U pollo, I pollo... Kompem!!

Showing posts with label Cerita Ceriti. Show all posts
Showing posts with label Cerita Ceriti. Show all posts

Monday, January 17, 2011

Orang Negeri Sembilan Tidak Boleh Mengetuai Peperangan.

      Pada orang2 Negeri Sembilan... Den mintak maap banyak2... bukan niat den nak menghina & bermusuh dengan korang.. tapi hakikaynya... bacalah sampai habis dulu...  Korang Tengok filem Leftenen Adnan? Huh!! beliau adalah orang terakhir dari Negeri Sembilan (n9) yang menjadi ketua dalam peperangan negara. Sebelum nie orang tak perasan, setiap peperangan oleh Askar Melayu yang diketuai oleh orang N9 maka Askar Melayu akan tewas...

Gambar Hiasan. : Terbukti aku mampu mengetuai Peperangan sehingga membawa kejayaan... aku berjaya mengelak dari terkena sebarang tembakan. Malah berjaya menembak ramai musuh!!! Adakah kerana aku ANAK PAHANG!!! atau adakah kerana aku tiada darah N9?
                                         
 Gambar Menyemak : Pasukan Musuh a.k.a Lauk Pauk aku hari tu... terutama yg pakai Snow Cap hijau tu... adakah Ketua mereka ada mengalir darah N9? 
 P/s :Aku mampu menembak tepat 6 das pada satu tangan snow cap hijau walaupun dia menyorok belakang pokok pisang!!  Fahmi.. Pakcik tau awok baca Entry nie... sila rasa rendah diri sekarang!!! hahahah

  Tak percaya, baca hujah dibawah....
  Korang taukan Seorang Asoka mesti taat & patuh kepada arahan? Even kalu Pegawai besar jatuh cinta kat anggota Wanita pun dia boleh buat bagii anggota wanita itu cinta pada dia.. betul hanya keluarkan ayat " THIS IS AN ORDER!!!" pastu angota mesti kena jawab " YESS SIR!!" heheh korang tengok!!! Psssttt nasib aku tak jadi pegawai tentera... kalu tak maaunya aku dah ada 4 bini... hehehe apa tak nya, asal ada jer new rekrud yg cun, comel, & mantopp!! pasti aku akan keluar order.." WILL U MARRY ME?!!! THIS IS AN ORDER!!!" yang pasti aku akan dapat jawapan.... "YESSZ SIR!!!" hehehe maka.. "aku terima nikahnya... siti nurhaliza bt...."

  Sebab taat pada arahanlah maka ramai yang kecundang dalam peperangan yang diketuai oleh ketua2 dari N9 nie.... korang tau kat mana silapnay... cuba fahami betul2 arahan Ketua ini...

Ketua (N9)  : Anggota2 sekalian, Musuh sudah hampir!! maka bersedialah!!! Bertindak mengikut Arahan!!!

Askar2 : Baik TUAN!!

Ketua (N9) : ok, Bersedia !! mereka dah hampir... SORANGGGGG!!!

 Mendengar arahan itu Askar2 memandang sesama sendiri.. mereka saling tuding menuding jari... maka seorang dari mereka bergerak menuju ke hadapan...

Ketua (N9) : SORANGG!!!
Maka seorang lagi askar meluru keluar...
Maka proses ini berakhir dengan seorang demi seorang askar kita tumpas!!!

    Ini adalah akibat MISSED COMMUNICATION... Ketua suruh SERANG!!! tapi dia sebut SORANGG!!!
sebab tu yang keluar sorang2... maka untuk mengelak kejadian sama berulang, maka anak2 N9 tidah boleh jadi ketua peperangan... Muhahahaha

P/S : ini hanya dongeng semata2 pada orang2 N9 aku mintak maaf kalu korang terasa... aku tau ada gak pembaca blog aku dari N9 macam En. Perghh!! dan Green Apple nie.

Till Next Entry
-Tuan Din-

Monday, January 10, 2011

Argh!! Kau GAY Rupanya...

   No, No, No... 'dia' bukan kawan Mak!! Eh!! pasal aku cakap cam nyah jer nie.. eeeiii tegak bulu roma aku... Sekarang nie org2 kat luar sana sibok pasal GAY Melayu tu... kat sini aku nak cerita sikit kisah Gay.. tapi dalam versi akulah...
    Ada seorang penternak Ayam nie, dia tengah mengeluh sebab Production ayam dia dah slow memandangkan Bapak Ayam dia dah Tua... Sekali dia pun belilah Ayam Jantan Muda dengan harapan untuk meningkatkan production...
    Bapak Ayam Tua tu dah sedih dah... nampak gayanya banyaklah gundik2 dia akan disapu oleh Ayam Jantan Muda tu... Jadi dia tak tidur siang & Malam memikirkan helah untuk mengetepikan Ayam Muda tuh... fikir punya fikir maka dia dapat idea... hasilnya, selepas 3 hari Ayam Jantan muda tu mati ditembak oleh Tuan dia...
    Perkara sama berulang lagi sehinggalah Ayam Jantan Muda yang ketiga ditembak. Maka Tanya Ibu ayam tua merangkap Permaisuri Ayam Tua tersebut.
       
Ibu Ayam :  Apa helah kau sehingga semua Ayam Muda tersebut ditembak?"
Bapak Ayam :"Hehehe (gelak jahat) senang jer nak pedajalkan diaorang nie...
                      Setiap Ayam Muda yan g masuk sini, aku buat perjanjian,
                       akan ada pertaruhan..."
Ibu Ayam : Apa pertaruhannya.
Bapak Ayam : Heheheh (jahat lagi) Sekiranya dia menang pertaruhan ini,
                       dia boleh ambil semua Gundik2 aku kecuali Kau  wahai
                       Ibu Ayam,  itupun untuk stok aku geli-geli...
Ibu Aya : So? (cheh ayam cakap omputeh)
Bapak Ayam : Aku cadangkan, Sekiranya Ayam Muda tersebut dapat
                       mengejar aku dan tindih atas belakang aku sampai kiraan
                      1,2,3, selama 3 hari berturut2 maka aku serahkan semua
                      gundik2 aku... Senangkan..
Ibu Ayam : Then?
Bapak Ayam : Sebab tu Ayam2 muda bersemangat kejar aku... aku pun
                       larilah perlahan2.. biar dia dapat kejar aku...
Ibu Ayam : Jadi kau tak sayang gundek2 kau...
Bapak Ayam : bukan bergitu.. kau lihatlah hasilnya...

Pada hari ketiga dia ulangi mengejar aku.... BANG!! senapang Tuan kita meletup!! lalu tuan kita berteriak...
" Argh!! Kau Gay Rupanya... Kenapalah Ayam2 jantan muda sekarang nie banyak yang GAY?"

Til Next Entry
-Tuan Din-

Tuesday, November 23, 2010

Memey oh Memey : Cinta Itu Buta, Sebab Itu Orang Bercinta Selalu Raba-Raba..

 Pada suatu pagi di hari minggu... Tengah lepak2 baca suratkhabar kat tepi kolam umah aku, tetiba terdengar suara jeritan bak halilintar betul2 kat telinga aku...

BANGG!!!!

Aku neh pun terkujatlah, maklumlah aku bukannya kuat semangat!!!

Aku  : Ehh!! Apapasal ngan awak neh!! Tetiba jer macam Halilintar!!

Isteri  : Nih!! Abg tengok neh!! Nota neh!! " Date with Memey"  (2/7/20..)
(sambil menunjukkan nota yg Seksiteri aku tulis)

Ini confirm jeeles punya kes... dia syak aku ada pompuan kat luar...


Sebagai lelaki yg berpegang kuat pada pepatah " Hero Mesti Tenang!!" otak aku ligat berfikir dalam 'tenang'..

Aku  : Ohh.. itu nama kuda yg abang tunggang semalam! Nama dia Memey...

Isteri : Ermm.. (sambil tersenyum tersipu2 malu..)
Tentulah dia berpuas hati dengan jawapan aku..


                               Inilah Memey aku... ha!!! Manja kan dia nie...?

U see, perempuan nie.. bukan susah sangat nak kelentong!! Asal kita COOL.. sikit, cepat jer dia mintak ditipu!!

 Tapi, ketenangan aku tak lama... Sekejap lepas tu...

BANGG!!!

Aku : Apa lagi!!!

Isteri : Kuda abang telepon!!!

Aku  : Erk!!!

p/s : Lain kali kalu korang nak tipu bini guna alasan lain!! Alasan nie aku dah kantoi!!  :-))

p/s  : korang jangan percaya cerita aku bulat2!! sebabnya aku suka menipu!!!
       Huhahuhahuha

Til Next Entry
-Tuan Din-