U pollo, I pollo... Kompem!!

Sunday, November 14, 2010

Hujung Minggu di Shah Alam... Lama betul aku tak berhujung minggu di rumah sendiri...

     Secara kebetulan atau memang dirancang, hujung minggu kali nie aku berada di rumah di shah alam. Sejak awal tahun nie asal hujung minggu jer aku keluar dari Lembah Kelang nie... ker Pahang lah yg selalunya.. kadang2 ker Johor... dan mungkin juga ada Xtvt luar...

    Minggu nie aku ada di Shah Alam, baru rasa dapat rehat secukupnya. Malam Sabtu itu hari ada majlis BBQ bersama2 rakan2 Universiti aku. Semalam aku pergi lunch ker rumah adik ipar di Suria Alam sambil hantar anak dia yg aku pinjam malam tadi, utk berkawan dengan 2 orang anak angkat aku yg juga aku pinjam utk week end nie dari mak bapak diaorang...



Erisya,5 tahun. budak bijak mulut kalah org tua, suka ikut aku kalu Weekend. Bab artis2 malaysia nie aku byk dapat info dari dia.

Nie anak angkat aku, Ikhwan & Nisa, 8 tahun. Aku membantu MengIslamkan mak bapak dia bulan April 2010. Pertamakali mengislamkan orang, aku hampir menitiskan air mata bila dengar Ikhwan & nisa mengucap.

       Malam semalam aku dah hantar diaorg balik lepas satu malam tidor umah aku. So pagi tadi aku pergi Pasar Stadium yg dah lama aku tak pergi... Makk ai ramai lah pulak orang, luar biasa pulak ramainya minggu nie. Mungkin diorang nak shoping untuk Raya Haji kot, & mungkin jugak minggu lepas ramai yg balik Kampung.

        Selalunya xtvt wajib aku utk petang hari ahad bila berada di Shah Alam adalah pergi Swimming kat Kolam Cik Ali Pusat Akuatik Shah Alam (PADE). Sebab esok hari Isnin PADE tutup so aku buat xtvt lain pulak petang esok, sama ada minum2 dengan Geng2 Seram aku, pergi Gym or aku joging jer kat Tasik Shah Alam...





                                     Kolam Renang PADE tempat aku jaga kesihatan...
           Kalu korang nak hantar anak2 atau korang sendiri nak belajar berenang, kat sini mmg byk Club yg bagus2. Club Org Melayu kita pun ada... Murah jer yuran dia. Kelas ada sepanjang minggu. Utk Musim cuti mmg ada  setiap hari ada Class... Oklah dah Asar, jap lagi kulk 5.30pm aku nak g swiming...


Til Next Entry
-Tuan Din-

2 comments:

  1. menarik ni untuk belajar berenang.
    huhu~

    ReplyDelete
  2. @ noorafzan
    Yer mmg sangat menarik... ramai jer org dewasa yg kaki keras tu datang belajar kat situ...

    ReplyDelete