U pollo, I pollo... Kompem!!

Monday, October 25, 2010

Uniknya Aku yang dilahirkan dalam tahun 1977 ...

Tengok pada entry aku mesti korang tertanya2 kenapa unik? kenapa batch1977 jer unik? korang boleh jangan garu2 kepala sambil tanya soalan2 kat atas tak?! korang baca dulu penerangan aku sampai habis then korang buat keputusan, betul ker tak apa yang aku labebelkan tentang Batch 1977...

Pertama. - IC
Sapa yang lahir tahun 1978 dan ke atas?? (kasi turun lu punya kepala). aku nak tanya, korang ada tak IC atau orang kampung aku (takut sangat kampung dia tak sama ngan kampung orang!!)  panggil kad pengenalan ( padahal satu malaysia panggil kad pengenalan kan). warna biru yg betul2 warna biru tak macam kad pengenalan sekarang yg warna merah2 kelabu tu walaupun juga dikenali sebagai KP Biru, ada cap jari yang lebih besar dari gambar muka aku masa dajah 6, di kiri & kanan gambar IC, alah senang cerita yang IC bermula dengan no A 3576*** tu.. kalau korang nak tahu, Batch 1977 lah orang terakhir pakai ic tu... ( terasa macam masuk golongan tualah pulak)

Kedua - UPSR
Kalau korang nak tahu sebelum tahun 1978, mata pelajaran UPSR adalah 5 mata pelajaran, tapi selepas tahun 1977 bertukar menjadi 4 mata pelajaran... dan sekarang sudah tukar jadi 5 balik.. (Day... berapa banyak mau tukar daa..). masa tu aku dapat 3A2** tak lah gempak sangat.. cuba kalu 4 mata pelajaran?? aku dapat 3A1* kan nampak gempak sikit... hehehe (padahal tak tau yg 3A jadi 2A jer..)

Ketiga - SRP
Sekali lagi batch 1978 kena guna kepala... Korang ada amik SRP?? kasi geleng lu punya kepala... itulah aku cakap..Batch aku unik.  orang terakhir yang ambik SRP adalah Batch aku... lepas tu SRP dah lenyap...dah tukar Jadi PMR yang tak grand sangat tu.. hehehe. Dulu SRP grand gila, subjek pakai Aggregat.. yang paling bagus kalau dapat  8 Aggregat bermakna kalau dicampur semua  mata pelajaran dia akan dapat 8 iaitu semua dapat Grade 1. Aku budak bijak hanya berjaya mendapat 12 Aggregate ( ceh mesti korang tau aku tengah riak kan) maklumlah aku  merangkap aggregat ke 3 terbaik di sekolah aku.. padahal kalu sekolah kat bandar tu berlonggok2 dapat 10 Aggt. tapi aku dalam kategori luar bandar, bolehlah nak berlagak sikit...

Keempat - SPM
 Kali niew budak 1978 tak payah guna kepala dah, guna mulut pulak!! cuba buat Uuuu... sebab apa? kalau korang nak tahu zaman masa tu  kitaorang tak pakai sistem kiraan markah macam sekarang nie, yang guna berapa A? berapa B? Berapa C?... masa aku kuno dulu guna sistem Pangkat. Pangkat 1, 2, 3 dan 4. akibat dari keriakan aku masa menulis di perenggan atas tadi maka kali nie aku kena menulis dalam keadaan rendah diri kerana aku hampir2 terkucil dari pangkat 2.. yer kalau nak di kategorikan pelajar ikut Pangkat kiranya macamnielah... Pangkat 1 - Anda sangat skema pandai. Pangkat 2 - Anda dalam golongan average / pertengahan. (akulah tu). Pangkat 3 - Anda dalam kategori yang tak tau nak buat macam mana lagidah dengan golongan ini. Pangkat 4(S.A.P) - Anda GAGAL!!! tapi anda ada peluang kedua. Aku sampai sekarang heran, keliru, bercelaru kenapa pangkat 3 yg lebih bagus dari pangkat 4 tak diberi peluang kedua??

Kelima - ITM
Aku tidak mengandaikan yang kebetulan ini hanya untuk batch 1977.. tapi ini adalah kebetulan secara peribadi aku untuk melengkapkan lagi Keunikan Diri Aku. fuh ayat engkau.. cikgu sastera pun bangun bg penghormatan cam nie..  kalau koprang nak tahu, batch aku yang masuk ITM tahun 1996 adalah merangkap Super Duper Senior di ITM semasa pertukaran ITM kepada UiTM.. Masa tu aku berada di sem terakhir ITM teiba ITM telah dinaikkan taraf kepada Universiti.. jadi sepanjang pengajian aku aku belajar di ITM tapi masa aku nak Konvo Diploma, aku Batch pertama dapat Sijil UiTM di 'Majlis Istiadat Konvoeksyen Konvokesyen Pertama UiTM"..

Maka berakhirlah kisah dan keunikan aku disini... Sekian terima kasih...

2 comments:

  1. 1978 here :) saya pakai ic biru tu jgk last time, tp x pasan thn mana last.. btw, salam kenal, i'm a new blogger as well :)

    ReplyDelete
  2. Oic, mungkin u lahir awal tahun...
    Salam kenal jugak.. I pun New here...

    ReplyDelete