ASSALAMUALAIKUM
WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH..
Gambar : Istiadat Konvoeksyen UiTM ke 70... Tanggal 1.1.11 merupakan Tahun Baru dan juga Hari Jadi aku. Sempena kedua2 sambutan yang disambut serentah oleh aku saban tahun nie, aku nak buat satu perutusan. Bezanya tahun nie dan tahun2 sebelumnya adalah aku menulisnya di dalam Blog. Tahun sebelum2 nie aku akan membuat catatan di belakang Diary aku. Jadi ini adalah catatan ulasan setahun hidup aku untuk dijadikan rujukan ataupun peringatan untuk aku. Mungkin Korang akan sedikit bosan sebabnya ia akan meleret2.. dan aku syorkan kepada yg dah mula rasa bosan sila skip entri ini untuk mengelakkan anda cop Blog ini sebagai blog BOSAN.
Oklah, tahun 2010... merupakan tahun yang penuh cabaran bagi aku. Azam aku pada awal tahunnya bertemakan KESIHATAN. Ini adalah rentetan dari pemeriksaan rutin tahap kolestrol aku yang sangat mengecewakan!!! dan tahun ini juga aku dah tamat belajar, jadi aku berazan untuk menjalani Pembedahan Lutut akibat Bolasepak yang tertangguh sekian lama. Maklumlah belajar Separuh Masa di UiTM nie tak ada bezanya dengan Belajar Sepenuh masa... Bermula bulan Januari aku mula menjinakkan diri ke Pusat Akuatik Shah Alam (PADE), setiap hari aku akan usahakan untuk turun ke kolam renang. ini juga adalah persediaan aku untuk Operation lutut. Untuk permulaan, aku berenang separuh kolam, nyawa aku pun tinggal separuh!!! gila weh berenang nie.. Aku kalu joging 400m pun tak seazab berenang 25m nie.. aku gagahkan jugak sampailah genap 50m kira aku dah happy gila dan akhirnya 100m. Bulan 2, semasa cuti tahun baru cina, aku masukkan 3 orang anak buah aku ke Kelas Renang. Strategi aku untuk mendampingi Otai2 kat kelab renang tu & aku boleh gak curi2 Tips semasa memerhati mereka berlatih.. hasilnya mmg berbaloi2.. seorang anak buah aku mampu belajar kesemua Gaya renangan, Gaya Bebas, kuak dada & kuak lentang. Yg 2 org lagi hanya mampu menguasai Kuak Dada & Kuak Lemas jer... Aku? di hujung bulan 2 aku mampu berenang 300m. Jogging & Gym aku pergi jugak kalu ada masa2 terluang... selalunya dalam seminggu adalah 2 kali aku pergi Gym or Jogging. Bulan 3 aku booking tuk Operate lutut, aku dijadualkan operate pada 03.09.2010. Kaki aku kena cukup kuat & besar (berotot) untuk menjalani pembedahan kata Dr. Urusan kerja aku ketepikan( dah 2 kali aku ketepikan kerja), aku share ngan kawan aku untuk menguruskan Site & lain2.. aku cuma membantu dalam mendapatkan kerja & teknikal sahaja. Menjelang bulan 4 aku tetiba dah mampu berenang 600m tanpa henti. Berkat berdamping dengan Otai2 kat kelab tu yg mmg gila layan Iron Man & Trithlon... Aku pun selalu berenang bersama Aqasha Artis tu & Gf dia (masa tu GF lg) yg join group2 Otai nie. Sehingga bulan 8 aku dah boleh berenang 1500m bersamaan 30 laps tanpa henti dalam masa 45 minit... satu pencapaian yg sangat dikagumi oleh aku & Otai2 tu coz aku dah boleh berenang seiring mereka.. tanpa melalui pembelajaran Formal. Pembedahan aku on 3/9 tu postpone on 24/12/2010.. akhirnya the date tiba aku selesai menjalani Pembedahan & sekarasng giat bertongkat...
Dalam aku mengharuni hari2 di tahun 2010 tu ada gak dugaan yg menimpa... bulan 2 tu Ayah aku mula sakit luka kencing manis, mendadak2 luka dia merebak. Jadi sejak tu Hospital dah jadi Rumah no 1 dia. Sebagai anak aku tak boleh lepas tangan, at least seminggu sekali aku akan Willing jaga dia di Hospital. Sejak itu dia dah tak berapa sedar, dah macam orang nyanyuk, cakap merapu2 kadang2 betul... Aku adalah orang yg paling dia dengar cakap or mungkin dia 'sayang' kot.. hehehe. apa2 masalah yg ayah buat kat hospital org or adik beradik akan jual nama aku... so Ayah akan Cooldown sikit... Ayah aku seorang yg Garang, Baran (tapi tak pernah pukul kitaorg), tegas & berkarisma... Kitaorg semua sangat Takut, hormat & patuh pada Ayah... walaupun deman dia yg bukan2 tapi tak seorang pun berani bantah, kecuali aku, aku boleh slow talk ngan ayah... dia pun selalu Redhoo ngan arahan aku... dia selalu mengamuk nak balik rumah kalu di hospital.. Kalu dah end stage, tak ada sesiapa boleh halang termasuk Dr2, Nurse2.. aku kalu tahap nie aku akan follow jer dia... Sepanjang Ayah sakit, aku rasa aku dah laksanakan segala kemahuan dia yg masuk akal...Aku dah buat yang Terbaik yang aku mampu.. mungkin tak cukup baik yg orang lain mahu, tapi itu yg aku termampu... Aku bawak dia ke K.Terengganu (ada Dr bagus disana), Aku dah bawa dia ke Pusat kencing manis di Qure4u di Gombak, Aku dah bawak ustaz2 dari Darullsyifa just incase bapak aku 'diganggu' sebab dia selalu merapu2... cuma aku tak ikut arahan dia bila dia nak gi jumpa 'Ustaz2' yg aku ragui.. ah.. Bomohlah tu!!! Selepas melalui pahit getir melawan sakit akhirnya Ayah aku pergi menghadap illahi pada Hari Raya Aidilfitri ke tujuh ituhatri. AL-FATIHAH buat Arwah ayah. Semoga rohmu dicucuri rahmat...
Dalam kerja pulak, aku ada gak bermacam2 kisah dan tauladan. Aku dalam urusan permohonan tanah dari kerajaan sejak bulan 4 lagi.. sekarang masih dalam proses terakhir.. Banyak betul dugaan dalam proses jual beli nie.. Apa yang boleh aku pelajari, buat sesuatu tu kena all out... redah jer segala orang politik, jangan simpan senjata kita... Perkara nie jadi rumit sikit sebab mmg style aku yg tak suka guna 'senjata' selagi kita boleh mengharungi... tapi aku silap!! pihak musuh menghunus 'senjata' mereka tatkala aku dalam kelalaian & terlalu yakin.. ini menyebabkan aku jadi semakin sukar untuk bertarung!!! ingat!! Jangan ada belas kasihan pada musuh / pesaing!!! Hunuskan senjatamu dikala anda diatas!! Lain2 Projek aku kurang berminat a.k.a aku sibuk dengan Urusan 'kesihatan' @ persediaan pembedahan, urusan Projek Tanah, Urusan kesihatan Arwah Ayah, Urusan Kenduri Kawin Adik, Urusan pembahagian Harta Pusaka & Tanah... Aku juga menyaksikan perpecahan dalam perkongsian perniagaan Sahabat aku yang aku kira sangat Kejam & zalim dari orang yang TAK SEDAR DIRI!!! aku akan doakan aku panjang umur untuk tengok orang zalim ini terima pembalasan!!! walaupun bukan Kompani aku yg berpecah, tapi aku tahu segala2nya tentang kompani dia sebab kami dah bersama sejak tahun 2004.. From Zero he come to be EGO!!! BULL SHITT to whom yg bersalah tu... aku benci ketidakadilan!! Walaupun bukan berlaku pada aku.. tapi ada sehari tu, kejadian yg aku tak boleh terima & aku tak boleh tidur!!! Apa boleh buat, partner dia sorang lagi tak mau lawan, kalu tak bak mai aku bambu dia sampai bertumbuk!! Aku Kenal Ngko lah MAWI!!! u are nothing!!! tak guna sembahyang kita 5 kali sehari kalu kita zalim!!! Semua Hasil syarikat & pemilikan syarikat (2 syarikat) kau pinbdah milik nama kau dan kelorga kau sorang!!! habis Partner ngko tu tak ada Contrubution ker?? Nothing??!! ok.. We'll see...
Pada aku aku harungi tahun 2010 dengan hasil yang bercampur Baur.. ada kejayaan yg aku tempa disamping ada jugak kegagalan yang aku cipta sendiri...
Akhir kata, untuk tahun 2011 aku Berazam untuk bertemakan KEKAYAAN, yer aku akan bangkit semula seperti masa lalu, akan aku lawan masalah 'dalaman' yang aku tanggung setengah mati nie... Ingat!!! SANTAU itu akan aku buang habis2an.. aku kena lawan masalah nie!!! Ustaz2 Darullsyifa, bantulah aku!!! Kalau KAU nak tengok aku sengsara & Jatuh dari Business..? kau silap!!!
Rasanya tahun nie Prinsip hidup aku 'Berkebajikan' & khidmat sosial akan aku ketepikan sikit... yer, untuk berjaya, kita kena sedikit Zalim.. Bull Shit!! Itu yang aku tak suka.. tapi aku kena gak pikir diri sendiri.. Pada kawan2 yang masih mengharapkan bantuan aku.. aku mintak Maaf... untuk Personal Loan or Business Loan, Department tu aku dah tutup semalam.. berakhir pada 31 Disember 2010. NPL aku pada kawan2 dalam 20-40K tu korang tolong bayar yer.. Yang hutang nak Bertunang, Hutang nak Kawin... kau dah anak berapa sekarang?? kang aku mintak Bini kau separuh kang!! jangan tunggu aku mintak.. sebab aku Pemalu nak Mintak Hutang... Serius, aku rasa sangat2 bersalah!!! Yang bawah seribu tu aku tak banyak ingat, tapi kalu aku mati kira Halal.. selagi aku hidup tak bolehler... aku nak pakai duit... dah mati nnt tak pakai dah...
Tahu nie juga aku merancang tuk bercuti ker Luar Negeri... taiwan? Hong Kong? Phuket? Bandung? Jakarta? tengoklah.. sekurang2nya aku akan pergi satu...
Sekian dulu Perutusan dari Aku... ...
Til Next Entry
-Tuan Din-
giler cool befday! :)
ReplyDelete@ roq
ReplyDeleteThanx Bro...
besday ko mmg dasyat.. mesti sume kengkawan ko ingat kan.. happy birthday n happy new year beb! :)
ReplyDeleteperutusan yg penuh padat. hehehe..
ReplyDeleteok!
hapy new year and happy birhtday!!!
Hepi besday dan hepi new year....
ReplyDeleteSerius tuan... lu mmg pergh... befday yang pergh... n pergh giler la kawan2 xnak bayar utang... xpe2... Sabar... pelan2... Setiap dugaan ada ganjaran...
ReplyDelete@ Heidi Shafiq
ReplyDeleteYup mmg jenuhlah nak jawab kat FB tu...
thanx bro...
@ Anati Soki
ReplyDeletebiasalah rangkulan peristiwa setahun..
Thanx.. bout Besday..
Happy new yer..
@ keluargaku Syurgaku
ReplyDeleteThanx & Happy new year..
@ En.Perghh
ReplyDeleteNasib dapat Birthday 01 January...
Hutang tu byk yg dah lapuk & lupa pun...
aku tak sampai hati kalu tgk org sesak...
gila panjang perutusan ni.. xmengah ke tuan haba menaipnya? ekeke
ReplyDelete@ teddyuna
ReplyDeleteeh nie kira pendek.. rangkulan peristiwa 1 tahun tau...