U pollo, I pollo... Kompem!!

Friday, November 26, 2010

MAHA Pertanian Adalah Perniagaan : Kisah Aku dan Kebun juga Tempat Perkelahan.

     Semalam, aku sempat masuk opis sekejap dalam pukul 10.30pagi. Tetiba kawan aku call kata nak pergi kebun aku, dan kami juga ada Jointventure sewa satu lot kebun Belimbing di sana. Masa yg di setkan pukul 1.00pm, jadi aku kena gerak dari opis dalam kul 12.30pm. Kelmarin pulak aku dah kena pergi Pahang seawal 7.30 pg, Jadi nampaknya opis nie selalu merindui akulah....

    Oklah aku tak tau nak cerita apa. memandangkan agak 'sibuk' dan kebetulan pameran pertanian MAHA akan di adakan sepanjang Minggu hadapan, aku nak cerita sikit pasal Kebun aku dekat Sungai Batangsi, Semenyih.

    Kalu korang nak tau aku  nie mmg minat sangat dengan Pertanian nie.. Orang Kampungg..... tak kiralah berkaitan Tanaman ker atau penternakan ker.. Maka pada tahun 2006 aku telah dianuigerahkan oleh Kerajaan Negeri Selangor tanah seluas 10 ekar di Semenyih Selangor masa tu kerajaan tengah giat kempen Kontraktor tukar bidang kepada Pertanian. Tanah tu dekat dengan Sungai Tekala, kebetulan kat kebun aku tu pun ada air terjun yg suci lagi murni.

    Tempat tu jugak sesuai untuk perkelahan keluarga, sebab ramai orang pergi berkelah kat sana, cuma kat kebun aku tu org kurang sampai sebab berpagar, jadi org ragu2 nak masuk. Anak2 buah aku mmg selaklah kalu aku bawak kat sini time cuti sekolah. Korang faham2 sajalah budak2 ngan air.. macam duda & janda, sangat sesuai berpasangan... eleh... padahal bujang ngan janda pun sesuaii jugak kan..? tak caya try tanya aku "kalu Rozita Che Wan ker, Nora Danish ker, norish Karman ker... kau nak??" percayalah belum pun habis ayat 'nak' yg ada hanya satu sukukata tu habis pun aku dah turun kepala tanda nak, nak, nakkkkkkkkkkkkk! (uish kau neh,  jgnlah nampak gelojoh sangat).

oklah aku cerita pakai gambarlah.. sementara aku up load boleh aku pergi makan...

Inilah kebun aku...














Korang tak teringin ker nalk terjun tiruk!!!







Ini pokok betik yg kecil, berusia 2 bulan...











 Sementara Betik besar apa kata kita taruk Cili di tengah2...




Yer ini Betik berusia 1 tahun lebih... dan hasilnya... yumyum...




disitulah tapak saya akan membina teratak Usang...


 Yer semestinya bersebelahan Air Terjun...







  Tempat yg sesuai utk kanak2 juga ada...






 Penandangan Hutan Sekeliling..

Aktivitinya pula...

Berkemping Waktu Cuti Sekolah...

Aku angkut anak2 uah aku tidur sana, mmg syok.


 Ha, Kalu dah sejuk2 nie makan apa pun sedap, ini menu sesuai waktu perkemahan...
saja layan budak2 buat tepung putar...

BBQ adalah menu Wajib utk setiap kali perkelahan...
"HOI!! kaki sapa tu dekat dengan BBQ tu, kang tersepak Dapur kang, kakii itu aku panggang!!"


Xtvt Memungut Buah2 an.. Anak2 buah aku tak tau aku nak bagi Task Mencabar kat diaorang..
Tapi aku yg hampa... diaorang nie korang dera jalan dari KL ker Viatnam pun tak kisah... apa ada hal takat jalan dalam kebun 2-3 round!!

"Hoi, Yoy!!! Itu muda lagi! nnt Orang kata Pakcik dera anak buah pulak... tak kasi makan..."


"Itu Muda jugak!!! "

" Pakcik!!!  Yang nie dah bileh petik!!" 
"Belumm..."


Lawatan Sambil Belajar...

Ini kes tangkap muat atau nak terapkan nilai2 murni kepada anak2 kecil. Kawan Aku Sweets Secreat Cottage Bawak bawak budak2 Tadikanya.

Penyeludupan kanak-kanak...
Yg aksi Oultramen tu mungkin anak sedara bloger  Hamzah Lan...


pssttt!! Cantek weh cikgi yang tudung hijau tu... nasib aku dah kawen!! kalu tak mau aku suruh Bangla aku jadi Tok Kodi!!
Melayan kerenah kanak2 adalah salah satu Xtvt yg paling aku suka...

Kasihan mereka, makan melata.. Nnt Uncleseekers sediakan meja yer...
Hahaha.. tadi Uncle saja bawak nai lori, kini masanya Uncle nak pedajal korang!!!
Kalu masa pergi Uncle suruh Raduk air, nnt korang tak mau pergi...
Jangan bimbang, Slab itu mmg dibina untuk lintasan kenderaan berat.. jadi iaa sangat KUAT!!


Ok hati2 yer anak2 ku... ini pemerhatian kena betul2 jaga..


Ok, say peace...

Perkelahan Hujung Minggu..

Selalu jugak aku buat perkelahan keluarga disini,
Kadang2 kawan2 aku call cakap nak bawak anak2 diaorang mandi sungai, 
Memandangkan kawasan ini tidak tercemar & tidak berebut2 dengan pengunjung luar maka ia menjadi destiinasi impian.

Ada jugak pengunjung2 tetap dari luar yg dah ambik no tel aku utk nak menumpang teratak  lain2 kali.. bila mereka pergi bersama keluarga..
Teratak Daku masih tak siap.. alah, kat kebun nie asal ada bumbung oklah...
Aku tak boleh Invest banyak sangat kat sini sekarang..
nnt aku short modal pulak.. pelan2 aa..

Adagak luncur air kat sini... mak bapak boleh pantau dari atas.. yer..

Ok tak perlu tiket untuk meluncur.. cuma perlu beratur...


Aku nak buat kolam tambahan..
Yer ini salah satu kes dera...

Aktiviti Memburu...

Ok tempat ini juga sesuai untuk xtvt memburu.. Cuma pemburu berlesen & bertauliah sahaja dibenarkan..
Selalunya Bulan 6-8 ada keluar licen memburu Pelanduk.. so aku baru pergi 4 kali bulan 7 & 8 ituhari.

Ini gambar rusa yang diburu pada tahun 2008. Setiap bulan November, perhilitan akan mengeluarkan licen memburu rusa.. tapi tahun nie dibekukan. tapi ini gambar dekat Pahang..














Gambar tiada kena mengena... cuma ini gambar Masa MAHA 2008, aku bersama Kowboy, lepas tengok koboi, habis Lembu aku gusti masa balik kampung.Bahaya budak nie mudah terpengaruh...



 Oklah kawan2 kalu korang nak tumpang BerBBQ or picnik kat kebun aku just let me know.. tiada charge dikenakan.. sekadar beramal untuk kesejahteraan keluarga korang semua...

Aku dah nak balik Muar, Apa? MUAR?? bukan kah bloger molmolla ada di muar sekarang? ehem2 boleh ajak dia deting..
Kring!!Kring!!
" Hellow, molmolla ada?"
" Dia tak ada, baru keluar dengan Ahjusi.."
"Erk!!" :))

Dua hari di Kampung jadi aku tak boleh Update blog, kerana BERUKBAND tak berapa ada line.

Til Next Entry
-Tuan Din-

5 comments:

  1. hahahaha part beratur untuk meluncur tu lucu..hahaha

    ReplyDelete
  2. Huh! lucu? itu serius tu.. nnt kang berebut kang jatuh!!

    ReplyDelete
  3. tuan din:mana gamba2 itu BBQ itu hari?nak tgk sket..

    ReplyDelete
  4. Suka gila sama ini entry. menyesal tak baca dari awal. Suka sebab: ada percutian free.. Hehehe
    "Abang D, jom pergi kebun Tuan Din...."

    ReplyDelete