U pollo, I pollo... Kompem!!

Thursday, December 23, 2010

Day 1 : Aku Jadi KATAK SPECIMEN...

      8.00 am aku dah tercongok dekat kaunter daftar kemasukan Ward. Orang No 1.semangat tak hengat...
9.03am sejarah tercipta, aku dimasukkan ker Ward setelah berumur 33 tahun.Aku di diagonas dibawah katogeri 'Sport'. Huh, macam atelitlah sangat... yerlah dalam 54 pesakit dalam Unit tu, nama aku sorang jer dikatogerikan sebagai 'Sport' maka berebut2 Nurse2 & student2 nak amik Autograf aku.. hehehe yg nie aku berangan...





Gambar : Tengok tu... Sport yer... Exceli aku kena nie time wakil Argintina masa Worldcup 2006, bertembung dengan Owen.. tapi aku di diskriminasikan...


 Gambar : Orang eksited masuk hospital buat pertamakali...

   10.00 am tak der sorang pun Dr datang Entertain aku. Aku tengok Apek katil depan aku nie kejap2 Dr dtg tengok, mentang2 dia pakai Oksigen kat hidung... ada tu pulak sampai 2 orang Dr pelatih Amoi duk lepak2 borak kat tempat dia lama dowh.. jeles aku kat apek nie.. nak jer malam nie aku ambik bantal Pekup Muka dia kasi mati lemas baru padan muka...  barulah Dr2 pelatih amoi yg comel2 tu datang kat aku pulak esok. hehehe Keji betul aku... eh apa nak heran, berapa ramai manusia berbunuh2 sebab jeles tau??? apalah sangat takat nak tambah sorang lagi.

   Kul 10.30 barulah sorang DR pelatih lelaki (cheh!! Bila time aku jer Jantan yg datang!!!) cakap nak tengok condition lutut aku. Dia cakap kat sini kurang Sport case. maka disuruhnya aku Gohead Gostan, Gohead Gostan macam lori nak test JPJ tu...

  Kul 12.00 datag pulak DR pompuan nak cucuk tangan aku nak amik darah & nak pasang jarum Drip tu. hehehe apa lg mengada2lah aku..


Gambar : Kalu dia pasang nie dekat belag tapak tangan... boleh aku jadi Spiderman, tapi dia pasang belah atas... jadi terpaksalah aku jadi Spenderman...

Dr :  Saya nak cucuk tangan, tahan sikit yer...
Aku : Aduh!!! akitttt

Cheh aku tipu lagi. sebenarnya dia cakap gak yg kejap lg nak bawak aku ker bilik apa tah aku tak berapa jelas... sekali dia bawak aku masuk satu bilik tu.. aik macam pelikk jer, bilik rawatan mana ada sofa-sofa bagai... aku tengok 4-5 orang Dr pakar berstatus Prof tercegat kat bahagian depan sofa & dalam 5-6 orang lagi duduk di kerusi belakan sofa.. sekali aik, ada LCD pulak?? ini bilik Konfrance room diorang!!!  rupanya diaorang nak buat aku jadi bahan Ujikaji tuk DR2 yg nak jadi Pakar kot.. sekali lagi aku disuruh Gohead Gostan macam lori test JPJ tadi...sekali lagi malang bagi aku sebab Dr tu lelaki!!!  habis kain aku kena selak macam Bangla pintal kain kat pusat tu...

      Ketua unit Ortopedik tu explainlah sikit kat aku yg diaorg nie ada Exam & nak dapat Sport case cam aku susah... kebetulan lutut aku semua Case ada... Legamen yg Putus terus ada & legamen yg koyak rabak pun ada... Tu Maniscal pun kena repair ketiga2 keping..

  Petang pulak tetiba ada dispeacth datang hantar tongkat baru kat aku, siap berbalut & ada nama aku lagi... Aku tolak cakap mana ada aku order. dia check mmg nama aku... yerlah aku bukan Orang Kerajaan yg selalu dapat Hadiah2 nie.. mana ada Kontraktor nak bagi hadiah kat Kontraktor kan?? rupa2nya Present dari Syarikat pembekal tempat aku beli Skrew2 lutut aku nie... Cheh!! hadiah konon!!! memanglah korang boleh kasi hadiah... habis korang jual 4 biji skrew sebesar skrew Jam tu pun RM12,000.00 kat aku!! takat Tongkat sakti nie tak jejas 1% pun dari 1000% keuntungan yg kau sembelih aku!!!


Gambar : Tongkat Sakti, Hadiah dari Pembekal Skrew RM12K

   Memandangkan Esok aku orang no 2 yg akan dibedah. Dalam pukul 1.00 pm kot turn aku. jadi...  Petang tadi seorang lagi Dr lelaki india (itulah tak der ker Dr2 amoi nak pakai aku nie..?) datang layan cukup punya baik, tanya khabar, amik statement bagai & rupa2nya  nak pakai aku tuk Exam dia esok, katanay Croud dia lagi ramai dari yg Pagi tadi... alamak kalu pagi tadi 15 orang esok berapa pulak...? Aci tak kalu time dia suruh aku Gohead aku mintak singgit, pastu aku berenti... bila dia suruh Gostan aku mintak lagi singgit... Wang tarak kaluu lori takmau jalan.... boleh ker camtu??

   Aku rasa sangat rendah diri sekarng, aku dah macam KATAK SPECIMEN untuk ujikaji masa aku Tingkatan 5 Sains dulu... agaknya camnielah perasaan katak tu masa kita orang cucuk sana, cucuk sini kaki dia time tu...itulah bak kata pepatah Dunia nie bulat macam roda... Dulu aku jadikan Katak sebagai Speciment... Sekarang aku pulak jadi Katak Spicemen... huhuhu...

Til Next Entry
-Tuan Din-





Gementar Menghadapi Pembedahan...

   Asalamualaikum semua....
  Fuh! jarang sekali aku memulakan entry dengan sebegini formal. Oklah sebenarnya, ketika ini emosi aku agak tak menentu & bercampur baur. Maklumlah esok akan menjadi sejarah dalam hidup aku. Aku akan dimasukkan ker Ward setelah berumur 33 tahun.. erk 34 thn secara teknikalnya. tapi aku tak mau kawan2 yang busuk hati ngan aku tukar dari 34 ke 43... kalu 33 diorang takleh buat apa2 kan?

 Ok, Actualy aku akan menjalani pembedahan lutut kiri untuk; Repair package 2 of my PCL ligamen atau baikpulih 2 PCL ligamen dan Reconstruction of 1 ACL atau membina semula 1 pakage ACL . Juga akan membuat package 3 Maniscal repair. Kalu tengok pada peralatan yg DR order tu semua org2 Medic terkejut sebab lutut aku konsider Total Lost!! hanya 1 Acl yang tidak cedera... ini semua gara2 Sukan!! atau lebih tepat lagi Bola!!!

   Ok sebagai persediaan untuk ditahan di ward yg semestinya ramai meksi2 comel2 untuk tempoh mungkin 2 minggu aku perlu buat persediaan secukupnya!! ( Erk kalu Meksi2 comel rami aku nak mintak duduk lama sikit boleh?? Makan Free, katil ada orang kemas, Misi cantik2... pandai2 lah aku berlakon sakit tan ni, tang ni, tang tu.. )Termasuk persediaan untuk 'berpantang' selama 3 bulan tak boleh keluar rumah.

   Berikut barang2 yang perlu ada dalam beg aku...yang telah di listkan.  Bantal Busuk Kain Pelikat, baju sejuk, Seluar 3/4 atau dulu2 panggil seluar Hawaai, Towel, Toileteris, (aik?? bukan toilet Hospital dah adakan ker?? Itu TOILET!!! bukan Toileteris.. laa Tuan Din hehehe) sekali.. Bahan bacaan seharusnya aku dah beli. Antaranya yg aku dah beli 6 bulan dulu tapi tak sempat habis.. Sebenarnya sekarang aku ada problem dengan Otak aku yg tak boleh generate Bahan Bacaan, ini aku perasan sejak 1-2 tahun nie (aku tau puncanya). Aku mudah LUPA!! kalu aku baca buku ms 2 aku dah lupa pulak kisah ms1, terutamanya kalu melibatkan teknikal cam Politik & Ekonomi.. sebab tu niat aku nak sambung Master terpaksa aku tangguh... tu yg susah tu... antara buku2nya adalah...

 Ok. Buku ini sangat menari!! Penulisan dia jelas & mudah difahami. Seorang Penasihat Ekonomi PBB & satu2nya Penasihat yang disambung kontrak oleh PBB pada tahun ini. Bab dia pula pendek2 so I loike.. tapi dah 6 bulan aku beli tak habis2 lagi!! see loser gila aku...

 Buku nie aku beli kerana didalamnya penuh konterversi, synopsis yg aku baca tentang kisah2 pemerintah2 yang telah membelanjakan duit di zaman pemerintahannya. Pernah diharamkan pengedarannya di Malaysia satu masa dulu.
 Yg nie aku dah lupa bila aku beli. sinopsisnya pun aku lupa. Pastinya tajuk itu membuat aku tertarik dan tak kan aku beli buku by cover jer kan.. mesti sebab aku dah baca sinopsisnya. Mungkin ini membuktikan kecintaan aku pada Malaysia tanah airku!!!

 Ini antara Meg yang aku langgan. Banyak lagi Mag lain yg aku baca. Antaranya Dewan Ekonomi, Dewan Masyarakat, Rapi, Harmoni & InTrend. Cuma yg nie Aku baru beli tadi tuk keluaran Januari 2011.

Dan ini semestinya Netbook aku untuk aku berhubung dengan dunia luar nanti... Pastinya ini Menjadi teman setia aku nanti untuk sehingga habis 'pantang' nanti... Dan ianya juga antara sebab aku membuka Blog ini... Hope korang sudi menemani aku di atas katil nnt...

Lagi.. apa lagi yg aku tak prepare....

Damn!!! Mana aku punya semua dokument2 nie? nai atas tengok dairi tak ada, geledah Keta tak ada, geledah mini opis tak ada.. sekali aku menung2... pikir2.. maklumlah aku pelupa sikit...

      Sekali SHIT!!! aku tertinggal Mgmt Diary aku dalam keta member aku semalam!! Argh!! Parah!! Esok Pagi2 dah nak kena Check In kul 8 pagi. Kad Hospital, Surat Checklist, Resit beli Skrew , Quotation pembekal peralatan pembedahan.. semua aku kepilkan sekali... Aku Call member tu tak angkat!! parah!! aku SMS tak berbalas, sekarang dah 11 malam. Kalu ada keta dia jauh kat Kajang or KL Argh!!
Parah aku nie!! Argh!! biarlah esok pikir!!!

Til Next Entry
-Tuan Din-

Tuesday, December 21, 2010

Hilang Disorok Bunian..

  Huh!! ngam2 seminggu aku tak updet Blog!! Baca pun tak sempat.
Selasa lepas aku tergesa2 balik ker kampung di Pahang gara2 nak layan kerenah
anak2 buah dengan hobi baru mereka. Punyalah gelojoh anak2 buah aku tu.. setengah jam selkali telepon..aku nie dahlah lalu jalan yg banyak hutan, gunung ganang bagai...

  Ngam2 aku sampai kampung, badan dah rasa lain macam. Ingatkan nak balik hari jer.. yerlah takat Drive 2 jam setengah tu, apa ada hal nak balik hari.. tapi baju spare mmg aku sentiasa bawak dalam beg sukan aku...
Tetiba badan aku rasa seram sejuk, seram sejuk..

  Oklah berehat sikit dulu, kang lepas Magrib aku bertolak lah balik Shah Alam... Sekali Bila magrib menjelma, aku rasa badan aku sejuk yg amat sangat.. tak tertahan2.. sumpah, aku tak pernah rasa sejuk yg macam nie.. time aku mandi aku siap meraung kesejukan...

  Lepas mandi aku cancle balik KL. Call bini cakap esok pagi aku balik.

  Sekali malam langsung tak boleh tidur.. sekejap sejuk sekejap panas...kejap menggigil kejap berpeluh... aku nak lelap mata jer seolah2 aku bermimpi di awang2an...

Sekali aku Demam da... perghh mmg tak pernah aku kena demam yang macam nie... Aku betul2 Flat 3 hari tak leh bangun.. asal bangun jer rasa berpusing macam mabuk... perut pulak memulas2...

so sebab itulah aku menghilang selama seminggu nie... Khamis nie pulak masuk hospital cozz nak Operate lutut... Major Reconstruction of ACL, Pcl & Maniscal.. harap ketemu lagi..

Til Next Entry
-Tuan Din_

Tuesday, December 14, 2010

MAK!!! Dua Hari Berturut2 Aku Nampak Hantu! Nyaris2 Aku Kena Cekik!

     Korang Percaya hantu tak?  Korang pernah nampak hantu tak? Korang pernah kena kejar hantu?
Tah apa punya hikmah disebaliknya tah, minggu nie dua hari berturut2 aku nampak hantu!! Gila takut wei...

Ah aku tak tau nak gambarkan lebih2 korang tengok gambar nie, gambar nie diambil di Kota Lama, Johor...


Gambar : korang nampak apa2 tak?

 *

*
Tak nampak? Cuba tengok betul2..

*

*
Ha nampak? Tak nampak jugak? Tenung betul2...

*

*

Kalu tak nampak jugak... mai sini aku nak bagitau..,
Gambar tu adalah gambar kapal terbang yang diambil pada waktu malam... 
Lain2 korang jangan carilah sebab malam kan, yang nampak pun cuma lampu kapal terbang 4 biji tu jer.


    Memang aku nak cerita yang dua hari berturut2 aku nampak hantu kat Bukit Raja Kelang. Hari pertama tu aku tengok hantu NGANGKUNG! hari semalam pulak aku tengok HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH!

   Gila full house panggung dua cerita nie, maunya boleh Pecah Panggung RM40 juta neh!! dari khamis lepas aku g panggung nak tengok ngangkung tapi hampa, semua cerita tak ada, alah aku ada  cerita kat
entry ini (Klik).

   Lepas hampa hari sebelumnya, sabtu aku nak tengok Hantu Kak Limah... tapi habis, alih2 ten gok jerlah Ngangkung, So semalam aku repeat lagi nak nengok Hantu Kak Limah... sebab orang cakap kelakar... Aku mmg tak suka kisah2 hantu nie, sebab aku tak suka orang taksub sangat, tapi kalu hantu komedi nie aku layan...
   Masa dah sampai  bukit raja tu Kak Sue kau tanya aku...

Binik Aku   : Abang dah booking ker?
Aku            : Tak, alah hari Isnin tak ramai orang...
Binik Aku   : Abang jangan... kalu tak dapat tiket kang Ayang cekik abang!!
Aku            : Hehehe

Sampai Kat Panggung, tengok skrin, HKLBK 'Full'..

Budak Baik : Erk! Bang cerita Hantu Kak Limah ada?

Budak Jahat : Dah penuh Bang...

Budak Baik   : Release Booking pukul Berapa ( buat2 tanya pulak, padahal dah tau)

Budak Jahat  : Yg booking pun orang dah collect.Abang berapa orang?

Budak Baik   : Enam belas orang! Tu semua yang kat luar tu...
                       Tu apa yang aku nak cakap ler tapi yang keluar kat mulut 
                        aku cuma.....   Dua orang jer...

Budak Jahat   : Nanti saya tengok. (cheh cakap jerlah ada, aku tau taknya
                       rajin ngko nak klik2 komputer tu kalu dah habis.. ngko nak 
                      aku hargai  usaha ngko kan... jangan kencing aku laa..)
                       Erm ada baris depan jer bang..

Budak Baik   : Tengok. alamak baris pertama & kedua jer.. kasi jerlah yang tengah tu..

Fuh!! lega... kalu tak maunya aku kena CEKIK ngan binik aku...

Til Next Entry
-Tuan Din-

Monday, December 13, 2010

kenapa aku tak pergi Blogger Meetup!

     Sabtu lepas rupa2nya budak2 Blogger buat meetup yer kat KL. Aiseyy aku tak dapat infolah pulak. Padahal hari2 aku bukak blog si Jogrimjo tu.. Blog Cik Epal & Molmolla pun aku hari2 bukak.. tapi apasal aku tak tau pulak.

      takpelah mungkin tak ada rezeki aku kot nak bergambar ngan artis.. eh dia artis ker? tah yg aku tau dia glamoor kalahlah takat artis suam2 kuku tu... sapa lagi kalau bukan cik epal... Yang kawwan2 aku jumpa kat Futsal ituhari pun ada, Sickchild72 antaranya.

  Oklah aku pun sebenarnya ada xtvt lain hari tu.. teman kawan aku nak bawak anak dia berkemping kat kebun aku, ada yg datang dari Segamat, dan KL.. yerlah kalu dah namanya budak2 kan mesti bawak mak bapak sekali...



Gambar : Mimim (yg kecik) merupakan pengunjung tetap kebun aaku setiap[ kali ada Kemping. Yerlah dah bapaknya pun masuk syer kitaorang sewa satu lot lain buat kebun.

 Gambar : bila malam menjelma, Khemah2 & buaian tidur dah ready.
 Gambar : yang tua berborak hal2 semasa.
 Gambar : tak nampak pulak gambar budak2 main pasir kat hujung tu..
 Gambar : xtvt mencabut bulu ayam untuk 'kenduri' sambil meratah betik..
 Gambar : ternampak pulak tangki jamban.

Gambar : aktiviti biasa.. Riadah kebabommm

Till Next Entry
-Tuan Din-

Friday, December 10, 2010

Leano Messi baca Blog aku...? ker Maradona? or Philip Lamp

  Huh, sejak minggu lepas, aku taruklah Counter untuk melihat bilangan pengunjung di blog aku...
Duhh jakun nya jangan ceritalah.. kan aku budak Buta IT.. jadi tak salah menjakunkan diri kan.

     Seronok betul bila kita boleh tengok mereka2 yg view Blog kita nie kan? ah aku silap ceritalah... Yg seronoknya kalu blog hina dina macam aku jer.. kalu yg macam Green Apple , cik epal,  Joe, Ben Ashaari  & lain2 yg top tu apa dia heran... tah2 orang kat bulan pun tengok blog diaoran... Habis korang bayangkanlah kalu sehari trafik sampai 4, 5 ribu... aku plak dah masuk bulan kedua pun masih boleh kira ngan jari... Jari lipan lah... korang tau jari lipan ada berapa?? Haa tulah korang, tak suka membaca. Jari lipan dibahagi kepada 2 kumpulan... Kiri & kanan.. Hahaha aku pun tak tau doww..

Gambar : Baju Argeintina aku tergantung di atas House Boat di Kenyir. Masa nie ada game World Cup Argintina lawan mana tah...


    dari apa yang aku tengok kat Counter tu, ada seorang Viewer selalu bukak blog aku dari Argentina... aku nak sangat tau siapakah dia... tolonglah komen kat blog aku perkenalkan diri.. kerana saya sangat muskil sekarang ini... Memanglah pasukan Pilihan Worldcup aku adalah Argentina sejak 1996 lagi.. tapi aku tak pernah pulak bagitau kAT Marodona, Ortega, Lamp, messi yang aku sokong diorang...

     kalu sedara mara aku? mana ada, kalu pengunjung dari Cairo tu mungkin jugak. nie tah aku pun tak hapal peta Argentina tu kat mana dalam Globe tu...

    Oklah wahai pembaca setia blog aku dari Argentina, terima kasih diatas kunjungan anda... saya amat2 hargainya... silalah tinggalkan jejak anda.

Til Next Entry
-Tuan Din-

Thursday, December 9, 2010

Potong! Potong! Potong! : Nostalgia buat semua Lelaki-Lelaki Macho Di Luar Sana.



   AWAS!! Entry ini terdapat unsur2 Ganas, Lucah dan Perkauman yang MELAMPAU!!
 diklafikasikan sebagai 
81SG, 81SX & 81PG.
Ha kalu ada budak2 'U' tu nak tengok, sila dapatkan kebenaran ibu bapa walaupun Universiti anda sedang Cuti semester!!

   Walaweiii... pada semua lelaki2 Melayu or Muslim, Korang mesti terimpau kembali kenangan2 Bersunat kan?? Yerlah Muncung yang ngko pegang  (tak kiralah atas apa tujuan sekalipun!! muhahaha)  hari2 selama nie hendak dipotong sewenang2nya oleh Doktor or Tok Mudim kan??

  Aku bersunat tahun 1988 di Kampung Awah. Apa?? Kg Awah? yg dekat rumah Siti tu kan... Yerr, yer.. masa tu Siti Nurhaliza sedang giat menjaja kuih sambil hingus meleleh2... (Sumpah kalu aku tau dia cantik macam sekarang!!! lepas sunat jer aku terus ajak kawen.. (padan muka Datuk K)  nak buat camana kan.. tak der jodoh...)

  Macam2 petua, pantang larang yang kita kena buat kan..? Maklumlah zaman dulu lagi Ortodok dia punya petua2 semua nie.. kalu aku amat2ti balik petua2 tu sebenarnya ada Hikmah atau maksud disebaliknya tu...

   "Orang bersunat tak boleh langkah taik ayam nnt bentan" Yerlah cuba korang bayangkan kalu nak kaitkan Konek kau dengan Tahi Ayam? mana ada kaitan pun kan? aku pikir punya pikir baru aku tau kenapa.. Masa kanak2 kat budak lelaki nie degil sikit, lepas potong, esok dah nak merayau tunjuk HERO, jadi org tua2 tak mau kasi kita keluar rumah keluarlah idea tu...

  "Budak2 belum bersunat tak boleh makan pedal ayam nanti belalai keras susah nak potong" ayam lagi?.. padahal yg nak kena potong tu Burung?? knape ayam gak dapat nama?? ahh lantak lah.. ok pantang larang nie pulak sebenarnya kan ker ayam tu ada satu jer pedal? bukan kah pedal ayam tu sedap?! sebenarnya untuk mengelakkan anak2 berebut nak makan pedal sampai gaduh2 nnt makan ati pulak kalu mak bagi pilih kasih, dan mungkin jugak Mak / Ayah tu yg nak bedal pedal tu!!! muhahaha 

   Cuti sekolah tahun nie aku tak buat apa2 xtvt bercuti di KL tuk anak2 buah aku sebabnya....?
TADAAAAAAAAAAAAAAAAA lihat kronologi2 dibawah!!
jangan lupa lihat juga sesi Pedajal yang aku kenakan anak2 buah aku...


   


Sesi Doa Selamat & 'pengantin' memberi sumbangan pada tetamu.
p/s : untuk menqambahkan lagi semangat Yoi, maka dipakaikan baju Read
       Worrior!!  Worriorlah sangat kan...

Sebelum : Pasukan2  nya.. nie semua sepupu sepapat dia...
dari kiri : Amir, Yoi, Ikhwan (anak angkat aku, baru bulan 4  masuk 'Melayu'),
             Long, Boboy & Faiz..

Peserta pertama...

Selepas : Ikhwan & Yoi,

 Kerana masalah Ward penuh, 3 kat rumah Nenek bawah (Mak Aku) ,
3 kat rumah nenek atas. diaorang cakap kat rumah nenek bawah Ward VIP... 
VIP yer.. nnt kau aku pedajal!! hehehe (gelak hantu)



Kakitangan2 'Ward' sedia berkhidmad. Kakitanganya seperti berikut"

Dr                   : Pakcik(aku) & Pok De (lantik aku jadi Dr yer... hehehe
                         (gelak hantu lagi)
Sister               : Nenek.. (mmg duduk jer bersila kat penjuru ward tu...)
Nurse              : Mok De & Maya
Student Nurse : Nisa (Anak angkat aku, kembar si Ikhwan tu)
Chef                : Mak Andak
Mantainence    : Fahmi (alah takat nak repair2 PS2 & nak tukar2 CD PS2
                          kau bolehlah...)



Dua orang Nurse memberi layanan VIP.
 


Ha nie Studen Nurse tu, Nisa tukang hulu2 air, biskut & ubat. Wahh kau Yoi & Long.. mentang2 studen Nurse Comel, pantang orang tanya Sakit? Terus Geleng sampai nak terseliuh leher..



 Menunya adalah Ikan Bilis Goreng tanpa minyak & Ikan Haruan masak Stim. APA?! WTF masak stim.. mana aci, aku dulu Haruan bakar jer.. keras macam makan Taya keta doww... serius keras aku tak tipu..



Hahaha sekarang sesi PEDAJAL aku nak kenakan korang!!! eh aku Dr kan? Nasihat Dr korang kena ikut.. maklumlah, nnt lambat sembuh!! hahaha saksikanlah... tapi janji korang jangan gelak eh...

jeng!


jeng!


jeng!!





 HaHaHa!! aku cadangkan serkup 'burung' tu guna mangkuk plastik supaya tak lah diaorang asyik panggil aku jer suruh bela kain...
Bagi mengelakkan diaoran nak berjalan lepak tangga bagai, aku kasi ikat pulak kain pelekat tu pada railing langsir,
Nak kasi Kejung lagi dia orang, aku kasi pin kaki kain tu biar betul2 kain pelekat tu jadi kelambu...

P/s : sebenarnya aku buat semua nie saja nak timbulkan Nostalgia pada diorang nanti.. seronok doww kalu diingat2 kan kembali bila time diorang nak sunatkan anak2 diaoran nanti...
Til Next Entry
-Tuan Din-

Tuesday, December 7, 2010

Alahai Abang Haji oiii...

     Ini cerita lama, cuma kali nie aku tak ada idea nak tulis entry apa, so aku hentamlah henjut cerita lama. Cerita nie berlaku dalam minggu yang sama...

Kes pertama;
Kejadian sewaktu balik dari Kampung semasa Raya Haji itu hari. Kebetulan malam tu Tol Kl-Karak Jem sikit. Maka pesta poton Q pun disambut dengan meriahnya... Aku mmg pantang kalu orang potong Q nie.. tetiba zuppp..., kereta Cilok depan aku, kejap lagi, zuppp lagi..

Suami Baik : Lahanat!!! Bangang!!! Kap Lam Ya Nga!!. ( unsur2 yang tak 
                   dapat disiarkan...)

Isteri kpd Suami Baik : Sabor bang.. hahaha sabor hehehe 

Suami Baik : Hoi Bngang!!! Aku langgar kang!! (sila sebut TUT... sahaja)

Isteri kpd Suami Baik : Ha.. Nah pakai nie... (Sambil ambik Kopiah aku 
                                  yg terselit kt pintu kereta & taruk kat kepala aku..)

Suami Baik : Masyaallah... Toyyippppp...(menyesal atas keterlanjuran tadi..)

Isteri kpd Suami Baik : hahahaah Sabor yer Abang Aji...

Suami Baik : Silakan, silakan... (sambil pelawa kereta sebelah mencilok)
                     (Adengan ini berterusan sampai ker Shah alam... Toyyippppp)

Kes Kedua;
Sambungan dari cerita pertama. Sampai di shah alam, agak awal. Tak terus tuju ke rumah. Aku amik Phone call Geng Seram, kot2 boleh minum2.

Rakan yg Baik : Hello Mashmellowww....Assalamualaikum 
                         Warahmatullahiwabarakatuh... 
                         nie Haji Din bercakap. Yani kat mana?

Rakan Budak Baik : Oh yer Haji Din ada apa?  hahahaha (suara gelak 
                              ketawa makin kuat termasuk dari suara2 background) 
                             Yani kat rumah Lin nie... Haji kat mana? Marilah sini...

Rakan yg Baik : Hahahaha... Oh yer ker? Ok santekk.. saya kat area sini 
                        jugak!! lagi 3 minit saya sampai...

Sampai rumah Lin, kebetulan bapak dia Haji Omar baru balik dari surau.... Aku masih berkopiah Haji,
Lin keluar bukak pintu,,,

Lin : ha elok sangatlah tu, Haji Omar & Haji Din sama2 sampai...

Budak Baik : Erk!! hehehe 

 Kes Tiga ;

Semalam aku dapat call dari Budak Penyewa rumah aku, tapi aku tak sempat angkat & aku lupa nak return call. Pagi nie dia call lagi...

Budak Penyewa  : Helio Asalamualaikum En Din...

Tuan Rumah Baik : Waalaikum salam... Yer ada apa? Sorry2.. semalam 
                               saya lupa nak return cal...

Budak Penyewa : Itulah, semalam saya ada cakap kat budak rumah yg
                          En Din nie susah nak jawab phone kalu hari minggu.. 
                          tak pun entah2 En Din pergi Haji...

Tuan Rumah Baik : Hahahah masin mulut awak, saya nie ada rupa cam 
                              pak Haji ker?

Budak Penyewa : hehehe manalah tau.

   gambar : Haji Tuan Din Bersama Anak saudaranya.. Semasa raya Haji.

Kesimpulan : Adakah musim haji tahun depan, akan sampai seru untuk aku ke sana...?


Til Next Entry
-Tuan Din-

Monday, December 6, 2010

Aktiviti futsal bersama Blogger...

   Futsal? eh betul ker Tuan Din nie? Alah kalu kawan2 aku mesti tak caya kan aku main futsal.. bukan ape korang dengki tu...

   Sebenarnya malam minggu itu hari aku canclekan program nak pergi kemping kat kebun bersama kawan aku layan anak dia dan rakan2 berkemping sempena cuti sekolah. Memandangkan dah ramai orang2 besar untuk pantau, budak2 pulak berumur 15-16 tahu dekat 20 orang jadi aku tak risau sangat.

     Kebetulan pulak aku berat hati kalu tak attend Majlis Konvoeksyen kawan2 aku sebab tahun lepas Konvo aku dioran datang... K.sue pulak aku dah bg green light dia tidur rumah adik dia kat Puncak alam kebetulan baru dapat Baby kelmarin...

    Aku pulak terkontang kanting macam duda mati bini duk rumah sorang2, apa lagi teringat pulak Blogger Joegrimjow buat entry kelmarin pasal nak main futsal bersama Bloger2.. jadi hasilnya...


Bukan calan2 Blogger yang hadir.. Top Blogger  Joe & Ben Ashaari pun ada...

Nie tengah atue strategi nie... aku tak kenal diorang nie... Joe tolong namakan...

Mereka sedang beraksi... aku kat luar jer jadi Pompom girls penyokong jer..
Huh, nie baru Pompom girls... Bloger sickchild72 aku pun baru kenal.
Weh muka dia sebijik macam kawan aku Junn klik ler..

SickChild72 & d geng... time rehat...

Ha.. ini sebahagian darinya.. semua ada dalam 25 orang yang datang, aku yang sebelah Ben tu, badan aku tak besar sangat tau, yg nampak besar tu sebab aku pakai baju besar... 

Kesimpulannya, Futsal malam tu berjalan dengan jayanya. Korang semua nie memang best, aku yang baru sebulan ada blog nie pun rasa macam dah kenal lama...

p/s : tak tau kenapa mutu gambar mlm nie tak cantik. salah setting kot.
        Joe & Ben Ashaari korangamik gambar kat sini tuk blog korang
        sebab aku tak tau nama2 blogger2 nie..

Thursday, December 2, 2010

Membuat dosa bersama isteri...

         Petang tadi aKu membatalkan jadual Gym aku kerana aku lambat balik dari kebun. Jadi dalam perjalanan bali aku tukar plan kepada xtvt berenang di PADE. Sekali hujan agak lebat di sekitar KL. Berenang pun aku cancel!!
        Oh.. rupanya esok aku nak ke Pahang, so tinggal bini untuk 2-3 hari, apa kata malam nie aku layan dia... hamzah lan jangan pikir bukan2! Ngkau tu otak lucah, nnt laju jer ngko menyimpang!! Aku call ajak tengok wayang. Ok set! Tengok wayang jer, tak der   WINDOWSHOPIM!! Windowshopim!

        Lepas makan malam sama2 siap, Kul 7.45 keluar g Bukit Raja, Kelang. Sampai JJ terus g kat TGV. Alamak!! beratur panjang!! Ok tak per, kaunter banyak. Sampai time aku,

Budak jahat : bang nak tengok cerita apa?
Budak baik : cerita Ngangkung ada?
Budak jahat : Habis  bang, semua habis.
Budak baik : Booking punya dah Release?
Budak jahat : belum, kul 8.30 baru Releas.
Budak baik : (tngok jam, 8.15.) Cerita Unstopable ada?
Budak Jahat : Semua habis,
Budak baik: Hai.. semua habis? Cerita apa ada?
Budak Jahat : 2 Alam..
Budak baik:eRK!! (tersenyum sinis..)
Budak Jahat : (pun senyum..)

  Habis semua cerita tak ada (kecuali 2 Alam), aku ker tempat wajib aku, MPH.. belek sana, belek sini.. Banyak buku baru... Buku kisah2 Bloger pun ada? Buku berkenaan Blog2 terpilih (terpilih berdasarkan penulis) Aku  semakin excited, cuba membelek2 lagi, tengok2 kot2 Blog aku pun ada. PANG!!! tersedar diri, blog aku tak sampai 2 bulan lagi daa... Follower pun tak habis kalu bilang dengan jari, Visitor pun kalu nak bilang 1,2,3,4... budak tadika pun boleh bilang ... Hehehe aku tersenyum... bagus jugak kalu taruk Entry blogger2 yang aku follow nie.. dalam kepala hotak terngiang2 entry2 green epal   untuk dimuatkan dalam buku. Boleh gak selit2kan blog aku.. hehehe senyum lagi. Perasan!!

   Jadi, memandankan wayang kansel, aku cadangkan kat bini aku, kita pergi ngeteh kat  ' FOODCOURT BARU'  tu.. Sambil aku ambik order, bini aku sibuk duk perati orang lalu lalang. lepas aku duduk dia cakap.

Bini Aku  : Sekarang nie Rakyat Malaysia banyak yang Obesiti.
Budak Baik : Memanglah, kan isu nie baru keluar Paper last week.
Bini aku : ha tu, tengok tu, tu, tu....
(selepas itu sesi membilang orang2 / kapel2 Obesiti... sambil tengok kerenah manusia..)
Kira buat dosa freelah kami hari ie...

P/s : Dosa kak sue lagi banyak sebab dia mula dulu...