U pollo, I pollo... Kompem!!

Sunday, November 21, 2010

Badminton Oh Badminton : Datuk Lee Chong Wei vs Lin Dan

    Sekarang aku tengah tengok perlawanan badminton akhir sukan asia antara DLCW vs Lin Dan.  Debarannya tak ubah umpama Pengantin perempuan di malam pertama!! setakat ini dah masuk set ke 3, dan mata terkini DLCW-9 : LD-18. Keputusannya macam dah boleh dijangka!!

   Pointnya, DLCW memang bukan tandingan LD. Itu kenyataan!! tak taulah aku kalau korang berpendapat sebaliknya. Aku bukan nak kutuk DLCW kerana pada aku dia dah buat yang terbaik,cuma mmg hakikatnya yg dia tak mampu nak kalahkan LD yg juga musuh tradisinya.

      (yer sekarang permainan dah tamat!! keputusan bagai yg dijangka)

   Cuma kalu ingat pasal badminton nie aku tak boleh nak lari dari emosi tentang pemain kita yg bernama HAFIS HASHIM tu!!  aku masih tak boleh nak padamkan ingatan aku pada dia masa perlawanan antara dia dan pemain Jepun dalam Sukan apa aku dah lupa... tapi Rangking dia dan Jepun tu sangat jauh.. dalam 200++ tak silap aku... Korang tengok?!!

    Aku tengok!! Masa tu aku punya hangin!!!  kalaulah TV tu harga RM2, dah lama aku hempok TV yg tak bersalah tu!! apa ada hal esok aku g beli lagi kat kedai 2Hengget yg jual barang harga 3, 4 malah 10 hengget pun ada tu.. (sekali lagi aku keliru dengan konsep kedai macam kes Windowshoopinm!) tapi apakan daya TV tu harga RM2000.

   Korang tgk si budak Hampes Hashim tu main?? COOL.. macam Gampang!! macam tak ada semangat langsung!! macam dia saja nak kasi aku sakit hati!! macam dia nak balas dendam kat aku seseorang. Aku tak taulah kenapa jurulatih masih nak latih dia... Kalu aku jadi Menteri sukan, aku dah tak kira menang / kalah!! yg penting semangat perjuangan... aku sanggup hantar budak sekolah rendah yg semangat berkobar2 umpama  Pengantin Lelaki pada malam pertama!!! tak kisahlah, walaupun kalah sekurang2nya kalah bermaruah!!

   Cukup, cukup, cukup!! Kang habis ayat2 carut yg ada dalam kamus dewan & bahasa aku guna kang tuk luah emo aku kat Hampes Hashim tu!!!

Till Next Entry
-Tuan Din-

4 comments:

  1. @ cik epal
    Kalah lah cik epal...
    Lin Dan tu kuat..

    ReplyDelete
  2. gua jawab soalan lu kat sini eh..

    entry tu silap.. so gua delete..

    entry ke2 tu untuk esok.. silap publish.. hehe

    ReplyDelete
  3. @ Hamzah lan

    ok tq...
    gua ingat blog gua problem beb...

    ReplyDelete