... betul jugak...

Moral of story : Jangan lakukan sesuatu yang tak bermoral...

Till Next Entry
-Tuan Din-

p/s : tak semua Tetamu Tak Diundang itu tidak bagus...

Sunday, February 27, 2011

GAY Lagi!!!

pada tahun 2008, 4.9% populasi lelaki GAY di China menghidapi HIV!!!

I am NOT GAY, I am Ok!!!, Tuan Din.

ini fakta yg aku jumpa, dalam majalah Maskulin Vol:89/FEB. '09
Kebetulan aku mmg tengah buntu nak hapdet..


Till Next Entry
-Tuan Din-

Wednesday, February 23, 2011

Ganguan Seksual!!!

Korang mesti dah lali kan pasal tajuk nie kan??
tapi sangatttt berminat nak tau lagi kan?
Alah jangan tipulah... kalu kat uMetro tu asal kuar jer tajuk yg ada Seks...
Mulalah, lum kul 10 suatkabar dah habis!!!

Dulu, Kementerian wanita beria2 nak laksanakan Akta Ganguan Seksual keatas pekerja2 wanita di pejabat...
Alih2 senyapp camtu jer kan.. Korang tau kenapa??
Sebabnya tak semua yang kena 'ganggu' tu adalah perempuan...
Korang tak percaya? Contohnya AKU!!!

Yer!! Semalam aku kena gangguan Seksual!!!
tapi aku sedih sebab aku tak ada tempat nak mengadu...
Kisahnya semalam, seharian aku kat Kompleks PKNS,
aku nak buat Passport tuk anak buah aku,
Pagi2 lagi aku dah g PKNS nak serapan dulu bagai..
Maklumlah awal pagi, kedai pun tak selesai sempurna lagi susun barang...
Sekali tu aku nak beli air mineral, Yang jual tu awek ala2 sweet 18 camtulah..
saiz badan ala2 Remaja cam Tiz Zaqyah tu....
Sekali dia belum keluarkan lagi air mineral dari bawah meja kaunter..
sekali dia tunduk ambik air bawah meja...

MAK!!! habis segala LURAH DENDAM dia terpampang depan aku...
dahlah dia tu Putih melepak!!
Oooo Mak Aii!! Aku lelaki Tulin Ok!!!
"I AM NOT GAY, I AM OK.." (ada masalah??)
dia punya jelas, sampai kalu korang  nak suruh aku (korang yg suruh ok??) tembak lubang pusat dia guna pistol budak2 yang boleh lekat tu pun aku boleh tembak tau!!!
Ini kes aku boleh tembak melalui atas kolar baju dialah..
tak payah suruh dia selak baju tunjuk pusat pun aku boleh tembak!!!

Start dari tu aku dah tak keruan, asyik terbayangg jer Lurah dendam dia...
semua yang aku nak buat aku terbayang balik...
Ada fakta kata yg lelaki  akan memikirkan seks setiap 7 saat!!
patutlah setiap 7 saat aku teringat2 insident tadi...
Aku rasa kosontration aku tergangu...
adakah aku tergolong dalam golongan yg terkena GANGUAN SEKSUAL????

Larikkkkk

Till Next Entry
-Tuan Din-

p/s : adik2 yg comell2, kurus keremping or chubby2 diluar sana, tolonglah jagalah sikit etika pemakaian korang. Kalu agak2 kerja korang banyak yg kena menunduk2 tu, elakkan pakai T-shirt yg berdada luas & elakkan ber skirt pendek... Sesungguhnya  kamu akan 'MENGGANGGU' jiwa abang2 diluar sini...

Tuesday, February 22, 2011

Jangan Ketawakan Orang!!!

Semalam pergi KEBUN lagi, Pukul 12.30 baru sampai kat pintu pagar...
Aku tengok 2 orang Bangla dari kejiranan kebun berlari tergesa2...
nampak macam lari dari sesuatu atau mengejar sesuatu...
Nampak riak muka cemas mereka...
berlari menuruni bukit yang curam...
Aku dah tak sedap hati, aku tengok jauh kedalam,
Asap berkepul2..

ARGH!! macam dari arah Rumah Pam Aku...
Atau Mungkin dari Dangau aku!!!
Aku memecut laju kereta, sampai kat tepi sungai,
Arah Asap tu datang dari seberang bukit, Dangau aku Selamat!!
Tapi mungkin dari Rumah Pam di Tanah yang Aku Sewa...

Aku terus memecut menuju puncak bukit..
HUH!! Nasib Bukan Rumah Pam.. Tapi kawan kebun yg terbakar..
elok aku turun kereta, 2 orang Bangla tadi dah sampai!!
Mak aii, laju betul diorang lari... macam pelesit kot..
Jarak kebun diaorang ngan kebun nie jauh beb...

Aku     :  "Mamu mana, Mamu?"
Bangla 1 : Tak tau... Boss. OII MAMUUU!!!

Tiba2 mamu muncul dari bawah bukit dengan termengah2..
Dia terus rebah & bukak baju... terlentang di bawah pokok Belimbing..

Mamu   : Saya Mati Boss!! Saya Mati Boss!!! (Sambil tercungap2)
               Air sikit Boss.. Air Taruk!!! (Sambil usap2 bibir dia)

Aku berlari ambil air mineral dalam kereta, cepat2 bagi Mamu.
Aku cepat2 cari kayu, pukul2 api yang dekat ngan aku...
aku tengok Seluruh Persatuan Pekerja Bangla dah bergotong royong,
Nasib Angin bertiup ke arah kebun sebelah...Pokok aku kena sikit jer..
Kebun dia dah lama ditinggalkan & baru nak dipulihkan semula...

Aku kemnbali ker tempat mamu...
Mamu MATI!!!

Hahaha gempak jer...
Mamu masih terbaring dengan tercungap2... tapi nampak cool sikit,
Habis 2 botol mineral, dia minum & mandi sekali...
Lepas 15 minit dia terbaring, dia dah ok sikit,
Aku ketawa berdekah2 tengok telatah Mamu...
Bangla nie kan kuat Berlakon!!!
Tengok pulak Persatuan pekerja Bangla yg lain tengah kelamkabut...
Angin makin kencang, api makin marak!!!
Tapi akhirnya api Padam juga...

Petangnya dlm kul 2, tengah aku lunch sorang2,
Aku tengok Budak Indon aku pulak nak bakar rumput yg dia tebas,
Dia duduk pusing2 kawal api... Api masih dalam kawalan...
memang Jauh dari kawasan tanaman... nak berjalan pun boleh penat...
Kul 3 tiba2 aku dengar suara melaung!!!
Mak!!! api pulak melarat kat kebun Betik & belimbing aku yg satu lagi..
Cepat2 aku angkut baldi & pecut kereta pergi...
Air dalam baldi semua tumpah..
kelamkabut aku memadam api...
Aku Pulak Setengah Mati...
Pastu aku tgk Ngam Air Pam dah hidup!!
Semua Paip Aku On!!!
Alhamdulillah Api Padam..
Tapi Ada jugaklah Pokok Yang Kena Api...

Monday, February 21, 2011

11 hari ditahan di Ward...

11 hari adalah tempoh yang agak panjang bagi seorang yang kurang penyabar macam aku nie...
Hari2 masa ditahan di Ward, mulut  bising2 tak henti2...Maklumlah kalu kat rumah, kejap mintak ini, kejap mintak itu... semuanya dilayan... 
Tapi, bila kat Ward, mana ada orang  layan... mengadu sakit pun orang tak peduli, tunggulah gilitan kamu nanti...

Walaupun aku tengok dia masih lemah, tapi doktor cakap dia dah semakin ok. aduhai... aku mmg tak sampai hati bila tengok dia lemah cam nie... 

Banyak sangat problem penyakit dia nie... mampukah dia sembuh seperti sediakala??
Kesian my hero, Tam...

Nasib bill dia tak macam hospital Swasta, kalu tak maunya berpuluh2 ribu aku kena...

Till Next Entry
-Tuan Din-

Sunday, February 20, 2011

Aku, Si Tukan Kebun...


Huh!! diam tak diam dah 5 hari aku tak hapdet blog...
Rindu di dada pada Entry2 korang jangan ceritalah...

Tapi aku tabahkan hati...
Apakan daya, aku kan tukang kebun...
Kerja aku pegang Cangkul...
Kadang2 aku pegang Parang, penyodok tanah....


          iklan :  aku suka skrip nie...  dari Hang Kebun
            "Cangkul pun cangkullah..."

Tukang kebun macam aku mana ada pakai komputer...
mana ada Cangkul yang berkomputer,
Lainlah Macam ASTINA, dia jadi CLEANER...
tapi dia menyapu pakai Komputer..
Hari2 boleh hapdet 3, 4 entry...


Aku dah mula bekerja....
walaupun Dr nak kasi MC, aku tak mau...
Dr bagi juga surat, tapi surat 'Untuk Kerja2 ringan' sahaja...
maka oleh kerana itulah aku tak sempat hapdet Blog...

Till Next Entry
-Tuan Din-

Tuesday, February 15, 2011

Bila Wanita Bergusti...

Nie kisah benar aku nak cerita di sebuah kedai kopi...
4 rakan sedang minum kopi (read : milo o, teh tarik & 2 teh o),
siapa yang minum kopi??? (read : diskriminasi ada dimana2..)
Pak haji duduk membelakangkan kaunter & peti telebisen...
tiba-tiba di skrin TV menayangkan sukan gusti,
tiba-tiba-tiba perlawanan antara 2 orang wanita,
topik perbualan menjadi kelu (read : beralih tumpuan)
Tuan Din di kaunter memerhati gelagat 4 rakan2 di meja.

Rakan 1 : Pak Haji!!, beria nampok menoleh!!!
Rakan 2 : Hahaha Pak Haji..., kang terseliuh leher tu kang...
Rakan 3 : Hahahaha nanti kang kena cari Wak Tut urut!!

Tuan Din menoleh sekali lalu pada skrin TV, Masyaallah, 2 wanita sedang
beraksi menayang body sebelum memulakan perlawanan...
Segala aset yang benjol macam nak tersembul!!!

Pak Haji : Huish!! pakai macam tu boleh ker berlawan??
Rakan 2 : Alah pak Haji nie macam tak biasa tengok!!!
Rakan 1 : Lagi teruk pakai pun ada!!!
Rakan 3 : Sudah2 lah tu Pak Haji Oii...
Pak Haji : eh bukan selalu dapat tengok macam nie...
Rakan 3 : Tuh!! tengok tu sikit lagi nak terkeluar T***K!!

Aksi di gelanggang semakin rancak!!! wanita bergusti langsung
tak kisah bergomol!! Penonton & pengulas tak taulah apa yang
disorak!! AKSInya kah!! atau SEKSInya kah... Tuan Din tak pasti,
masih memerhati keasyikan Pak Haji begitu tekun menonton...

Rakan 1 : Hahaha tengok mata Pak Haji, sikit tak berkelip!!
Rakan 2 : TUAN DIN!!! bagi Tongkat Ali kat Pak Haji nie!!!
Rakan 3 : haahaha
Rakan 1 : hahahaah
Tuan Din : Hahaha

Till Next Entry
-Tuan Din-

p/s : Watak diatas adalah rekaan untuk sensasi semata2...
       Watak sebenar, Tuan Din = Pak Haji, Pak Haji = Tuan Din!!!
       Lariiikkkkkkk

Thursday, February 10, 2011

Ingatkan Demam Kuning, Rupanya kena HIV!!!

Argh!!! tak ku sangka...
Mula2 aku ingat demam biasa, 2 minggu lepas bawak g klinik...
Dr bagi inject Antibiotik & ubat 3 jenis... balik...
Lepas 2 minggu, macam tu jugak, makan sikit, kadang2 tak mau makan...
badan makin kurus...& makin tak bermaya...

Aku tak sedap hati... tapi masih memantau...
Selasa lepas aku nak cuci telinga dia...
tengok macam makin pucat kekuningan...
argh!! mungkin demam kuning!!!
Aku terus shoot jumpa Dr...

Confirm Kuning, kelopak mata & gusi jelas tanda2...
Dr kasi Antibiotik & tahan Ward,
Esok nak ambil darah & hantar Lab...
Semalam aku tak sempat melawat, nak call dah lewat mlm...

Petang tadi aku call Dr nak tau perkembangan dia...
"Hello doc, camana perkembangan ujian darah?"
"Erm!! macamnie cik aminuddin, dia menghidap AIDS"
"Ya Allah!!!, habis tu macam mana keadaan dia..."
" dah ok sikit, kami kasi antibody..."
"HIV dia macam mana?? boleh Cure tak?"
"nak Cure mmg tak boleh... tapi kalu antibody kuat dia akan bertahan"
"berapa lama dia boleh survive..?"
"3 hingga 5 tahun... tapi dia boleh kelihatan normal kalu sihat.."
" Apa punca jangkitan?"
" Mungkin Sex bebas... atau pergaduhan yang menyebabkan luka"
"Yang kuning tu kenapa?"
"2/3 hati dia dah rosak... tapi hati boleh pulih balik..."
"Bila dia boleh keluar?"
"Esok petang En Aminuddin boleh datang ambil"
"Eh!! dia ok ker... kalu biar dia betul2 ok bila..?"
"Lagi 2-3 hari lagi elok.."
"oklah biar dululah... biar dia betul2 sembuh.."

Ish!! betullah dia nie... Dasar Jantan!!!
Pantang nampak betina Gedik2 sikit, mesti dia sapu!!
yerlah kalu nak tuduh dia ambik DADAH.. tak lojik langsung!!!
Ini mesti kes tukar2 pasangan & sek bebas!!!
Lain kali memilihlah sikit... seks bebas nie bahaya....
kan dah kena HIV...
Kucing juga ada penyakit macam manusia...
Itulah Tam... nampaknya Zaman Otai kau dah berakhir...

Till Next Entry
-Tuan Din-

Wednesday, February 9, 2011

Dating Bersama Amoi Fisio...

Smlm, bangun pagi, terus tuju bilik 'opis'.
Bukak PC, bukak blog.
nampak Mgmt Diary disisi, aku bukak...
OMG!! (Read : Oh Mak Gedik!!)
aku ada date ngan Amoi Fisio...
nasib belah petang..

Aku amik Hp nak call dia...
erm.. tak perlu, buat kejutan jer...
Sampai disana, si Amoi sedang menunggu...
Dia akan buat yg terbaik untuk aku hari ini katanya...
wah!! katanya perkembabngan aku sangat Mengujakan...
aku mmg cepat recover dari pembedahan...

selesai segala fisio, dia buat Supprise!!
Tada!! dia berdiri di sisi sebuah basikal,
"Jom naik..." katanya
"Saya belum mampu... takutlah..." kataku
" Awak cubalah dulu..."
"baiklah, demi awak saya cuba.."

Aku cuba naik... dibantu olehnya...
Sebelah tangannya memegang basikal,
Sebelah lagi memegang Bahuku...
OMG!!! sweet sweet gitu...

" Awak naiklah sama..."
"Ok, awak bawak yang ini... Saya bawak tyang itu..." katanya
kami sama2 berkayuh... kami kayuh perlahan2....
aku takut jatuh... atau lebih tepat lagi mengada2...
aku tengok dia sengaja kayuh laju2...
Tiba2 dia mendepakan tangan....
"U!!! jangan lepas tangan!!! nanti jatuh!!!" aku jerit...
"I dah biasalah... Seronoknya!!!!" sambil dia mendongakkan kepala...
Fuh!! Rambut dia sangat cantik beterbangan ditiup angin...

Aku semangkin jauh ketinggalan... jalan pula mula menuruni bukit...
nasib bukit tak curam... tapi cukup buat aku seram...
Tiba2!!! KRINGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGG!
Cheh! time aku mengayuh basikal 'Bodo' nie dah tamat...
dah 15 minit aku berkayuh!!! dan...
dah 10 minit aku hanyut dalam khayalan....

Till Next Entry
-Tuan Din-

p/s : gara2 suka kat Mag Reyan yg sweet dgn rambut yg blond Wild Curly/RipCurl nya...
adaptasi dari filem City Of Angle....

Tuesday, February 8, 2011

Tag Dari ASTINA



Apa benda yang paling penting dalam hidup korang?

Selain benda2 yang tak penting.... Semua Penting belaka.


Benda terakhir yang korang beli guna duit korang ?

Mee Celup bungkus untuk Makan malam... eh, makanan benda ker?? 




Di manakah tempat korang akan langsungkan perkahwinan korang dan apakah temanya nanti?

Siam...! erk!! temanya simple.. Kawin Lari...


Adakah korang sedang bercinta sekarang?

Kalaulah bertepuk sebelah tangan juga dianggap bercinta.... Offcause aku tengah bercinta... dengan siapa??? ASTINA tau jawapannya... tolong jawab!! heheheeh




Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?

Sampai bosan atau sampai jumpa yang lebih cun!! apa macam?? sentap tak?!



Novel/buku/majalah terakhir yang dibeli?

Harakah. Eh kira majalah  ker? Ok last majalah aku beli I-Sihat, Dewan masyarakat, URTV, Rapi & Harmoni.




Apakah nama penuh korang?

Nak buat apa?? nak masuk meminang tuk adik ker?? Fotostat IC nak??


Antara mak dan ayah, mana korang lebih mesra?

Mak! tapi arwahAyah pun mengadu apa2 hal pasal Mak kat aku!!!



Namakan orang yang betul-betul korang nak dalam hidup korang?

Biarlah Rahsia...



Adakah korang basuh baju korang sendiri?

Kadang2 aku basuh, tapi rutin, dia basuh aku jemur dia angkat dia lipat aku angkat naik atas dia masukkan dalam almari...tapi sejak operation ituhari dia cuma tolong ganti aku jemur & angkat jer... yang lain2 tu macam biasa mmg dia buat.  apa guna aku ada bini...



Di manakah tempat yang betul-betul korang nak pergi?

Round the world BagPackers sorang diri... tapi kalu bawak awek ok gak kan???



5 lagu yang paling suka dan selalu dengar ?

1.  Kaulah segalanya - Ruthsahanaya

2.  Cintaku 100% - tah sapa tah... aku suka tgk geleknya jer...

3.  Lagu Amergadon tu tah Don't want Miss Thing ker hapa tah...
4.  Sweet Child of Mine...
5.  Dealova
Oi!!, 5 mana cukup... mintaklah 50...



5 blogger yang korang nak tag?
Aku nak TAG The A-Team aku!!!
Korang cepat buat!!!
Till Next Entry
-Tuan Din-

Monday, February 7, 2011

Aku Bukan Lelaki 'ANCAMAN'!!!

2 tahun lepas aku masih bergelar Pelajar....
Bila musim Exam, aku akan Cuti 3 minggu untuk mentelaah...
Adalah jugak 3, 4 orang kroni aku yg akan sama2 study....
Kami study di bilik2 kosong kat Fakulti...

Ada satu hari tu, Aku, Yani & lin study sama2...
Tengah hari kami keluar nak pergi lunch di KFC...

Yani & lin call Laki masing2...
aku diam sambil memandu..

Yani : Hellow Baba... mama nak pergi lunch ngan Tuan Din nie...
Faris : Ok, lunch mana?
Yani : KFC, faderal highway...

Lin : Hellow Daddy, kita nak g lunch kat KFC ngan Tuan Din nie..
Joy : haa ok... bye...

Tuan Din : Hoi!! Aku rasa macam aku nie lelaki yang tak laku pulak!!!
Lin : Apapasal pulak..
Yani : Haah.. kenapa?
Tuan Din : Yerlah, senang2 jer korang jual nama aku kat laki korang...
                 diaorang langsung tak heran...
                 Adakah aku tidak sedikit pun memberi ANCAMAN kat
                 Lelaki2 diluar sana???
Yani & lin : Hahahahaah!!!  Betullah... cam kalu ngan Tuan Din diorang tak
                 heran langsung!!!
Tuan Din : Teringat aku pada budak Junn tu... dia juga senasib cam aku...
                Kalu budak2 lelaki opis dia nak balik lambat mesti jual nama dia...
                Patutlah dia mengadu kat aku...
               "Adakah aku tidak memberi sebarang Ancaman kepada isteri2 mereka?
                 Teruk sangat ker aku nie, tidak mampu menggugat suami2 mereka!!"
                kata Junn pada aku suatu masa dahulu...

kini aku pasrah!!! apa yang Junn rasa itu ada kebenarannya...
Hahahaha.....

Till Next Entry
-Tuan Din-