Macam nie ceritanya, dulu semasa pembentukan Tanah Melayu semua Raja2 dipanggil dalam satu mesyurat untuk pembahagian kawasan jajahan takluk... makakan Raja Pahang pada masa tu sangat suka memancing & juga seorang yg pemalas dalam bab2 nak kena ke buat kerja nie. Ha! korang tengok!! sebab tu orang pahang terkenal dengan Ikan Patin nya... sebab dari dulu lagi Raja kami mmg suka memancing.
Dalam mesyurat Raja2 yg pertama tu diorag setuju utk buat 'Survey' sendiri kawasan2 yg mereka mahu dalam masa 1 purnama... Tu masih guna purnama tu punyalah lama cerita nie. Korang taulah kan masatu mana ada Theodolite, GPS bagai, semua kena tarik pakai rantai kena rintis / menebas hutan buat laluan bagailah... Maka dengan selamba Gajah nya Raja Pahang cakap aku malas nak pegi ukur, korang pergilah. Nanti balen2 korang ukur tu bak sini bagi kat aku...
Maka semua Raja2 pergi ukur kawasan masing2 kecuali Pahang sibuk bersiap nak pergi memancing.
Maka berbagai2lah kisah Raja2 nie berjalan meredah hutan, paya untuk menebas dan menanda kawasan... Sambil bertitah lah Raja2 tersebut kepada Bendahara mereka...
Fakta 1- Sempadan Mersing-Rompin
Raja Johor : Beta rasa dah jauh sangat kita menebas nie, dari JB sampai ke
Mersing nie pun beta rasa dah tak habis keturunan beta makan..
yg BELEN tu kita bagilah kt Pahang...
Bendahara : Betul Tuanku, begitulah eloknya..
(ayat org pemalas nie... kalu tak dia yg kena menebas)
Raja N9 : UUmak ai, dah nak mampuih dah den menobeh nie,
Eden menobeh banyak2 pun esok bukan
dapek kat anak2 den tanah nie. Alih2 dapek kat Undang
lain pulak!! Biarlah BELEN tu bagi kat
kesian pulak dia nnt tak bertanah...
Bendahara: Betul Tuanku, Begitulah eloknya..
Fakta 3 - Sempadan Genting -Gombak
Raja Selangor : Beta rasa cukuplah sampai kat sini kita ambik (kaki bukitGenting),Yang kat sini pun beta tak tau nak buat apa
atas puncak bukit nie, nak jalan kaki pun susah, esok
macam mana nak naik kereta. Hahaha! BALEN tu kita
bagi ajelah bukit2 yg tak boleh pakai tu kat Pahang!!
kesian dia nnt tak ada tanah!!
Bendahara : Betul Tuanku, Begitulah eloknya..
Fakta 4 - Sempadan Tapah - Cameron Highland.
Raja Perak : Ok semua Hamba2 ku cukuplah sampai kaki bukit nie kitaambik, BALEN tu kita bagi kat Pahang.itu puncak gunung
tu nak buat apa? Harimau pun tak larat nak naik bukit tu...
lagipun nanti kesian Pahang tak da tanah pulak..
Bendahara : Betul Tuanku, Begitulah eloknya..
Fakta 5 - Sempadan Gua Musang - Lipis
Raja Kelantan : Ambo raso cukup doh negeri ambo nih, besa doh negeriambo nih.. tu Bukit batu kapur tu nok wak gapo?! Kiro
kito bagi duolah bukik tu denge Pahe... Hok BALEN tu
buhi ko dio Nyanyo ko pahe lamo kee takdok tanoh!!
Bendahara : Betul Tuanku, Begitulah eloknya..
Fakta 6 : Sempadan Kemaman - Cherating
Raja Pahang sedang mandi manda di laut Cherating bersama gundek2nya ( nak satu), tiba2 perutnya terasa sakit hendah berak.. ( Hah engkau!! Berak tu, aku tak tau istana cakap apa) diapun masuk ker dalam hutan melpaskan hajatnya. Tengah duk syok2 meneran, tetiba buntut dia nyaris dilibas oleh parang hamba2 Raja Terengganu yg sedang menebas..Raja Pahang : Hoi!! Korang buat apa kat sini?
Hamba T'ganu : Menebas untuk tanda kawasan ngeri Tuanku.
Raja Pahang : Kepala Hotak engkau, ini Bilik air aku lah nie, inilah tempat
mandi & berak aku!! Pergi panggil Raja engkau!!
(tengok punyalah pemalas, sampai bilik air belakang umah
ngkau pun orang kebas!!)
Raja t'ganu : Assalamualaikum, Bro... ini kawasang mung ker?
Sorryahhh (sila pendekkan lidah utk sebut 'r')
aku dop perasang, rolik sangap menebah, kabo2
jauh doh masuk kawasang mung... pah gak
takpee ahh kirre (sekali lagi pendekkan lidah)
Kawang ambik sapa sini jah ahh... Hok BALEN tu ambik
ko mung..
Maka pada Mesyurat Raja2 yg ke2, dibentangkan segala Peta2 yang telah di ukur oleh Raja2 Tanah Melayu.. Dengan muka selenganya Raja Pahang berlenggang tannpa membawa sebarang Dokumen atau Pelan... TETAPI, alangkah terkejutnya bila dicantum2kan Peta negeri2, yang BALANCE nya adalah negeri PAHANG tercinta ku, merupakan negeri paling besar... Maka dengan muka Riak & bangganya Raja Pahang belanja Teh Tarik Mamak pada Mesyurat Raja2 tersebut...
Hah, tengok, korang percaya tak?? nnt aku cerita lagi pasal bendera pahang yg kaler hitam / putih tu pulak... lagi sardis kisah nie... peristiwa nie berjalan pada masa Raja yang sama... Kalu Sultan Pahang baca nie mau kena Double Sided Pelempang ngan Sultan aku nie...
Akhir kata, AMPUN TUANKU!!! Mohon patik harap diampun.. patik mohon ampun diatas cerita dongeng lawak jenaka ini. Ini adalah rekaan patik semata2.. AMPUN TUANKU!!!
Hahaha cerita dongenglah... Yang korang pecaya tu apa pasal..
Till Next Entry
-Tuan Din-
salam ziarah tuan din...
ReplyDeletesinggah sat kat sini....
ReplyDeletememang harus kau kena pelempang ngan Sultan kau okkkkkkkk.
ReplyDelete@ adinda Amy Sensesi
ReplyDeleteSalam... jemputlah singgah... nnt lalu sini singgahlah lagi...
@ y.a.n.i.e B.G..
ReplyDeleteSilakan2... makanlah aper yg ader jer... maklumlah rumah baru, tak banyak barang.
@ green apple
ReplyDeleteD, mau jadi tukun kat laut cina selatan aku nie lepas kena Double Sided Pelempang dari Sultan aku... nie tengah cuaklah nie... lagi mau tulis pasal bendera...!! Kau Berani?!
mau terlucut kerakyatan pas nie....
ReplyDelete@ kasihshawl
ReplyDeleteerk!! habistu kenalah sy mohon kerakyatan Papua Newgine macam nie... Ampunnn Tuanku!!