U pollo, I pollo... Kompem!!

Friday, September 9, 2011

Menyingkap Misteri....

 kat bawah nie aku copy paste dari FB siti nurhaliza... 

 
Shooting vklip DSN lagu Falling In Love. 300 org dikehendaki. SUKARELA (makan/minum disediakan). Pakaian kemas. Tarikh: 12 Sept, Isnin Call time: 9am. Tmpt tunggu: Blkg Pavillion, gerai PAK CIK (mmg nama gerai ni Pak Cik). Dijangka shoot: 10am-3pm. Hrp maklum, kesian Miela kena jwb di opis mcm2. Tlg baca status ni dan faham. Bg nama n call 03-91019555.
 
 pada bloger1 yg suka dengki kat aku tu, kat sini aku nak selongkarkan misteri ini... ASTINA naluri berbisik tu jgn jeles ek...!
tengok nombor telnya... 03-91019555.... eh apa yg mesterinya???
korang memang tak tahu... tapi sapa2 yg ada no telepon aku tu korang check balik 
nombor belakang hp aku 019-xxxx555
 
rupa2nya Siti nie masih lagi setia pada janji2 manis kami yer...
Larikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

Til Next Entry
-Tuan Din-
 
 
 

Thursday, April 28, 2011

Bizi sampai bila?

Dulu aku aku cukup tangkas Hapdet Blog...
Hari2 aku hapdet blog...
Sambil Hapdet blog, aku buat blog walking...
Aku bukak blog nie sebab aku nak standby time aku terlantar,
Maklumlah kalu ikut pengalaman org, aku perlu terlantar 3 bulan,
Tapi aku budak degil... mmg aku juga terlantar, tapi 3 hari jer...
lepas tu aku dah ligat ke sana kemari... kuar minum
dengan tongkat & Braces kaki...aku haruk jer...
tapi aku tak buat xtvt yg byk bergerak...

Sblm Operation aku survey dengan kawan2 & Dr... 
katanya aku akan terlantar 3 bulan kat rumah so aku takut mati kutu,
Jadi aku bukak ler blog nie...
habistu, takkan aku nak harab FB jer.. jodek sejam dua dah katam,
Huh!! baru tau... 24/7 menghadap pun tak boleh habis  blogwalking...
Hasilnya dlm 2 bulan aku dpt ramai kawan,
pembaca aku adalah dlm 50-80 orang sehari...
aku berasa sangat seronaok.. (cheh! ayat karangan UPSR, hahaha)

So start bulan 3 hari tu, aku dah start boleh 'jalan laju' kata fisio,
jadi aku pun kira cam dah boleh gerak cam biasa...
Aku dah mulakan xtvt kerja yg 'hampir sebenar' macam biasa...

Jadi, masa aku byk kat luar...
Blog nie dah jadi betul2 laman SESAWANG...
jadi dalam keaqdaan normal, aku tak mungkin boleh berblogging...

So, Sorry semua pembaca2 blog aku...
walau camanapun aku tetap ambil kesempatan baca bloh2 korang...
maklumlah macam org baru putus cinta...
walaupun dah putus tapi sesekali nak jugak belek2 gambar EX kan??
camtulah aku....

maknanya aku akan Bizi sampai Bila2.....

Til Next Entry
-Tuan Din-

p/s : nie gambar pondok aku kat kebun. Bila tak ada urusan rasmi aku lari pergi kebun. Ramai kawan2  yg mintak gambar terkini, so nie kira terkini yg aku ada. Sapa2 yg nak mandi Tekala baik korang cari sungai Batangsi nie.. tak ramai sgt org...

Wednesday, April 13, 2011

Otak dah beku...

Lama sungguh aku tak hapdet Blog nie...
Maklumlah aku bukannya Bloger tegar...
tapi terasa jugak kesunyian / kerinduan pada dunia blog nie...

bila mana kita dah lama tak berkarya... (cheh!! macam dah bertahun)
Otak jadi beku...
tak tahu Mood terkini Pembaca2 setia blog ini...
terasa m,acam ketinggalan pulak...

Anyway, walaupun aku tak menulis,
aku tetap setia membuka Blog ini...
setiap kali ada kesempatan di depan komputer,
pasti akan ku jengah jua...

Pada pengunjung2 setia blog ini dahulunya...
teruskan membaca, korang bacalah entry2 yg lepas2 tu dulu...
nnt bila Saya dah ada kelapangan, akan saya mula kan balik penulisan ini...

Till Next Entry
-Tuan Din-

P/s : kenapa Astina block saya dari membuka Blognya...? Sedangkan dia bebas komen kat blog aku!!! dimana Keadilan??? hehehe

Wednesday, March 30, 2011

Tiba2 aku menghilang...

Salam semua,
demi tidak mengecewakan rakan2 yg baca blog nie,
akan aku gagahi juga untuk hapdet blog nie,
eh rasa kekok pulak nak berceloteh.

Sebenarnya
Bermula cuti sekolah itu hari, aku dah kidnap anak angkat aku tu,
aku bawak dia pergi Cuti2 Malaysia ker Endau Rompin,
Joint Family aku bercuti selama 3-4 hari kot...
pastu balik Shah Alam kerja kejap 2 hari,
aku sambung pergi bercuti ker Tiara Bitch Beach Resort 2 hari,
juga bawa anak2 angkat aku...

Balik S.Alam, hari isnin aku kena seminar di Impian Hotel Morib 3 hari,
ini Short notis nya kursus, Jumaat petang after opis hour dapat call...
di seminar tu aku dapat Invitation utk hadiri Kursus sehari keesokannya,
Memang mampus aku macam nie,
dalam 2 minggu nie hanya 3 hari jer dapat peluk bantal busuk kat umah.

Sebab itulah kehilangan aku mengejut & misteri...
Yg bercuti tu mmg aku rahsiakan atas faktor2 keselamatan,
Ini saranan penasihat IT yg aku dengar, nnt rumah kita kena ceroboh,
lagi satu, sepanjang ketiadaan aku, si budak Astina pun tak der...
jangan ada sebarang spekulasi ek...
sekembalinya aku dari cuti, aku dah tak boleh bukak Blog dia...
mungkin En Adli dah bannd aku kot...
whuteverlah... kami bukan ada apa2 pun...
tapi aku ralat jugaklah.. kan dia 'musuh' utama aku dalam blog nie...

Till Next Entry
-Tuan Din-

Moral of story : sapa kata Bercuti itu untuk berehat??? Lagi Penat adalah!!!

Wednesday, March 16, 2011

Selepas Habis Pantang 3 bulan, aku mulakan dengan aksi ringan2 dulu.

Akhirnya... 'pantang' itu berakhir juga...
aku agak ragu2, macam mana nak mula nie,
Kat sebelah aku  tubuh putih gebu yang dibaluti bikini sahaja...
aku cuba berlagak membuat aksi bersahaja,
aku bukak zip, aku raba2...
akhirnya aku jumpa yang kucari,
Argh!!! lega, nasib aku bawak 'Fin Board'!!!
kalu tak susah jugak aku nak mulakan sesi renangan pertama post operation,
maklumlah dah 3 bulan aku tinggalkan Kolam Renang nie...

Gambar : kat sinilah tempat aku buat terjun tiruk tiap2 petang!!!

Lane agak penuh sebab kolam luar budak2 ramai,
Aku mulakan dengan sesi 'Bubble' teknik kawal pernafasan...
Aku cuba2 'kicking'... no problem....
lepas 10 sesi pemanasan Bubble & kicking aku try swim...
tapi aku try perlahan2... kang kalu tetiba aku terus speed....
kang sampai tengak terkucil kepala lutut kang!!!
Tak pasal2 orang buat kuak Lentang, kuak kupu2 kuak dada...
aku buat Kuak Lemas tengah2 kolam...
Alhamdulillah, tiada sengal2 kat lutut...

Gambar : Iklan dari penaja. Kadang2 time weekend aku bawak anak2 angkat aku joint sama...



Untuk permulaan nie aku cuma buat 2 lap then stop,

 berhenti sekejap untuk prektis kicking & bubble...
mula2 nie kena beraksi ringan2 dulu...
akhirnya dalam slow2 dapat gak aku 600m hari nie...

Til Next Entry
-Tuan Din-


p/s : Tubuh berbikini itu adalah amoi yg swimm sebelah lane aku...cuma intro aku nak kasi korang horny sikit...
larikkkkk

Friday, March 4, 2011

Tektik Bangla...

Korang pernah berdepan dengan pekerja2 Bangla??
Aku rasa Sebahagian dari korang mesti pernah kan?

Korang tau tak Bangla ni banyak tektit tuk menguntungkan diri mereka,
Tektik 'mengular' (read : ada jer tektik bodoh mereka yg kita leh nampak)
Tektik berlakon time sakit,
Tektik merayu...
Nie aku nak cerita tekti lain...

tektik nak masak untuk makan sorang,

tak mau kongsi ngan pekerja lain (Indon).
Tapi Dia nak kongsi (Tumpang)masakan orang lain.
Mmg diorg nie sekali masak nasik & lauk utk 2 hari..
aku kalu lauk tu aku leh accept lagi nie nasik,
dahlah dia tak panaskan...
mmg sampai lembik (read : nak basi )

Kalu bab makan yg berkongsi, nampak macam tamak gila ambik lauk.
Makan pulak demand, mentang2 Boss sponser lauk pauk...
Makan pulak mak datuk, kalahkan anak Jin.. byk gila...
Last2 dia mengaku kat aku yg dia Malas masak.

Korang tau apa diorg buat?? kalu dia kena masak sendiri??
korang mesti menyumpah kat dia kalu aku cerita...
Ada ker dia kalu nak taruk kayu manis, bunga cengkih ker,
atau benda2 kering even Halia dalam periuk...
Dia akan gigit ngan Gigi jer, pastu keluarkan dari dalam mulut then terus campak dalam periuk!!! SIAL tak??
Mula 2 budak indon cakap aku tak kish jer..
last2 dia buat depan aku..aku tengking dia senyumm jer..
nasib baik aku belum pernah rasa masakan dia!!!

Till Next Entry
-Tuan Din-

P/s : ibu2 diluar sana sila cuba cara masakan bangla, manalah tau anak2 korang nnt dengar kata...

Wednesday, March 2, 2011

Apa?? Biar betul!!!

 Gambar : Teringat aku time2 tengkatan 5 dulu... Makmal camnie sebelah jer kelas aku. mentang2 kelas Sains, ada ker patut kelas kami boleh tersisih dari blok tengkatan 5 lain. Gambar Ihsan En Google.

Korang tau tak?!Apabila 254ml air yang ditadah di sinki,
Dicampur ke dalam cerek yang mengandungi 154ml air suling,
Kemudian didedahkan dengan nyalaan api pada suhu 100 darjah calcius,
Akan Menghasilkan satu cecair yang dinamakan AIR MASAK!!

Till Next Entry
-Tuan Din-

p/s : Larrriiiiiikkkkkkkkkkkkkkkk

Tuesday, March 1, 2011

Tetamu tak diundang...

Tengok pada tajuk mesti korang ingat Tetamu itu tak baguskan??
Tak diundang maksud aku adalah, seseorang yang tak diundang tetiba muncul. Tapi bukan bermaksud aku tak suka dia datang... aku sangat suka kerana dia membawa rezeki bersamanya untuk aku...

Kisahnya Hari ahad ituhari, aku Tidor kebun, then tengah harinya ada kawan aku yg aku pun berkenalan ngan dia kat kebun tu jugak... dia selalu bawak anak2 dia mandi kat kebun aku....

Sekali dah tetamu datang aku pelawe le dia minum... sambil aku nak pergi ambil air batu dalam Ais Box (read : tong polisterin). Sepontan kami berborak...


Tetamu : Eh Tak payahlah susah2...

Haku : Eh, kenapa? aku buat air nie bukan nya rezeki ngko, ini rezeki aku..

Tetamu : (terpinga2.. ) Eh, kenapa?

Haku : Bukan ker menjamu tetamu tu dibalas 7 kali (tak pasti bil. 7 or 10)
           dari rezeki yang kita bagi tu.. jadi engko dapat segelas,
           aku dapat 7 gelas... so sapa yg untung....

Tetamu  : aahh ek... betul jugak...

Moral of story : Jangan lakukan sesuatu yang tak bermoral...

Till Next Entry
-Tuan Din-

p/s : tak semua Tetamu Tak Diundang itu tidak bagus...

Sunday, February 27, 2011

GAY Lagi!!!

pada tahun 2008, 4.9% populasi lelaki GAY di China menghidapi HIV!!!

I am NOT GAY, I am Ok!!!, Tuan Din.

ini fakta yg aku jumpa, dalam majalah Maskulin Vol:89/FEB. '09
Kebetulan aku mmg tengah buntu nak hapdet..


Till Next Entry
-Tuan Din-

Wednesday, February 23, 2011

Ganguan Seksual!!!

Korang mesti dah lali kan pasal tajuk nie kan??
tapi sangatttt berminat nak tau lagi kan?
Alah jangan tipulah... kalu kat uMetro tu asal kuar jer tajuk yg ada Seks...
Mulalah, lum kul 10 suatkabar dah habis!!!

Dulu, Kementerian wanita beria2 nak laksanakan Akta Ganguan Seksual keatas pekerja2 wanita di pejabat...
Alih2 senyapp camtu jer kan.. Korang tau kenapa??
Sebabnya tak semua yang kena 'ganggu' tu adalah perempuan...
Korang tak percaya? Contohnya AKU!!!

Yer!! Semalam aku kena gangguan Seksual!!!
tapi aku sedih sebab aku tak ada tempat nak mengadu...
Kisahnya semalam, seharian aku kat Kompleks PKNS,
aku nak buat Passport tuk anak buah aku,
Pagi2 lagi aku dah g PKNS nak serapan dulu bagai..
Maklumlah awal pagi, kedai pun tak selesai sempurna lagi susun barang...
Sekali tu aku nak beli air mineral, Yang jual tu awek ala2 sweet 18 camtulah..
saiz badan ala2 Remaja cam Tiz Zaqyah tu....
Sekali dia belum keluarkan lagi air mineral dari bawah meja kaunter..
sekali dia tunduk ambik air bawah meja...

MAK!!! habis segala LURAH DENDAM dia terpampang depan aku...
dahlah dia tu Putih melepak!!
Oooo Mak Aii!! Aku lelaki Tulin Ok!!!
"I AM NOT GAY, I AM OK.." (ada masalah??)
dia punya jelas, sampai kalu korang  nak suruh aku (korang yg suruh ok??) tembak lubang pusat dia guna pistol budak2 yang boleh lekat tu pun aku boleh tembak tau!!!
Ini kes aku boleh tembak melalui atas kolar baju dialah..
tak payah suruh dia selak baju tunjuk pusat pun aku boleh tembak!!!

Start dari tu aku dah tak keruan, asyik terbayangg jer Lurah dendam dia...
semua yang aku nak buat aku terbayang balik...
Ada fakta kata yg lelaki  akan memikirkan seks setiap 7 saat!!
patutlah setiap 7 saat aku teringat2 insident tadi...
Aku rasa kosontration aku tergangu...
adakah aku tergolong dalam golongan yg terkena GANGUAN SEKSUAL????

Larikkkkk

Till Next Entry
-Tuan Din-

p/s : adik2 yg comell2, kurus keremping or chubby2 diluar sana, tolonglah jagalah sikit etika pemakaian korang. Kalu agak2 kerja korang banyak yg kena menunduk2 tu, elakkan pakai T-shirt yg berdada luas & elakkan ber skirt pendek... Sesungguhnya  kamu akan 'MENGGANGGU' jiwa abang2 diluar sini...

Tuesday, February 22, 2011

Jangan Ketawakan Orang!!!

Semalam pergi KEBUN lagi, Pukul 12.30 baru sampai kat pintu pagar...
Aku tengok 2 orang Bangla dari kejiranan kebun berlari tergesa2...
nampak macam lari dari sesuatu atau mengejar sesuatu...
Nampak riak muka cemas mereka...
berlari menuruni bukit yang curam...
Aku dah tak sedap hati, aku tengok jauh kedalam,
Asap berkepul2..

ARGH!! macam dari arah Rumah Pam Aku...
Atau Mungkin dari Dangau aku!!!
Aku memecut laju kereta, sampai kat tepi sungai,
Arah Asap tu datang dari seberang bukit, Dangau aku Selamat!!
Tapi mungkin dari Rumah Pam di Tanah yang Aku Sewa...

Aku terus memecut menuju puncak bukit..
HUH!! Nasib Bukan Rumah Pam.. Tapi kawan kebun yg terbakar..
elok aku turun kereta, 2 orang Bangla tadi dah sampai!!
Mak aii, laju betul diorang lari... macam pelesit kot..
Jarak kebun diaorang ngan kebun nie jauh beb...

Aku     :  "Mamu mana, Mamu?"
Bangla 1 : Tak tau... Boss. OII MAMUUU!!!

Tiba2 mamu muncul dari bawah bukit dengan termengah2..
Dia terus rebah & bukak baju... terlentang di bawah pokok Belimbing..

Mamu   : Saya Mati Boss!! Saya Mati Boss!!! (Sambil tercungap2)
               Air sikit Boss.. Air Taruk!!! (Sambil usap2 bibir dia)

Aku berlari ambil air mineral dalam kereta, cepat2 bagi Mamu.
Aku cepat2 cari kayu, pukul2 api yang dekat ngan aku...
aku tengok Seluruh Persatuan Pekerja Bangla dah bergotong royong,
Nasib Angin bertiup ke arah kebun sebelah...Pokok aku kena sikit jer..
Kebun dia dah lama ditinggalkan & baru nak dipulihkan semula...

Aku kemnbali ker tempat mamu...
Mamu MATI!!!

Hahaha gempak jer...
Mamu masih terbaring dengan tercungap2... tapi nampak cool sikit,
Habis 2 botol mineral, dia minum & mandi sekali...
Lepas 15 minit dia terbaring, dia dah ok sikit,
Aku ketawa berdekah2 tengok telatah Mamu...
Bangla nie kan kuat Berlakon!!!
Tengok pulak Persatuan pekerja Bangla yg lain tengah kelamkabut...
Angin makin kencang, api makin marak!!!
Tapi akhirnya api Padam juga...

Petangnya dlm kul 2, tengah aku lunch sorang2,
Aku tengok Budak Indon aku pulak nak bakar rumput yg dia tebas,
Dia duduk pusing2 kawal api... Api masih dalam kawalan...
memang Jauh dari kawasan tanaman... nak berjalan pun boleh penat...
Kul 3 tiba2 aku dengar suara melaung!!!
Mak!!! api pulak melarat kat kebun Betik & belimbing aku yg satu lagi..
Cepat2 aku angkut baldi & pecut kereta pergi...
Air dalam baldi semua tumpah..
kelamkabut aku memadam api...
Aku Pulak Setengah Mati...
Pastu aku tgk Ngam Air Pam dah hidup!!
Semua Paip Aku On!!!
Alhamdulillah Api Padam..
Tapi Ada jugaklah Pokok Yang Kena Api...

Monday, February 21, 2011

11 hari ditahan di Ward...

11 hari adalah tempoh yang agak panjang bagi seorang yang kurang penyabar macam aku nie...
Hari2 masa ditahan di Ward, mulut  bising2 tak henti2...Maklumlah kalu kat rumah, kejap mintak ini, kejap mintak itu... semuanya dilayan... 
Tapi, bila kat Ward, mana ada orang  layan... mengadu sakit pun orang tak peduli, tunggulah gilitan kamu nanti...

Walaupun aku tengok dia masih lemah, tapi doktor cakap dia dah semakin ok. aduhai... aku mmg tak sampai hati bila tengok dia lemah cam nie... 

Banyak sangat problem penyakit dia nie... mampukah dia sembuh seperti sediakala??
Kesian my hero, Tam...

Nasib bill dia tak macam hospital Swasta, kalu tak maunya berpuluh2 ribu aku kena...

Till Next Entry
-Tuan Din-

Sunday, February 20, 2011

Aku, Si Tukan Kebun...


Huh!! diam tak diam dah 5 hari aku tak hapdet blog...
Rindu di dada pada Entry2 korang jangan ceritalah...

Tapi aku tabahkan hati...
Apakan daya, aku kan tukang kebun...
Kerja aku pegang Cangkul...
Kadang2 aku pegang Parang, penyodok tanah....


          iklan :  aku suka skrip nie...  dari Hang Kebun
            "Cangkul pun cangkullah..."

Tukang kebun macam aku mana ada pakai komputer...
mana ada Cangkul yang berkomputer,
Lainlah Macam ASTINA, dia jadi CLEANER...
tapi dia menyapu pakai Komputer..
Hari2 boleh hapdet 3, 4 entry...


Aku dah mula bekerja....
walaupun Dr nak kasi MC, aku tak mau...
Dr bagi juga surat, tapi surat 'Untuk Kerja2 ringan' sahaja...
maka oleh kerana itulah aku tak sempat hapdet Blog...

Till Next Entry
-Tuan Din-

Tuesday, February 15, 2011

Bila Wanita Bergusti...

Nie kisah benar aku nak cerita di sebuah kedai kopi...
4 rakan sedang minum kopi (read : milo o, teh tarik & 2 teh o),
siapa yang minum kopi??? (read : diskriminasi ada dimana2..)
Pak haji duduk membelakangkan kaunter & peti telebisen...
tiba-tiba di skrin TV menayangkan sukan gusti,
tiba-tiba-tiba perlawanan antara 2 orang wanita,
topik perbualan menjadi kelu (read : beralih tumpuan)
Tuan Din di kaunter memerhati gelagat 4 rakan2 di meja.

Rakan 1 : Pak Haji!!, beria nampok menoleh!!!
Rakan 2 : Hahaha Pak Haji..., kang terseliuh leher tu kang...
Rakan 3 : Hahahaha nanti kang kena cari Wak Tut urut!!

Tuan Din menoleh sekali lalu pada skrin TV, Masyaallah, 2 wanita sedang
beraksi menayang body sebelum memulakan perlawanan...
Segala aset yang benjol macam nak tersembul!!!

Pak Haji : Huish!! pakai macam tu boleh ker berlawan??
Rakan 2 : Alah pak Haji nie macam tak biasa tengok!!!
Rakan 1 : Lagi teruk pakai pun ada!!!
Rakan 3 : Sudah2 lah tu Pak Haji Oii...
Pak Haji : eh bukan selalu dapat tengok macam nie...
Rakan 3 : Tuh!! tengok tu sikit lagi nak terkeluar T***K!!

Aksi di gelanggang semakin rancak!!! wanita bergusti langsung
tak kisah bergomol!! Penonton & pengulas tak taulah apa yang
disorak!! AKSInya kah!! atau SEKSInya kah... Tuan Din tak pasti,
masih memerhati keasyikan Pak Haji begitu tekun menonton...

Rakan 1 : Hahaha tengok mata Pak Haji, sikit tak berkelip!!
Rakan 2 : TUAN DIN!!! bagi Tongkat Ali kat Pak Haji nie!!!
Rakan 3 : haahaha
Rakan 1 : hahahaah
Tuan Din : Hahaha

Till Next Entry
-Tuan Din-

p/s : Watak diatas adalah rekaan untuk sensasi semata2...
       Watak sebenar, Tuan Din = Pak Haji, Pak Haji = Tuan Din!!!
       Lariiikkkkkkk

Thursday, February 10, 2011

Ingatkan Demam Kuning, Rupanya kena HIV!!!

Argh!!! tak ku sangka...
Mula2 aku ingat demam biasa, 2 minggu lepas bawak g klinik...
Dr bagi inject Antibiotik & ubat 3 jenis... balik...
Lepas 2 minggu, macam tu jugak, makan sikit, kadang2 tak mau makan...
badan makin kurus...& makin tak bermaya...

Aku tak sedap hati... tapi masih memantau...
Selasa lepas aku nak cuci telinga dia...
tengok macam makin pucat kekuningan...
argh!! mungkin demam kuning!!!
Aku terus shoot jumpa Dr...

Confirm Kuning, kelopak mata & gusi jelas tanda2...
Dr kasi Antibiotik & tahan Ward,
Esok nak ambil darah & hantar Lab...
Semalam aku tak sempat melawat, nak call dah lewat mlm...

Petang tadi aku call Dr nak tau perkembangan dia...
"Hello doc, camana perkembangan ujian darah?"
"Erm!! macamnie cik aminuddin, dia menghidap AIDS"
"Ya Allah!!!, habis tu macam mana keadaan dia..."
" dah ok sikit, kami kasi antibody..."
"HIV dia macam mana?? boleh Cure tak?"
"nak Cure mmg tak boleh... tapi kalu antibody kuat dia akan bertahan"
"berapa lama dia boleh survive..?"
"3 hingga 5 tahun... tapi dia boleh kelihatan normal kalu sihat.."
" Apa punca jangkitan?"
" Mungkin Sex bebas... atau pergaduhan yang menyebabkan luka"
"Yang kuning tu kenapa?"
"2/3 hati dia dah rosak... tapi hati boleh pulih balik..."
"Bila dia boleh keluar?"
"Esok petang En Aminuddin boleh datang ambil"
"Eh!! dia ok ker... kalu biar dia betul2 ok bila..?"
"Lagi 2-3 hari lagi elok.."
"oklah biar dululah... biar dia betul2 sembuh.."

Ish!! betullah dia nie... Dasar Jantan!!!
Pantang nampak betina Gedik2 sikit, mesti dia sapu!!
yerlah kalu nak tuduh dia ambik DADAH.. tak lojik langsung!!!
Ini mesti kes tukar2 pasangan & sek bebas!!!
Lain kali memilihlah sikit... seks bebas nie bahaya....
kan dah kena HIV...
Kucing juga ada penyakit macam manusia...
Itulah Tam... nampaknya Zaman Otai kau dah berakhir...

Till Next Entry
-Tuan Din-

Wednesday, February 9, 2011

Dating Bersama Amoi Fisio...

Smlm, bangun pagi, terus tuju bilik 'opis'.
Bukak PC, bukak blog.
nampak Mgmt Diary disisi, aku bukak...
OMG!! (Read : Oh Mak Gedik!!)
aku ada date ngan Amoi Fisio...
nasib belah petang..

Aku amik Hp nak call dia...
erm.. tak perlu, buat kejutan jer...
Sampai disana, si Amoi sedang menunggu...
Dia akan buat yg terbaik untuk aku hari ini katanya...
wah!! katanya perkembabngan aku sangat Mengujakan...
aku mmg cepat recover dari pembedahan...

selesai segala fisio, dia buat Supprise!!
Tada!! dia berdiri di sisi sebuah basikal,
"Jom naik..." katanya
"Saya belum mampu... takutlah..." kataku
" Awak cubalah dulu..."
"baiklah, demi awak saya cuba.."

Aku cuba naik... dibantu olehnya...
Sebelah tangannya memegang basikal,
Sebelah lagi memegang Bahuku...
OMG!!! sweet sweet gitu...

" Awak naiklah sama..."
"Ok, awak bawak yang ini... Saya bawak tyang itu..." katanya
kami sama2 berkayuh... kami kayuh perlahan2....
aku takut jatuh... atau lebih tepat lagi mengada2...
aku tengok dia sengaja kayuh laju2...
Tiba2 dia mendepakan tangan....
"U!!! jangan lepas tangan!!! nanti jatuh!!!" aku jerit...
"I dah biasalah... Seronoknya!!!!" sambil dia mendongakkan kepala...
Fuh!! Rambut dia sangat cantik beterbangan ditiup angin...

Aku semangkin jauh ketinggalan... jalan pula mula menuruni bukit...
nasib bukit tak curam... tapi cukup buat aku seram...
Tiba2!!! KRINGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGG!
Cheh! time aku mengayuh basikal 'Bodo' nie dah tamat...
dah 15 minit aku berkayuh!!! dan...
dah 10 minit aku hanyut dalam khayalan....

Till Next Entry
-Tuan Din-

p/s : gara2 suka kat Mag Reyan yg sweet dgn rambut yg blond Wild Curly/RipCurl nya...
adaptasi dari filem City Of Angle....

Tuesday, February 8, 2011

Tag Dari ASTINA



Apa benda yang paling penting dalam hidup korang?

Selain benda2 yang tak penting.... Semua Penting belaka.


Benda terakhir yang korang beli guna duit korang ?

Mee Celup bungkus untuk Makan malam... eh, makanan benda ker?? 




Di manakah tempat korang akan langsungkan perkahwinan korang dan apakah temanya nanti?

Siam...! erk!! temanya simple.. Kawin Lari...


Adakah korang sedang bercinta sekarang?

Kalaulah bertepuk sebelah tangan juga dianggap bercinta.... Offcause aku tengah bercinta... dengan siapa??? ASTINA tau jawapannya... tolong jawab!! heheheeh




Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?

Sampai bosan atau sampai jumpa yang lebih cun!! apa macam?? sentap tak?!



Novel/buku/majalah terakhir yang dibeli?

Harakah. Eh kira majalah  ker? Ok last majalah aku beli I-Sihat, Dewan masyarakat, URTV, Rapi & Harmoni.




Apakah nama penuh korang?

Nak buat apa?? nak masuk meminang tuk adik ker?? Fotostat IC nak??


Antara mak dan ayah, mana korang lebih mesra?

Mak! tapi arwahAyah pun mengadu apa2 hal pasal Mak kat aku!!!



Namakan orang yang betul-betul korang nak dalam hidup korang?

Biarlah Rahsia...



Adakah korang basuh baju korang sendiri?

Kadang2 aku basuh, tapi rutin, dia basuh aku jemur dia angkat dia lipat aku angkat naik atas dia masukkan dalam almari...tapi sejak operation ituhari dia cuma tolong ganti aku jemur & angkat jer... yang lain2 tu macam biasa mmg dia buat.  apa guna aku ada bini...



Di manakah tempat yang betul-betul korang nak pergi?

Round the world BagPackers sorang diri... tapi kalu bawak awek ok gak kan???



5 lagu yang paling suka dan selalu dengar ?

1.  Kaulah segalanya - Ruthsahanaya

2.  Cintaku 100% - tah sapa tah... aku suka tgk geleknya jer...

3.  Lagu Amergadon tu tah Don't want Miss Thing ker hapa tah...
4.  Sweet Child of Mine...
5.  Dealova
Oi!!, 5 mana cukup... mintaklah 50...



5 blogger yang korang nak tag?
Aku nak TAG The A-Team aku!!!
Korang cepat buat!!!
Till Next Entry
-Tuan Din-

Monday, February 7, 2011

Aku Bukan Lelaki 'ANCAMAN'!!!

2 tahun lepas aku masih bergelar Pelajar....
Bila musim Exam, aku akan Cuti 3 minggu untuk mentelaah...
Adalah jugak 3, 4 orang kroni aku yg akan sama2 study....
Kami study di bilik2 kosong kat Fakulti...

Ada satu hari tu, Aku, Yani & lin study sama2...
Tengah hari kami keluar nak pergi lunch di KFC...

Yani & lin call Laki masing2...
aku diam sambil memandu..

Yani : Hellow Baba... mama nak pergi lunch ngan Tuan Din nie...
Faris : Ok, lunch mana?
Yani : KFC, faderal highway...

Lin : Hellow Daddy, kita nak g lunch kat KFC ngan Tuan Din nie..
Joy : haa ok... bye...

Tuan Din : Hoi!! Aku rasa macam aku nie lelaki yang tak laku pulak!!!
Lin : Apapasal pulak..
Yani : Haah.. kenapa?
Tuan Din : Yerlah, senang2 jer korang jual nama aku kat laki korang...
                 diaorang langsung tak heran...
                 Adakah aku tidak sedikit pun memberi ANCAMAN kat
                 Lelaki2 diluar sana???
Yani & lin : Hahahahaah!!!  Betullah... cam kalu ngan Tuan Din diorang tak
                 heran langsung!!!
Tuan Din : Teringat aku pada budak Junn tu... dia juga senasib cam aku...
                Kalu budak2 lelaki opis dia nak balik lambat mesti jual nama dia...
                Patutlah dia mengadu kat aku...
               "Adakah aku tidak memberi sebarang Ancaman kepada isteri2 mereka?
                 Teruk sangat ker aku nie, tidak mampu menggugat suami2 mereka!!"
                kata Junn pada aku suatu masa dahulu...

kini aku pasrah!!! apa yang Junn rasa itu ada kebenarannya...
Hahahaha.....

Till Next Entry
-Tuan Din-

Sunday, February 6, 2011

ABC... dari ASTINA

Addin nama di Kg, Tuan Din nama General, Tuan Tanah oleh Geng Seram..

Budak A.s.t.i.n.a nie lah yang suruh buat Tag nie..

CO2 + H2O = CH + HO2.. erk!! Cik Nazatulniza!!! tolonggg saya dah lupa...

Dangdut i Loikk tgk part Goyang2 tu...

E = MC2, semua orang kenal dia...

Fuhh!! hembusan lepas jampi serapah...

Gediks!! I loikee awek gedik...

Hari nie hari Ahad

Isnin hari esok... ehh aku ada Date ngan Amoi Fisio...

Jangan jelkess ekkk...

Kalaulah aku dapat SITI NURHALIZA....

Lunyai aku kerjakan dia nie... korang tau Lunyai? hehehe

Mata aku byk orang tertarik.. tak kurang jugak  yang takut...

Nasi makanan ruji aku...

Omelet egg fabroit aku, hangin aku kalu Hotel tak buat menu bekfest..

Peeweeeetttt!!! bunyi buaya... meiowww bunyi kucing...

Q = tunggu giliran... Pantang aku org potong Q.. mesti aku sound...

Rebecca Nur Islam Sangat seksi pada pandangan mata aku...

SITI NURHALIZA
           love
TUAN AMINADDIN.. hehehe

UiTM dihatiku.... 8 tahun aku belajar kat sini tau...

V hurup ke 5 akhir.

Wow!! itu word kalu aku Teruja!! petikan filem P.Ramlee

Xtvt adalah singkatan aktiviti aku guna sejak dari zaman ITM lagi...

Yup!! aku suka kalu pertanyaan yang dijawab ngan ayat nie...

Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz



Till Next Entry
-Tuan Din-

Thursday, February 3, 2011

Kudaku Lari...

Asalamualaikum...
Wah jarang2 aku mulakan entry dengan Salam kan?
Pertama aku nak kasi sikit Info agama...
3 sukan yang dituntut & mendapat pahala ;
Berkuda, Berenang, dan memanah....
Banyak hadis tentang sukan2 ini...

Korang tau tak pasal tugu / lukisan yang berbentuk Askar dan kuda?
kat sini aku nak kasi tau...

 Gambar Hiasan : Wah!! kemain girang lagi aku tengok kuda tu dapat dokong Diana Danial... kang aku kasi lompat kat belakang tu baru kau tau!!!


ini fakta!!

Kalu gambar tu Kuda dia Angkat Kedua2 kaki depan...
bermakna Askar tersebut menjadi Hero & tekorban...

Kalu gambar tu Kuda dia angkat Sebelah kaki depan...
bermakna Askar tersebut Tercedera semasa berperang...

Kalu gambar tu Kuda dia tidak mengangkat mana2 kaki,
bermakna Askar itu Mati tetapi bukan disebabkan  peperangan...

Fakta; Maskulin, Vol:94/Julai'09.

ini Auta!!

Kalu gambar tu Kuda angkat kedua2 kaki belakang...
bermakna adalah orang nak mati kena penendang...

Kalu gambar tu Kuda dia mengangkat keempat2 kaki,
bermakna kuda Tuan Dia tengah tido....
hahaha

Auta; Tuan Din, Vol; Feb'11


Gambar Hiasan :  Ish3! anak2 buah sapalah nie... Yang sorang Mandi bersama lembu, yang sorang merempit pun pakai lembu...
"Hoi Yoi!! Sapa ajar merempit guna lembu!!!"
"Pakcik!!"
"Erk!!"

Larikkkkkkkkkkk


Till Next Entry
-Tuan Din-











Wednesday, February 2, 2011

The A-TEAM...

The A-TEAM... From The Top Commentor Series....
ini adalah senarai Blog2 yang rajin Blogwalking blok Aku,
mereka juga sangat suka mengomen...
sebagai penghargaan...
Aku taruk mereka2 ini dalam Top List Bloger yang aku Follow...
jadi sesiapa yang jengok sini akan jumpa Blog2 diaorang dulu...

Sepatutnya aku nak limitkan 10 orang jer dalam list The A-Team aku..
tetapi setiap kali list baru keluar,
aku hanya mampu menambah nama2 baru...
aku tak mampu (read : tergamak) mengeluarkan nama2 yang terkeluar senarai...
lembut hati kan aku... * sila pergi muntah di blog masing2* (pinjam ayat ASTINA)

Hari nie ada senarai baru dalam Top Commentor aku,
 SUSU Orang baru dalam dunia blog,
masih belum ramai follower..
banyak juga Entry yang dia tulis..
Mungkin juga beliau baru aktif berblog...
tapi mungkin sebelum nie dia jarang buat Blogwalking
atau mungkin beliau tidak meninggalkan jejak/komen..

Akhir kata, kepada  SUSU Welcome ker Blog saya....

Till Next Entry
-Tuan Din-

Tuesday, February 1, 2011

Kengkangan...

Terasa hati teramat ingin berBloggwalking...
tapi apakan daya MAXIS buat Lahanat!!!
Aku telah mencapai Volume Quota katanya...

Dalam SMS nya memberi cadangan menambah Quota...
Seharusnya melibatkan penambahan RM jugak!!!
Haruslah!! ASTRO yang tidak menambah siaran itu pun
mereka membuat penambahan GST!!! Apa?? GST???
Bukankah kerajaan telah menangguhkan GST???
Arghhh!! SIALAN lah MAXIS  nie...

Volume Quota?
Aku belum pernah dengar sebelum ini...
Sebelum melangan, aku dimaklumkan penggunaan sehingga 24 Jam...
Cuma dikekang oleh 'SPEED' berdasarkan bayaran bulanan...
juga Had untuk menDOWNLOAD!!!
Aku tidak pernag mendawnload sebarang MOVIE...

Akhirnya di dalam SMS di senaraikan segala xtvt yang dikira 'Volume' itu..
APA?!!!
takkan tengok gambar ASTINA yang sebesar kuku itu pun dikira juga..
Apatah lagi kalu gambar2 ANIS HANG TUAH yang guna DSLR itu...,
Lebih2 lagi tengok VBlog HANIS ZALIKA... lagilah besar 'mb' dia kira...
memang diakui, sejak 'berpantang' dirumah nie,
Blog & internet adalah 'rakan' aku...


Akhirnya... aku pasrah...
siapalah aku untuk menyalak kepada Lahanat ANANDAKRISNAN itu!!
Inilah sebabnya Islam melarang sistem ekonomi Liberal & Kapitalis, ianya Monopoli!!
Habis segala 'SPEED' aku disekat...
sangat2 tidak efektif...
10 minit minimum untuk membuka satu2 entry...
lahi 10 minit diperlukan untuk menulis komen...
jadi aku hanya mampu membaca Blog2 korang...
3, 4 blog sahaja yang aku mampu....

Aku tak mampu lagi menjengok Blog rakan2 yang dulunya setia membaca blog aku...
Akhirnya mereka juga lari dari Blog ini...
Aku memerlukan mereka untuk kekuatan diri dari terus menulis...
aku tidak mengharapkan balasan kewangan...
Buktinya aku tidak berdaftar dengan Nuffnang...
Aku menulis dari hati...

Till Next Entry
-Tuan Din-

Kisah sebenar di Egypt baca dan sebarkan


Assalamualaikom

Minta jasa baik semua yang berada di Malaysia,
Tolong, tolong, tolong, sebarkan pada semua.
Tingkatkan kesedaran.
Rakyat Malaysia di Egypt perlukan bantuan kerajaan.
Secepat mungkin.
Keadaan di Egypt adalah lebih buruk dari yg anda semua tahu.


Kami lihat, media utama di Malaysia tidak ketengahkan langsung hal Egypt.
Kata TPM, "Pelajar Malaysia selamat, tidak perlu dibawa pulang."

Please, jangan bergantung pada media tempatan dah.
Go online, bukak BBC, Al-Jazeera.
BUKA MATA, banyak lagi penting dari hal pilihanraya Tenang tu.

Kenapa, kenapa, student abroad je yg banyak sebarkan hal ni???
Lepas tu, keluarga pelajar Egypt yg kt Malaysia je risau.
Korang tak risau ke?
Tolong la, aku merayu ni.

Okay, wanna know the truth???

Airport di Alexandria dah tak boleh pakai.
Balai polis di sekitar Mansoura dan Alexandria dah dipecah.
Angkatan polis diarahkan untuk tidak mengawal, kononnya untuk susahkan lagi protes.
Penjara-penjara, yes, PLURAL, di sekitar Egypt dah dipecah masuk; lebih 6000 banduan terlepas di jalan-jalan Egypt.
Pelajar2 perempuan terpaksa bergantung dengan pelajar2 lelaki untuk mengawal rumah mereka.


http://www.facebook.com/pages/Global-Medic-Network/161720120528321?v=wall


 
http://luahan-hati-matika.blogspot.com/2011/01/krisis-mesirnasib-pelajar-malaysia.html 

(videos at egypt. must see!)
post credit to umek.thanks for posting this babe. i wouldnt understand unless you post it. and im praying that my aunty and all malaysian at egypt is alright. amin.

and you. yang sedang membaca. please copy and paste entry ini di blog, di facebook, di twitter in everywhere social network you have. spread it please.
thank you. :'(
 
 
 
 
oke..aku da copy paste sejibik sejiban dari blog budak NADDIA nie korang pon watla. Ya ALLAH siannye. Lau la sedare mare aku ade kat sane aku da nanes kot.Eh rasanya adalah sepupu aku kat sana...

Till Next Entry
-Tuan Din-

Monday, January 31, 2011

Pssttt!! aSesi Geli-geli dengan Amoi Fisio!!!

Amoi yang ajar Fisio aku cun beb...
Tarak sombong pulak tu..
Putih gebu kulitnya,
ketinggian yang sederhana,
kelihatan masih ranum...
kalu artis, kira macam Tiz Zaqiyah ukurannya,
Rupa tak macam tu... tapi ada kelembutan...
pendek kata..."MY TASTE"


Pagi tadi fisio dimulakan ngan usap2 paha aku...
Sejukk jer tapak tangan dia...
Lepastu, dia kasi taruk Cold Pack, bertambahlah sejuknya aku...
Selepas 15 minit dia masuk lagi,
Aku perasan, selalunya selepas Sesi Cold Pack aku buat Fisio...
tapi kali nie dia tak mintak aku angkat kaki pulak??
dia pesan, kalu sakit cakap yer...
Dia tanya, dah biasa dengan 'sesi' ini?
"Erm... "jawab aku...
" Jangan takutt tak sakit.." katanya...


Dia taruk mulut di paha aku yang gebu.. walaupun tak segebu pipinya...
Terasa kelembutan bibirnya...
terasa ada 'sedutan' disitu... memang dah dimaklumkan...
tapi dia pesan kalu sakit bagi tau..
Sambil tangannya meraba2 dia tanya, "Ok tak?"
Aku Angguk tapi tak bersuara...

Tiba2 ada 'current' kat situ...
membuat aku terasa geli2...
aik?? tadi kata sakit...
kenapa aku rasa geli2...
sesi geli2 berlangsung dalam 20 minit,

Selepas 20 minit, aku cakap...
" I had this before..."
" Ohhh tadi tak cakap!!"
" Tadi I tak tau u nak buat apa..."
"I pernah try buat, tapi kat perut..."

"minggu depan U nak datang pagi ker petang?" dia tanya...
"I tak kisah... Pagi, petang, siang ,malam... semua I free"
"Malam offcause not... Fisio nie mana buka malam..." dia tersenyum...
" Hahahaahah" aku ketawa...
Korang jangan nak Horny.... sangat yer...

kami sambung berbual
"ET nie fungsi dia sama ker??
walaupun di apply tempat lain" tanya ku
"Lebih kuranglah..." katanya.

ET = Electro Terapy...
Mulut tu adalah mulut mangkuk getah,
dia sedut macam bekam tu..
then current dialirkan...
aku tak sakit kena current tu.. tapi geli....


Till Next Entry
-Tuan Din-


p/s : minggu depan dia buat 'date' ngan aku 2 kali seminggu pulak...
Isnin & khamis petang....

Vacum tuk Baby Kecil jer...

  Huh, sebulan dua nie banyak betul aku kena melawat rakan2 bersalin... last sekali tengok Geng Seranm aku, Mummy Aqil kat Shah Alam nie...


  Katanya Babby dia kena Vacum sebab dia dah habis tenaga... Ooo kalu bab bercerita tak habis Bateri pulak ngko yer...!!   (hehehe teruk aku kena kalu dia baca nie..).  Kami pergi buat lawatan macam Rombongan Cik Kiah.. adalah dalam 10 orang kot... pastu Mummy Aqil cakap "Ohhh, rupa2nya Vacum tuk bersalin nie kecik jer.." sambil tunjuk isyarat tangan... "Aku ingat besor macam Vacum Cleaner yang kat rumah nie.."

KAH! KAH! KAHHHHHH

    Berdekah2 orang gelakkan Mummy Aqil mengakui kebodohannya... Aku pulak gelak lagi kuat!! 2 kali ganda aku gelak!! satu aku gelak sebab Mummy Aqil tak tau yang Vacume tu kecik... lagi satu tu aku gelak kan diri sendiri sebab aku pun BODOH jugak rupanya!!!
PANGG!

Til Next Entry
-Tuan Din-

p/s : Berukband MAXIS sangat jahat, Saya telah memenuhi Volume Quota katanya, dulu semasa iklan cakap No limit, cuma speed limit dikira mengikut kadar bayaran...

Friday, January 28, 2011

10 Makanan anti Kolestrol!!!

  Korang pernah check kolestrol?? Ha jangan takut2 yer.. pergilah buat pemeriksaan segera. sekarang ramai benor yang mati mengejut sebab Serangan Jantung... Kadang2 jangan ingat orang kurus itu rendah kolestrol!!!
Kat sini aku nak kongsi Tips Makanan2 yang boleh membantu menurunkan Kolestrol...

1. Kuaci -Kaya Kandungan Zat besi.Zat besi boleh turunkan kadar Kolestrol LDL(Jahat). Kuaci jenis tawar seperti biji labu dan bunga matahari mempunyai kadar Zat Besi yang lebih tinggi.
Bukan susahkan nak makan kuaci.. hari2 pun boleh..

2. Epal- Memakan sebiji Epal atau meminum jusnya setiap hari sudah cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol. Ia menstabilkan kandungan zat & mencegah lemak dalam badan.
 epal hijau lagi bagus...

3.Oat-Serat mudah larut didalam Oat boleh mengurangkan risiko sakit jantung.
Yang nie aku tak suka... tak tau kenapa susah nak tolak masuk ikut tekak!!

4.Soya- Mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin dan zat galian. Mampu menghindarkan penyakit Jantung & diabetis. Kaya dengan Kalsium dan mineral yang membantu memecah lemak dan menyusutkan kadar lemak LDL dan meningkatkan kadar lemak HDL (Baik)
Aku amalkan makan tauhu goreng menggantikan nasi waktu malam sewaktu diet... hasilnya kolestrol aku back tu normal dalam 1 bulan & bagus untuk pembentukan Muscle menggantikan putih telur bagi yanng main GYM. Badan aku makin Kurus tapi berat mantain...

5.Kacang Tanah - Kacang yang dipanggang kaya dengan lemak HDL dan Vitamin E.
goreng pun sodap...

6.Jambu Batu - Mampu menurunkan kolestrol sebanyak 18.8%. Disyor mengambil 400g jambu batu sehari. Bagus untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa mengetepikan diet seimbang.
Vitamin C didalam 100g Jambu batu sama dengan 2.5 bili Lemon.
Aku mmg faberet nie.. bila keluar opis selalu singgah tepi jalan beli jambu. " dik bagi 2 ringgit, isi dalam Cup yer.." ini ayat wajib aku...

7.Buah Kering-Banyak jenis buah keribng, tetapi limau dipercayai mengandungi lebih banyak Flavanoid yang mampu menyingkirkan lebihan lemak jahat.
Ini mmg feberet dak2 fompuan nie... ASTINA mesti pilih diet nie,...

8.Kiwi-Mengandungi banyak Vitamin C yang mencegah lemak Jahat.
Setiap kali nak makan buah nie mesti aku teringat Kiwi kasut yang hitam tu... phuiiii

9.Kismis-Membantu menurunkan 8% kolestrol dalam darah.Pada  yang inginmn menurunkan berat badan, makan 400g sehari.
Kalu kismis jangan kan 400 g sehari.. 4 kilo pun boleh.. tapi tak tahan manis & Mahal jer...

10.Ikan Tuna-Mengandungi sumber asid lemak Omega 3 yang khususmelindungi Tubuhdari lemak LDL.
Ikan Keli punsama, Aku pantang nampak Ikan keli masak Lomak Cili Api or ikan keli Sambal...

-Sumber; MASKULIN,Vol.88., Jan 2009

Till Next Entry
-Tuan Din-

ps : Majulah sukan untuk negara... ???

Thursday, January 27, 2011

TaaaTihh.. TaaTihh...

   Kalu dari tajuk nya korang paham tak maksud tu...? Korang kan pernah jadi Baby... satu malaysia gunapakai ayat itu bila nak ajar kanak2 berjalan kan... " TaaTihhh... TaaTihhh... cepat jalan.."

Gambar Hiasan : Irdina belajar bertatih...

       Seronokkan zaman kanak2... semua orang tumpu kat kita. Nak jalan ada orang tunjuk, nak main macam2 ada.. ada yang bagi bola, huruf LEGO, gentel2 Plastisin Buat Patung  dan macam2 lagi..
     TAPI, kali nie aku tengok lagi best... Orang Tua2 (tidak termasuk aku, sebab aku masih Remaja, walaupun Remaja Purba.. tetapi mantain remaja) diajar bertatih... "TaaTihh.. TaaTihh... yang mengajar ngan yang diajar tu sama besar...
     Ada yang main2  bola masuk dalam bakul, huruf LEGO, gentel2 Plastisin Buat Patung  dan macam2 lagi...  mencanggukk diaorang duk kat meja tu  sambil diperhatikan oleh "Baby siter"...
     Ini semua rentetan aku pergi Fisio semalam... Kelakar pun ada, tapi kalu yg pat2 parah tu aku kesian juga.. aku juga manusia biasa...

Till Next Entry
-Tuan Din-

Wednesday, January 26, 2011

Rampasan Kuasa!!!

  Ingatkan di Tunisia jer ada  Rampasan Kuasa!! alih2 dah merebak ker Malaysia pulak!! tapi Rampasan kuasa kat Malaysia nie lebih canggih kerana kuasa dirampas melalui Ruang Siber... kalu korang tak caya tengok nie...

Kronologi Rampasan Kuasa 25 Januari 2011;
A.S.T.I.N.A said...
Cheh... Saya pula jadi PA beliau.. sedangkan saya yang mau rest BLIGGING... herher apeke..?
A.S.T.I.N.A said...
Harus saya bagi MC saya pada Tuan Din lah kan kalau mau rest? yessa sesenang dapat bos suka banje makan.. saya suka hati ^_^
A.S.T.I.N.A said...
Bagilah saya bos punya id dan password.. nanti saya layan peminat bos.. khuatir kalau boss rest nanti peminat lari.. herherher *gelak penuh makna*
A.S.T.I.N.A said...
Saya nak rest blogging ... maka saya blogging di komen boss boleh...? :: Manusia :: Ok itu tajuk blog saya.. Kenapalah kan semua manusia tu hati berbeza2.. Kalau hati sama kan senang nak predict.. Boleh saya setkan aksi sama setiap hari.. Supaya kita tak sakitkan hati orang.. Supaya kita tak buat orang sedih.. Tapi asyik kita jer kan usaha nak buat orang happy... At the end of it kita juga yang jadi kaprit.. *ini kira beradik dengan jin apred*.. Tak baik sangat2.. Tapi saya mendoakan supaya dibersihkan sisa2 hitam di hati saya.. Dan semoga boss saya aka Tuan Din cepat sembuh... *maka kebarangkalian saya dapat bomus year end adalah sangat tinggi :)* Salam 1Kenyataan. Astina
nora said...
aku panjang kaki ` jeng jeng jeng ASTINA apsal ko concur sesorg, ni tak puas ati nih (tgh wat muke serius nih)
roq said...
aku panjang bahagian lain.....shhhh~ jangan tanye...... hahahahaha
Heidi Shafiq said...
tolong basuh kereta aku boleh? :P
A.S.T.I.N.A said...
Cik Nora... herherher haruslerr.. saya mau dapat bonus.. Sila buat lakonan semula wajah tu.. saya suka.. :))
A.S.T.I.N.A said...
roq, panjang bahagian maner? saya kompom saya lagi panjang baekk punya.. *heh over pula* (saya hari ini wakil tuan rumah).. sure beliau jawab begitu..
A.S.T.I.N.A said...
heidi.. meh bagi kete sini.. ambik balik next year..
A.S.T.I.N.A said...
Bos!! lama lagi ker saya mau menjalankan tugas bos nehhhh >.<
Ha!, Korang tengok...  ini cara2 nak jadi PA ker nak Rampasan Kuasa... Tu korang tengok.. sempat buat ENTRY dia lagi!! ini dikira macam dah rules & regulation baru oleh PA semasa bos Bercuti (Contoh Pinda Jadual masa kerja) atau kalu Negara pulak Pinda Akta / Perlembagaan Negara Semasa PM ke luar negaralah tu...   Kalu nak tahu rentetan penuh Kronologinya sila Klik Sini kalu nak tahu si Perampas Kuasa sila Siasat Sini. Ini macam  Boss2 sila berhati2 bila mencari PA.. ini macam kalu mau PA Over Shadow Boss...