U pollo, I pollo... Kompem!!
Jejaki Aku, Mungkin Ada Disini...
Wednesday, November 3, 2010
Jiran-jiran yang perihatin
Wah Tuan Din nie dah gila menulis ker ape.. hari-hari nak update blog?! Ah aku peduli apa, dah memang sekaran nie aku tengah 'menganggur', aku hadap jerlah blog nie...
Sebenarnya aku berhajat nak cerita pasal hal lain hari nie... alih-alih masa nak keluar rumah tadi tengok ada pulak bedoza berhenti area umah aku...pastu tengok lagi ada pulak lori yang ada stiker Syabas berhenti.. alamak ada paip pecah lah cam nie.. aku pun mulalah nak menyibuk macam Makcik2, Kakcik2 & pakcik2 jiran-jiran aku... Sah memang ada paip pecah!! air yg keluar tu keluar dekat depan rumah jiran sebelah & bersempadan ngan rumah aku tapi nasib seberang jalan sana...
Korang tengok besar gedabak diaorang korek lubang depan umah aku, nnt jgn tak timbus elok2 sudah.. tu tempat parking keta2 jiran aku kalu hari minggu, aku pun sebijik keta parking kat depn nie... garaj muat tuk 2 bijik jer..
Ha.. korang nampak tak tangan bedoza tu... tengok segala macam bagai mesen deaorang bawak... tu paip yg panjang tu deaoran nak buat bypass ker umah aku ler..
Terima kasih Abg Wan or Abg Lan yang buat repot tu.. kalau nak harap kan aku, mana aku nak perasan, nak tunggu tengok air kat mesen basuh..2-3 hari sekali baru basuh baju, tu pun tekan butang sana , picit butang sini dah tutup mesen basuh... mana nak perasan air tu slow... nak tengok air kat singki pulak, pinggan jaran pakai (makan tapau), dapur tak berasap.. camana aku nak alert!! paip mandi pulak pakai air tangki... so memang aku tak perasan yg air umah aku tu dah slow... pg tadi masa diorg datang, aku chek baru aku perasan...
Kalau korang nak tau, kejiranan aku mmg sangat baik2 & perihatin.. dalam perumahan aku tu dah ramai Pakcik2 yang dah pencen & kakcik2 yang jadi House Manager sepenuh masa... itulah aku, masa beli rumah dulu nak cari yang kawasan kejiranan perihatin, so berdasarkan pengalaman & ceita kawan2 yg berhampiran bagi info yg kat area situ mmg bagus atas faktor2 macam aku ceritakan tadi.. alah yg byk org pencen & ramai house manager tu...aku beli umah nie atas tangan seorang Uncle Cina, umah nie jenis Semi-D / berkelompok. masa aku beli rumah tu umur aku baru 26 tahun, aku saja pilih kawasan orang2 berumur & kawasan yg ala2 bermasyarakat macam suasana kampung gitu...
hai... masa mula2 pindah dulu seronok gak tgk anak2 dara makcik2 jiran sebelah bila lalu depan umah dia org tengah sidai baju, rasa nak jugak kenyit2 mata, sekali yg belakang ampaian tu ( Mak dia daa ) yg nampak... huhuhu tertelan air liur aku... nasib tak mati tersedak depan anak dara jiran sebelah rumah... yerlah mmg diaorg sebaya or muda sikit jer dari aku...
Aku yang ala2 dewasa misai pun lum habis tumbuh lagi... bak kata cikgu aku... Parut sunat pun belum hilang lagi duduk pulak kawasan perumahan org2 Otai... tapi aku duduk situ dengan harapan nnt kalau selalu tinggal rumah selamat lah... & nnt boleh lah jugak korek2 pengalaman org2 lama... Tapi last2 aku pulak yg jadi Canggung bila banyak majlis2 keraian, mesyurat2 penduduk, xtvt2 masjid yg aku tak dapat attend... mmglah diaorg bila dah agak tua2 nie kalu ada yg balik kerja jer dah tak keluar malam... kalau korang nak tau 5 orang dari jiran2 sebaris aku adalah AJK masjid... iaitu Imam 2, bilal1 & 2, bendahari & ajk biasa. tapi bak nasihat Nabi kan, " kalau kita berkawan dengan tukan besi kita berbau asap, kalau kita berkawan dengan peniaga minyak wangi sekurang2 nya terpalit gak bau kastui" ( kurang lebih macam tulah..aku tak berapa ingat yg sebenar).
bila hari2 minggu, diaorang lepak2 depan umah aku, Ha!! korang tgk!!, umah aku.. jugak!! diorg lepak.. mmg depan umah aku tu tempat makcik2 & kakcik2 or Pakcik2 & abgcik2 buat Mesyurat Tingkap!!! dan juga tempat kanak2 riang bermain petang2... depan rumah aku tu River / Lake View, pastu aku saja sodok kasi lapang &tanam rumput carpet tuk budak2 main, tapi baru minggu lepas aku racun rumput tu sebab rumput liar dah tumbuh... sebelum nie ada meja kayu kat bawah pokok tu, pun baru kena buang 2 minggu sudah sebab dah patah.. bila diaorg lepak2 tu aku pun menjelmakan diri tanya hal2 semasa, & mastulah diorg sampaikan maklumat mesyurat nak collect duit ker, ada apa2 xtvt ker, sembang politik ker...
Aku pulak??? aku MUDA lagi.. aku nak gak lepak mamak, kopitiam, pub, gerai2 malam2 pekena Teh Tarik... pulak2 aku orang berniaga, mmg time2 camtulah aku nak jumpa kawan2.. kadang2 aku pun ada rasa malu gak ngan jiran2.. aku pasal aku bukan kaki masjid, aku jarang2 ada kat majlis2 kawin, aku tak pernah attend mesyurat penduduk.. kadang2 bukan aku tak mau pergi, aku balik rumah lepas g swimming or minum2 pukul 8.30 or kol 10.30mlm baru sampai rumah... tu belum kira nak keluar bali... masa aku balik tu mana ada dah org lepak2 depan rumah aku. macam mana diorg nak bagi maklumat or jemputan.. selalu gak bila ada majlis2 tahlil & doa selamat kan org pergi jemput time petang2, aku tak ada kat rumah... mmg diorg ada gak sindir2 aku cakap susah betulnak jumpa aku.. takpa Pakcik2, Abgcik2.. aku janji nnt bila umur dah masuk 40-50an aku joint korang, selalu p masjid, p kenduri kendara & macam2 bagai...
Tapi kadang2 tu ada gak aku terfikir nak cari rumah Kondo ker duduk rumah tinggi2.. tak perlu campur orang & buat hal masing2.. mmg aku ada teringin nak duduk rumah yg Priversi sikit.. tapi aku tak suka lah pulak nak duduk tinggi2 sebab parking keta jauh.. kalu tertinggal HP ker apa ker dlm keta macam mana?? aku taulah macam mana, sebab aku pernah duk apartment nie masa aku baru2 habis belajar dulu, masa umur 24 tahun tu aku dah beli Apartment kat KL, duduk tingkat 7 dari 17 tingkat.. Ooo mak ai, mmg tak sesuai, dengan bising nya kat bawah org lalu lalang, ngan kadang2 lif buat hal, kadang2 ada yg Sial tinggal sampah kat dlm lif & macam bagai... 2 tahun jer aku boleh bertahan, so sebabtulah aku cari rumah kat Shah Alam tu...
Setuju atau tidak pada aku rasa elok jugak kita duduk kat perumahan yg jiran tetangga perihatin....
Till The Next Entry...
-Tuan Din-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ting tong.
ReplyDeleteboley masuk belog ni.
just want to say hi to owner belog.
love einaz!
hi jugak kat awak... knape ting tong??
ReplyDelete